Monday, September 3, 2018

7th Pregnancy - 5th Baby , an IUCD Baby


After 2 positive upt test, I cannot be in denial mode anymore.
Accept the faith, be thankful, be grateful.
Percaya pada qada' dan qadar Allah. Allah definitely have better plans for us.

Cumanya, tak boleh nak budget berapa usia kandungan.
Untuk last menses, hati aku berat kepada period yang heavy tu je. Those spotting tak boleh kira. So, kalau pakai date tu, my EDD will be mid January 2019. 

The day Fathiy check-up setahun, aku ajak zawji pergi Klinik Fauziah afterwards.
Doktor gelak je bila aku cakap pagar ku bocor. hahaha.
Dah rezeki katanya.

Bila scan, at that time the feotus is already 9 weeks young. Allahu. Dah ada heartbeat cantik, a strong baby kata Dr. Sajidah. Dan ada egg yolk sekali (I thought it was cyst, doctor kata bukan). Dr. Sajidah kata if ada egg yolk tu, it shows that baby is strong and insyaAllah will survive. Allahuakbar. EDD 29 January 2019, insyaAllah. So tak lari jauh sebenarnya dengan my last menses.


Abang Fathan with his baby adik. InsyaAllah.

Masa Faheem tengok gambar scan ni, I didn't say anything to him. Just tunjuk je gambar scan. Dia terus pandang aku dengan riak muka gembira…

"Dalam perut ummi ada baby lagi???"
"Baby boy lagi kan ummi??"
Allahu. Anak ummi hoiii..Lansung tak bagi can ummi nak ada geng.
Sejak tu, kalau orang tanya pasal adik-beradik, laju je dia jawab ade 5 orang, 1 dalam perut ummi. Pfttt.
 3 Julai, aku pergi KKIA untuk buka buku merah. Last time aku kena bebel sebab jarak anak dengan pregnancy setahun. Samalah kali ni. Maka berdoalah aku agar nurse dan doctor tak bebel kat aku. 
Masuk bilik yang first tu, nak tulis maklumat kandungan yang lepas, aku hulur je buku merah lama. Lenguh tangan nurse nak tulis. "Kehamilan yang ke-7, anak 4 hidup, 2 gugur kan?" Gr 7 P 4+ 2. Grand multipara. huhu.. Tengah nurse yang baik menulis penuh dedikasi, 
aku pun cakap….."Saya pakai IUCD". Terus nurse angkat muka tengok muka aku, pastu pandang nurse sorang lagi. Dia pun belek-belek balik history kehamilan, ohh..baru setahun. Yang kawan dia pulak, "wahh...baby iucd..". Tanya bila pasang (bulan 8/2017) , pasang dekat mana (the very same KKIA), ada buat kerja berat ke (takde), string ada lagi ke (ade), period heavy ke (yup, very heavy macam nifas)… They conclude mungkin sebab heavy period tu. Tapi ok je nurse-nurse tu. Supportive je. "Dah usaha, tapi lekat jugak, rezeki lah tu. Tahniah.." Cool je kan.

Bila jumpa doctor dan scan, size fetus sama macam result Klinik Fauziah. So follow REDD 29 Januari 2019. Doctor scan sekali IUCD, still in there. So doctor kata kene refer hospital. Kena pergi booking appointment dalam minggu ni juga. She even at one point suggest dekat aku suruh ikat. What the? Aku diam je malas nak argue. huhu..

Top pic - insitu IUCD (white spot yang memanjang sikit tu)

Petang tu aku terus pergi booking appointment di Hospital Ampang. My appointment was scheduled on 12th July 2018.
Appointment hospital, bila scan baby, due date still follow REDD 29 Januari 2019. Baby looks healthy and active inside there. The in-situ IUCD? Doc kata nampak macam dekat bawah, so mungkin boleh tarik keluar. Then doc examine bawah pulak, the string is still there. Doc kata nak discuss dengan pakar dulu what shall they do with the IUCD. 

Scan pic on top - location of IUCD.

Lepas discuss dengan pakar, she explained to me with aid of diagram, showing the location of the IUCD.
Digram doc tu lain, dia lukis sendiri. Yang ni aku google lah cari cross section sama macam doc lukis. huhu.. Pandangan sisi.
So, kalau tengok digram bawah ni, IUCD tu somewhere kat dalam serviks. Although dia kat bawah, tapi dia tak betul-betul jatuh lagi. Pakar decide, leave it there instead of tarik keluar.


Kenapa biarkan?
Masa appointment hospital tu, kandungan aku dah 12 weeks. Baby dah terbentuk dah, heartbeat is there. Dah agak lewat untuk keluarkan IUCD tu. Doc kata boleh keluarkan sekiranya masih di peringkat awal kandungan, but it comes with risk, kandungan boleh gugur. Sama juga kalau nak keluarkan pada usia 12 minggu, risiko dia, keguguran jugak lah. Tapi kalau it happens at early stage, janin masih ibarat seketul or segumpal darah, masih terlalu kecil. But now, dia dah formed. Dah nampak kaki, tangan, heartbeat. The risk is higher.

Tapi, bila biarkan IUCD tu, masih ada risiko. Tetap ada risiko keguguran at later stage of trimester dan juga risiko kelahiran bayi pra-matang. 

How does that happen?
Kalau keluarkan gugur, tak keluarkan pun gugur. Macam mana tu?
Doc kata sebab ada risiko infection yang mungkin akan trigger those two risks of miscarriage and preterm baby.

hurmm.
Take a deep breath in slowly..Exhale slowly..Zikir dan selawat banyak-banyak.

Doc kata lagi, throughout the pregnancy, IUCD tu mungkin akan jatuh sendiri. Mungkin pertengahn kehamilan, or mungkin juga di hujung-hujung kehamilan waktu rahim dah mula mengembang. Wallahu'alam. Cuma doc pesan, kena alert kalau dia jatuh sendiri. I need to bring back the thing to hospital for evidence. huhu. Jenuh mak tiap kali masuk jamban nak check si IUCD tu. hahahaha..
No further appointment with hospital until 34th weeks of pregnancy, should there be no other complication such as GDM, etc. huhu.. Meanwhile, continue check-ups at KKIA, they'll monitor the IUCD also.

I'm currently in my 20th weeks of pregnancy.
At this point of time, aku taknak serabutkan kepala fikir tentang all the risks.
Aku percaya ini ketetapan Allah untuk aku, terima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Apapun, this baby is indeed rezeki dan amanah berharga dari Allah.
Perbanyakkan doa, moga Allah permudahkan semua urusan kehamilan dan kelahiran ini, semoga dihindarkan dari sebarang risiko/insiden/komplikasi yang tidak diingini. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Allahumma ameen.

Teringat pulak gambar baby yang lahir dengan IUCD dalam genggaman yang pernah viral kat FB. The proof of failed IUCD. hahahaha..

Some relevant info:



2 comments:

  1. Kita doakan je lah IUCD tu keluar naturally ye, Insha Allah amin.
    Semoga dipermudahkan urusan pregnant dah bersalin nanti.
    =)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan iliy....good luck! dah scan baby blom tu... smoga kita dpt kawan plak =p

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015