Tuesday, February 6, 2018

Melaka Short Trip : The Pines Hotel

Sebab tak dapat nak enjoy cuti panjang, kita short trip je lah. Itupun dah memadai kan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, masa zawji outstation hari tu, kami dapat berita dukacita. Pakcik zawji yang tinggal di Melaka telah kembali ke rahmatullah. Adik-beradik zawji yang lain, 4 out of 6, semua sempat pergi ziarah sampai kebumi. Zawji kata, minggu selepas dia balik outstation tu, nak ajak pergi Melaka.

Hari Sabtu lah kami bertolak. 2 kereta. Ziarah Cik Lah dan ke kubur juga. Lebih kurang sebulan setengah sebelum arwah pergi, anak arwah (sepupu zawji) terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Masa kebumi sepupu zawji pun kami tak dapat nak pergi.
Al-Fatihah buat keduanya.


Usai sesi ziarah, abang ipar dengan Ma dan Ayoh balik KL.
Tapi kami stay Melaka semalaman.
Alang-alang dah berjalan. 

We stayed at The Pines Hotel, Melaka.


  Kami check-in pukul 5.30 p.m. Zawji kata ada complimentary tea sampai pukul 6.00 p.m. Dalam kertas tu mention dekat Grea8 di level 8. Zawji kata dekat GL je. Aku nak jugak ikut dalam kertas tu. Sudahnya sampai Grea8 dia suruh turun ke coffee house di GL. Sebab Grea8 close for private function.

Terkedek lah turun ke bawah semula. hahaha.

"Apalah ummi ni.."


Having our evening tea. Juice for the kids, coffee for the parents. Yumm.




 Nak tahu private function apa dekat Grea8 tu tadi?
Ni haaaa... Team TRW tengah discuss tactical agaknya sebab ada game lawan Melaka malam tu.
Sempat lagi nak pose dengan bas rasmi TRW kan. aduhhh.. Mak siapalah ni.


Selesai evening tea, baru pi jengah bilik. Nun tingkat 25. 


Cozy and spacious.
Sebab abang-abang dah berjoget bawah pancuran, adik jelah jadi model ummi.













  

Yay. Large mirror!



Petang tu jugak abi dan abang-abang layan berendam. Pool. gym and playground kat level 7.
Ummi jadi guardian Fathiy dan photog jelah. Sambil terjerit-jerit ke abang-abang juga. huhu..
Air kolam dia air masin. Feeling macam air laut gitu. 


Angin kuat hai. Berterbangan tudung ummi berkibaran.

Layan view sunset. Subhanallah.












 Dah puas berendam, dah maghrib dah pun. Mohler naik. Singgah minum dekat Grea8 dulu for free flow beverages.


Green Tea Lemon x Latte


View from our room. Melaka river cruise.


Going out for dinner. My 4+1 handbags. fuhhhh. Handbag gebus dah nak melorot jatuh dah. huhuhu.


Ni lepas breakfast on Sunday. Gambar masa brekkie takde. Serabut sangat masa tu. Full house. Player TRW pun brekkie sekali. Takdan nak snap gambar. Tapi makanan dia variety. Rasa pun not bad jugak.



Nak ambil gambar hero berempat. Tapi seorang merajuk pulak.


Team rajuk kuasa dua. 


Kenyang makan, naik bilik. Layan TV sat. Kemahen masing-masing mengadap TV, melopong mulut. Almaklum kat rumah takdak menatang TV ni. kihkih. Kasi can lah.



Bukan tengok ummi pun. Semua mata tala ke TV.


Then layan playground jap sebelum check-out. Nak layan pool, angin tengah kuat semacam. Ummi pulak risau terlebih.


Happynya dia.






Berjaya kidnap sat untuk selfie. Jenuh mengejar. Tudung ummi memang tah kemana hala tah ditiup angin yang menderu.




Rambut Fathiy tu, mengerbang di tiup angin. Kopiah abang Faheem pun hampir-hampir terlepas. Terus ummi simpan dalam poket.




Nak ambil gambar yang cantik dan teratur dengan anak-anak-anak-anak ni memang mencabar betul. Sudahnya, none of the photos are decent enough. The struggle is real. haha.


 
Selfie sedas sebelum check-out. Sempat lagi mak tukar uniform.hihi.



No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015