Monday, November 23, 2020

Lagi Kisah Jatuh dan Berdarah...

 

Tak mampu dah ummi nak kata apa. Beginilah anak-anak lelaki. Nak tunjuk hero belaka. 


Kisah Fathan

Fathan ni, kalau hari tu berdarah dahi sebab berkelahi dengan Fathiy berebut mangga kunci, kali ni kecederaan akibat diri sendiri. Ummi tengah masak dekat dapur, tiba-tiba dia datang dengan suara sebak, tunjuk tangan dan bibir yang berdarah. Obviously bibir yang luka. I washed his hand and lips. Tanya dia sakit dekat mana. He said, "mulut ni (sambil menjuihkan bibir yang dah terjuih dek luka) dengan tangan". "Hang biaq betoiii tangan hang tu takdak luka..Sakit tang mana nyaaa??", terus ummi keluar slang utara. Dia belek-belek tangan, "tak sakit dahhh..". Hahaha..aduhai anak..



Dia kata tengah merangkak main golekkan duit syiling. Actually dia gayakan balik macam mana insiden terjadi. Kalau tunggu nak faham dia cerita, ambil masa sikit sebab kena suruh ulang banyak kali nak faham german accent dia tu...Tengah merangkak tu, tersungkur mencium lantai. Dapatlah bibir juih ala Mael Totey..haha..


Kisah Faqeeh

Faqeeh ni pun boleh tahan juga. Dialah master of all stunts dalam rumah. Cikgu segala lagak lasak ngeri dan extreme kepada yang lain. Sampai Fatima pun mengikut juga. Allahu. Hobi dia memang memanjat dan melompat. Ada saja yang nak dipanjat dan terus buat lompatan ngeri. Despite of thousands and millions of times ummi abi tegur, marah, die tetap buat juga. Berapa kali dah dia buat darah ummi  ni berderau dek aksi extreme dia tu. Haihh.. 

Kali ni, lagak ngeri lasak dan extreme makan tuan. Dia datang dekat ummi tunjuk lidah yang dah berdarah. Asbab melompat dari katil dan terhantuk entah dekat mana. Mujur tak putus lidah tu.



Kisah Fatima

Mek seorang ni boleh tahan lasak. Tak padan dengan perempuan. (Alaaaa.ummi tu, zaman hingusan dulu pun boleh tahan tomboi nya.. huhu..) Rajin memanjat sekarang. Panjat kerusi, meja.. Bila dah ada skill panjat kerusi, habis ditolak kerusi, bangku kesana kemari. Tiba-tiba dah ada dekat dapur, siap panjat atas table top nak ambil air Cuckoo. Mujur dia tak pandai tekan-tekan button lagi. Sekadar tadah cawan je. Itupun habis banjir counter top ummi. Panjat pagar pun sudah. Panjat tangga di tempat tak sepatutnya pun sudah. 


Gambar bawah ni, lagilah port biasa memanjat. Tapi yang ni siap bergayut dekat tingkap nako tu. Ngeri dan seriau ummi membayangkan kalau awak terhantuk dekat kaca nako tu kak Fatima wehhh... Lepas snap gambar ni dan send dekat abi, ummi cepat-cepat angkat dan turunkan Fatima dari situ. Then ummi ke dapur. Tiba-tiba ummi dengar bunyi benda jatuh berdentum disusuli jeritan Fatima. Berlari ummi dari dapur. Tengok dia dah terlentang tepi sofa. Abang Fathiy sedang berdiri di tempat yang Fatima panjat sebelum ni. Ummi jegil mata dekat Fathiy, I thought ada adegan tolak-menolak. Saksi utama dekat situ, Fathan. Ummi investigate la tanya Fathan dan suruh dia lakon semula macam mana Fatima jatuh. Katanya, Fatima panjat dan berdiri dekat hujung handrest, and she fell by herself. Tergelincir. Tiada siapa yang tolak dia. Tapi bunyi berdentum tu memang sangat kuat dan buat jantung ummi berdebar dan berdegup laju. Ummi risau kepala je terhentak kuat. Tapi dia aktif dan main seperti biasa je lepas tu. No vomitting no fever. Alhamdulillah. Mujur juga pakai lantai laminated. Kalau jubin, entahlah, tak nak bayangkan apa kemungkinan nya..


Muka blur selepas dipujuk. Suruh panjat lagi, dia kata "nanakkkk.." Esok lusa tengoklah...haha.


Reaksi ummi? Tenang-tenang saja sudahlah. Ummi hanya tepuk tangan, gelakkan dan galakkan dia untuk buat lagi. Dilarang pun tak jalan. Jadi, kita bagi galakan saja. Tahu pulak mendengus bila ummi beri galakan begitu. Huhu.. Selagi kecederaan minor ummi boleh bertenang lagi. Part and parcel of growing up process. Ummi sendiri pernah terbelah lidah, terkehel tangan, dislocate ibu jari masa kecil dulu..huhu..Semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi anak-anak ummi dan tiada kecederaan yang serius.


4 comments:

  1. Haha german accent!

    Uii part lidah tu seram kak!!!

    Biasa la tu kak budak-budak ni time kecik memang lasak.. sama macam kita masa kecik2 dulu kak.. dok panjat sini sana. Cik TK sendiri pun pernah sampai terseliuh tangan sebab panjat-panjat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. R nye pekat sangat. Kalau dia bercerita, dengan R yang pekat tu, dengan laju butir perkataan yang keluar dari mulut dia macam peluru, susah nak faham. Nak kena suruh dia bertenang, tarik nafas, sebut satu-satu perkataan..itupun ade yang nak kena teka apa die sebut. Baru boleh faham... hihi..

      Delete
  2. Bertabahlah ummi :)
    Tapi selalunya anak-anak ni rileks je sakit tara mana pun.. Kita mak ni yg selalu sakit jantung adoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. Kita ni jenuh bebel jelah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia pun, sekejap je sakitnya. Lepas tu naik sheikh balik macam takde luka apa. hihi..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015