Sempat lagi kan nak wish raya..
Hari ni kan Raya 2020 versi 2.0..haha..
Disebabkan kami ni memang forever team raya KL, jadi walaupun musim PKP, tetap lah balik kampung. Kampung Gombak dan Kampung Ampang je pun..
Sesi bergambar sebelum 'balik kampung'. Jenuh aihh.. Semua berebut nak tekan butang. Terpaksalah bagi giliran, semua dapat peluang tekan.
Tengahari balik kampung Gombak..
Alhamdulillah cukup korum kali ni di Gombak, buat pertama kalinya.
Malam balik kampung Ampang pulak.
Kampung yang ni, merentas desa je. Tak perlu minta permit rentas negeri ke daerah ke.. haha..
Cukup 5 beradik. Tapi adik ipar dan anak buah seorang beraya di Ipoh, menunggu hari nak bersalin.
Selamat hari raya buat Ili sekeluarga ❤️
ReplyDelete