Tuesday, October 27, 2020

Mek Nusayba Kelik Kelate Part 2 - Food Hunting

Sejujurnya, kalau balik Kelantan, kami jarang sangat makan di kedai. Sebab banyak persinggahan ziarah. Knowing Kelantanese yang sangat ramah-tamah dan melayan tetamu sebaiknya, macam mana pun, mereka akan jamu juga makanan terbaik buat tetamu. Sempat jerang nasi dan masak lauk walau simple pun.. Masa ni, ayam goreng dengan ikan singgang beserta ulam cicah budu pun nikmat sangat dah rasanya. Sampai bertambah-tambah. Berkat keikhlasan tuan rumah agaknya. Moga beroleh barakah.

Tapi kali ni lain sikit. Sebab tujuan utama kami balik sebab nak jaga Ma yang menjalani pembedahan lutut di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Untuk jaga Ma di wad, hanya 2 orang waris yang dibenarkan masuk dalam tempoh tertentu. Pihak hospital akan bagi 1 kad berwarna biru. Dalam tu ada ruangan nama waris yang dibenarkan masuk. Hanya ada 2 ruangan sahaja dan pada satu-satu masa, hanya seorang waris sahaja dibenarkan masuk untuk jaga pesakit. Maka, zawji dan SIL bergilir jaga Ma. Zawji ambil shift siang, which literally around 9.30am to 9.30pm. Then switch dengan SIL.

Pagi sebelum zawji ambil giliran jaga Ma, kami keluar for quick breakfast. Sarapan selalunya gerai-gerai tepi jalan je. Dan, kalau balik Kelantan, aku memang mencari nasi berlauk for breakfast. Ya Allah..terkenang zaman kecil bila balik kampung, lepas Subuh ikut Mok pergi gerai beli nasi berlauk bungkus, boleh pilih ayam peha dan extra lauk.. Allahuu 😢

SOP tetap perlu dipatuhi ye.

Ya Allah. Nikmat sangat ni. Nasi berlauk gulai ayam. Walau dekat KL ada je gerai/kedai orang Kelantan jual nasi berlauk, nasi kerabu, tapi rasanya lebih nikmat nasi berlauk asli di bumi Kelantan.

Ditemani mek Nusayba, kakak Fatima dan abang Fathan. Abang Faheem dan Faqeeh ada kelas online seperti biasa. Fathiy pula masih lena diulit mimpi.

Nasi berlauk paru dan solok lada. 

Nasi kerabu wehhh.. Ya Allah.. Tengok balik gambar ni terbayang-bayang sedapnya.

Tak dapat ke Kopitiam Kita yang sohor di KB, Panji Kopitiam pun bolehlah.




Our last breakfast di Kelantan. Nasi Kerabu Tumis Jalan Bayam nama kedai kalau tak silap. We had nasi kerabu ayam bakar dan nasi kerabu kambing bakar. Sedakk sengoti weiilokk..


Usai breakfast, zawji terus ke hospital while aku jaga battalion askar wataniah di rumah. hahaha.. Rejimen ke berapa jangan di tanya..kihkih..

Later, lepas isyak baru zawji switch dengan SIL. Dia balik siap-siap, then we went out for dinner pulak. Aku pun tak tahu kedai mana yang sedap, famous, viral. Masa tu lah baru nak men-google. Itupun nak cari yang dekat-dekat area Panji je. Malam-malam gelap nak mencari susah sikit. Tambah dengan nak melayan peel askar-askar lagi kan, campur lapar dan penat, memang boleh jadi naga. haha..


Dinner at Balai Buchu
Kami pilih western malam ni. Spaghetti carbonara, mushroom soup, chicken chop, meatball, colek kambing.








Dinner at Nasi Lemak Kopi O.






Dinner at Jain's Restoren
Makan set nasi dan lauk. Tomyam campur yang sedap, ayam goreng kunyit, siakap 3 rasa, sup perut air asam.. Allahu, sedap sup perut nya..




Dinner at Kedai Tora Tora
Niat asal nak ke Restoran SIAM yang dikatakan famous lah juga. Tapi, ramai sangat lah pulak. Berjujuk kereta parking tepi jalan. Malas lah nak bersesak dengan askar ramai. Pastu try jugak search few other kedai. At last, kami berhenti je bila Nampak kedai tepi jalan. Hahah..




Late nite coffee at KB Brewster.
Yang ni memang sangat addictive. Actually dah singgah masa hari kami sampai KB lagi. Lepas tu repeat pulak another round demi secawan hot mocha.
Meatball dia pun sedap dooh. 



Nice ambience

Hot mocha







Ikutkan ada few kedai yang kami Nampak sangat lively dan meriah berkonsepkan macam stalls dan food truck. Macam Beeli Corner dan DMC. Tapi sebab ramai sangat orang, jadi malas pula nak singgah. Biasalah, askar ramai dan berhati-hati walaupun sepanjang kami kat sana, kes Covid19 di Kelantan maintain 0 kes, alhamdulillah. Restoran Pok Dik pun macam menarik dan sentiasa penuh. Kalau ada rezeki, lain kali lah kami balik dan singgah. InsyaAllah.









5 comments:

  1. semoga mak sis cepat sembuh...kelantan banyak food yg best2 nasi kerabu pergh sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahumma ameen. kalau balik kelantan, tak sah kalau berat tak naik sekilo dua 😄

      Delete
  2. Wahh semua menu2 nampak sedap!!! Kat kelantan memang makanannya sedap2.. teringat masa zaman2 study kat sana dulu... sup perut tu.. lamanya tak makan.. yang paling sy suka masa kat sana dulu kan.. nasi air dan tomyam putih. Memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan tradisi memang dah sedia sedap. Dan byk pula kedai2 baru ala hipster naik mcm cendawan. makin meriah.

      Delete
  3. omg ada nasi kerabu :( dah lama dah nak tapi kat sini takde . last makan pun tahum lepas

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015