Friday, November 9, 2018

Fathiy | No More Messy Curly Hair

Rambut panjang Fathiy ni was since his day 7 of life. Ye, lepas cukur rambut hari ke-7 kelahiran tu, tak pernah potong or cukur lagi. Adalah abang dia potong sikit bila dapat main gunting. hahaha.

Dia seorang je rambut curly macam ni. Pernah jugak tanya zawji, taknak potong ke rambut Fathiy? Zawji diam je. Zawji memang family's barber πŸ˜‚πŸ˜€ Kadang-kadang je dia bawa anak-anak gunting rabut kat kedai. Selalunya dia gunting sendiri. Ummi's personal hairstylist yang pastinya. hihi. Semenjak kahwin ni, sekali je tau I gunting rambut dekat salon. 

Berbalik cerita Fathiy, I guess saying agaknya dia nak potong rambut curly Fathiy tu. Ataupun, teringin sangat nak anak perempuan??? hahahaha..

Look at that messy curly hair.


  


  



Sebab rambut halus  curly keperangan ni, orang selalu ingat Fathiy ni girl. Jenuh mak nak explain tau. Girlish sangat ke dia bila rambut macam tu??

Masa zawji ke Myanmar hujung September hari tu, pengasuh potong rambut Fathiy. Ummi pun hamper tak cam sebab lain sangat muka Fathiy setelah digondolkan. Gelak je ummi tengok Fathiy dah botak. Sebenarnya memang ada terlintas kat hati nak potong pun sebab tengok Fathiy asyik garu kepala. Rimas agaknya. Tiba-tiba mak dah tolong potong. Tak terkejut sangat sebab previously, masa Faheem dan Faqeeh pun pernah jugak macam ni. Ummi ok je.

Setelah Fathiy dibotakkan.. 
Terus nampak muka cheeky, nakal..huhuhu..
Send gambar ni kat zawji yang juah nun di perantauan, dia balas emoji 😱😱😱 je..
Tak taulah apa dalam hati dia..hahahahaha.

  





Now I look like a real boy. hihi..
Ada yang tanya tak sedih ke? Pengasuh tak tanya dulu ke? Ada yang kata akan ngamuk kalua pengasuh anak dia buat macam tu..

To me, small matter je ni. Rambut boleh tumbuh balik. hihi..Pengasuh ni 
dah macam mak sendiri tau. Dia jaga anak aku dari Faheem 2 tahun lagi sampai la Fathiy ni. Dan alhamdulillah tak ada masalah pun sepanjang dia jaga anak-anak. Banyak benda yang dia bantu mudahkan dan tak berkira dengan aku. Pernah juga masa zawji outstation, masa tu aku mengandung Fathan ke Fathiy, dia siap bekalkan makanan untuk anak-anak makan malam supaya aku takyah susah payah nak masak lagi. Ada ketika bila anak-anak buat perangai cranky, dia tolong dokong anak aku hantar sampai ke rumah. Banyak lah lagi pertolongan, kebaikan dan kemurahan hati dia. Jadi, apalah sangat nilai rambut yang dipotong dengan banyaknya kebaikan yang pernah dia hulurkan untuk keluarga kecil aku kan? 

Terima kasih Allah, hadirkan ramai orang yang baik-baik disekeliling hambamu yang kerdil dan banyak dosa ni. 

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015