Friday, September 18, 2020

Ber-steamboat di Office dan Lunch dengan Happy Novemberians


Kisah throwback beberapa minggu lepas.
Geng office ajak buat steamboat di hari Jumaat. Kami buat collection serba sedikit, hantar lah wakil pergi cari bahan-bahan. 

Ini party steamboat siri 1..
Siap ada periuk nasi, griller bagai..


Steamboat siri 2
Disebabkan ada lebihan bahan minggu sebelumnya, dan  juga asbab ketiadaan bos-bos pada minggu tersebut, kami repeat lagi party steamboat.
Yang sebenarnya, ada gotong-royong kemas pejabat masa Siri 2 ni. Tapi kami dan makanan berpisah tiada. Jadi, gotong-royong pun, wajib ada makanan terhidang. huhu..



Katanya nak habiskan baki lebihan kali yang lepas, tapi...macam makin bertambah banyak je bahan..huhu.. Siap ada kambing pulak kali ni..


Aktiviti macam ni boleh buat hari jumaat je sebab waktu rehat panjang. Sesekali perlu juga aktiviti makan-makan ni untuk release stress dan tension bekerja..huhu..

Ada satu hari ni pulak,  tiba-tiba 3 of Happy Novemberians kata nak lunch dekat Sogo dan roger lah kita sekali selaku kakak kawasan Sogo. kahkah.. Sebelum ni dok tanya-tanya juga bila nak meet & eat lagi, tapi sokmo ada yang tak available. Kena adhoc macam ni baru on agaknya. Apapun, Alhamdulillah.



Sesekali jumpa, borak-borak kosong je pun riuh. Masa ni jelah nak me-time pun.

6 comments:

  1. wah bestnya ber-steamboat!!! Meriah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ramai-ramai dan sekepala semuanya, memang meriah..alhamdulillah

      Delete
  2. awwww bestnyaaaa..da lama tak makan steambot

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama jugak tak ber-steamboat. bila ada yang suggest, laju je setuju..hihi

      Delete
  3. Gotong-royong dan makan-makan tu kembar, tak boleh dipisahkan haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh kak. habis lari kelaut dalam diet..hahaha

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015