Monday, December 30, 2019

Berapa Bilangan Anak Yang Dikategorikan Sebagai Anak Ramai??


Ini soalan serius.
Sambil flip shawl..
Hahaha..

Saja nak mencari definisi.
Macam takde kerja lain.

But seriously, nak tau, you guys punya definisi anak ramai tu, berapa orang that you consider as ramai? Untuk zaman kini.

Kalau zaman aku kecil dulu (80's people dan sebelumnya) , anak 5 rasanya normal. Tengok kawan-kawan, jiran keliling, sedara mara, mostly, majority - anak 4-5 orang. Ia adalah pemandangan biasa. That time kalau anak 7 ke atas tu baru nampak ramai. My aunt have 12 kids. To us memang, wahhh ramainya sepupu.

My colleague have 16 siblings. Sampai dia pun tak ingat susunan 10 adik-adik di bawah dia, who happens to be all boys. Siapa keluar dulu, siapa kemudian, jenuh jugak dia nak mengingat kalau aku tanya adik yang nombor berapa..hahaha. That's totally an awesome big family.

Aku sendiri 5 orang adik-beradik, while zawji 6 orang. Memang sangat common lah anak 4,5,6 orang pada zaman itu kan.

Lagipun, at that time, bagi kakitangan kerajaan, kelayakan cuti bersalin adalah 60 hari bagi setiap kelahiran dan tertakluk kepada maksimum 300 hari sepanjang tempoh berkhidmat.
Kalau dihitung dicongak berdasarkan kelayakan cuti tu, bolehlah plan nak dapat 5 orang anak. Ni kalau cakap based on kelayakan lah, bilangan sebenar anak tu tentunya bergantung kepada ketentuan Allah SWT. Yang ni memang tak boleh nak pertikai kot mana pun.

Tapi...
Itu pada zaman dahulu..
Zaman dimana kebanyakan ibu adalah surirumah tangga sepenuh masa.
Baca betul-betul ye... KEBANYAKAN.


Zaman sekarang ni, yang aku perasan, most family have an average 3 to 4 kids.
4 orang anak pun orang dah consider ramai. Yang ni based on surrounding aku lah.

Zaman sekarang, ramai para ibu yang berkerjaya. Dan walaupun ramai juga para ibu surirumah, tapi mereka bukan surirumah tangga sepenuh masa. Most surirumah sekarang adalah work at home mom (WAHM). Sibuk dan penatnya adakala lebih lagi dari para ibu yang keluar bekerja.

Dan kalau tengok dari faktor kelayakan cuti bersalin penjawat awam, walaupun jumlah kelayakan cuti bersalin telah dinaikkan kepada 360 hari bagi sepanjang tempoh servis berbanding 300 hari dahulunya, tempoh cuti bersalin bagi setiap kelahiran pun boleh pilih daripada 60 sehingga 90 hari. Most mom akan pilih 90 hari lah kan untuk setiap kelahiran. So, average anak akan jadi 4 orang. Sesiapa yang plan nak keluarga besar, anak lebih dari 4 orang, mungkin boleh catu cuti bersalin ataupun, ambil unpaid leave.


As for me...
Aku yang anak 5 orang ni, pergi kemana-mana, dah biasa dah dengan ekor mata dan pandangan orang keliling. Aku agak dalam hati mereka, "ramainya anak diaaaaa" hahahaha.. Ada jugak yang tanya direct, berapa orang anak? Hah? 5? Yang sulung umur berapa? dan seterusnya...

Anak-anak pulak berderet hero... Selalu je dapat soalan, semua lelaki??? Tapi terkadang orang confuse juga ingatkan Fathiy tu girl. huhu...Mak senyum je lah.

Ada seorang sahabat lama, bila terjumpa setelah sekian lama tak bersua muka..Sekian lama tu dari zaman sekolah ye..huhu..Bila jumpa, tengok anak aku berderet 4 ketul lelaki. Masa tu tengah kendong Fatima dalam perut...
"Ramainya anak ko wehh..Hero berderet pulak tu.. Takpe-takpe bagus.. Memang kena ada ramai orang macam kau ni. Meramaikan umat Nabi Muhammad.."
Sakit perut aku gelak.

So.
Apa pendapat korang?
Berapa ramai anak consider as ramai?
Sibuk nak tanya pendapat orang jugak.
hahahaha..


Apapun, anak ramai, anak sikit, tidak dikurniakan anak, semua tu aturan dari Allah. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara, rupa dan bentuk. Ada orang Allah bagi rezeki anak lebih, ada orang Allah kurniakan rezeki harta dan masa lebih, ada juga Allah bagi rezeki kesihatan lebih. Semuanya adalah qada' dan qadar Allah.

Keyword dia, bersyukur dengan apa yang Allah rezekikan buat kita, redha dengan apa yang bukan milik kita.


Sebagai penutup, layan lah gambar family anak 5 ni.
5 ketol ni pun dah macam-macam ragam, hingar bingar, hiruk pikuk rumah dibuatnya..

Attending wedding of Sya 💜 Aziz.
Alhamdulillah semua behave je atas pelamin..

 Ni tak ingat masa wedding siapa @9Kedondong

Abi anak 5 be like. Orang tolak troli penuh barang, kita troli penuh dengan anak je..hahaha..

 Ummi and the kids.

 Ni masa raya hari tu. My bumble bees and the only flower among them. 

 My FB profile pic.


 Konon ambil feel anak ramaaaaaiii.. Anak 4 tambah 2 orang nak buah. Masa ni Fatima dok dalam perut lagi. Pastu bawak berderet 6 orang anak lelaki, lepak mamak tengok bola. Ko raseeeeer??? Semua dok perati je..

Bayangkan kalau anak aku seramai ini..... 😆
This one masa wedding sepupu. Fathiy dah wujud ke masa ni?? hurmmm.. Mak pun dah lupe. Anak sendiri, anak buah dan anak sepupu. Kalau anak ramai gini, tips untuk mak bila bergambar, anak nak pandang ke mana pun, buat reaksi muka ape pun, let them be. Yang penting mak kena sentiasa on point. hahahahahahaha..Kalau nak dapat perfect picture, semua behave sit still pandan camera, memang mak boleh transform jadi naga. hihi.




1 comment:

  1. Setuju Ily. Zaman skrg 4 orang anak dah dikira ramai. Pakcik2 atuk2 kat surau tu kalau nak bagi apa2 kat kitorg mesti lebih... Anak ramai katanya hihi...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015