Thursday, December 24, 2020

21.12.2020: Happy 8th Birthday, Faqeeh

21.12.2020
Genap 8 tahun usia Faqeeh yang soleh lagi musleh.
HAPPY BIRTHDAY FAQEEH!
Semoga Allah kurniakan segala kebaikan buatmu di dunia dan akhirat, semoga sentiasa dalam rahmat & redha Allah.

Ya Allah, ummi takkan lupa..Dalam 6 kelahiran, melahirkan Faqeeh adalah yang paling mudah, tenang dan santai buat ummi. Ummi boleh tidur in between contraction walau tanpa suntikan ubat penahan sakit, dan proses melahirkan Faqeeh pun sangat mudah. Sampai sekarang ummi tak lupa ayat abi pada maktok lepas awak lahir, "Ili dah pandai teran.." hahahaha. Sebab Allah mudahkan sangat-sangat masa nak teran awak keluar. Syukur Alhamdulillah.


Faqeeh ni, perwatakan dia memang pelbagai sangat. Dia ni lah yang selalu buat darah ummi berderau dek aksi-aksi stunt dia. Macam-macam stunt nak dicubanya. Memanjat, melompat dengan pelbagai aksi dan gaya. Tempat yang dipanjat tu pun, Allahu memang sesak nafas ummi dibuatnya bila membayangkan sekiranya terjatuh etc. Nauzubillahiminzalik. Ini pun bakal barisan hadapan panglima perang, InsyaAllah. Keberanian dia tu, masyaAllah. Sokmo buat ummi urut dada, garu kepala. 

Sibuk bergayut dekat juntaian pokok tu. Dekat kawasan tanah perkuburan ni. Maknya semput je rasa tengok gelagat dia tu.

Port stunt dia. Memang selalu sangat dok panjat bawah tangga tu.Semoga Allah sentiasa pelihara kamu dari kejadian yang tak diingini.

Tidur pun nak ada gaya stunt. Tengah luncur angin ke apa ni?? haha

Tapi, dia ada soft part nya juga. Pantang kita tegur sikit, dia tarik muka bawa diri, merebeh airmata. Dia jugaklah yang mudah nak mintak tolong buat kerja rumah. Bila dah mudah nak menolong tu, selalunya nama dia ajelah disebut kan.. haha.. Tapi kadang, tak disuruh pun dia rajin jugak buat. Especially part melayan adik-adik. Walau dia lah yang champion dalam menyakat adik, tapi dia juga yang rajin layan adik.

Di pagi hari, mak tengah sakit kepala, dialah tukang bancuh air, susu untuk adik-adik.

Kadang-kadang dia merajuk bila dalam phone ummi asyik gambar adik-adik je. Dah dia dok sibuk main, ummi panggil tak hirau kan.. So sesekali bila dia duduk sebelah ummi tu, cepat-cepatlah rakam kenangan walau cuma di kedai mamak.

Sehari sebelum birthday dia, dia tanya tarikh. Ummi cakap hari ni 25 Disember.
Dia terpinga-pinga. Eh, birthday Faqeeh bila? 21 Disember dah lepas ke ummi? Kalau hari ni 25, 21 dah lepas ke belum? Alahh, dah lepas ke?? Kenapa ummi tak cakap pun.. Ehh.. Dengan muka sayu dia pergi depan, sambung main. Then abang Faheem datang dapur, ummi tengah nak buat cheesecake. Abang tanya kek siapa? Ummi jawab, ummi punyalah. Abang pergi depan, tanya abi, tarikh hari tersebut. Abi jawab, 20hb. Faheem cakap, esok 21hb lah kan? Faqeeh kata, bukanlah. Ummi cakap hari ni 25hb. Dia tanya abi semula, hari ni berapa hb.. Abi jawab 20hb.. Terus dia datang dapur, ummi ni kannnnn.. Ummi tipu Faqeeh ye. Ummi cakap hari ni 25hb. Birthday Faqeeh belum lepas lagi lah. Ni mesti ummi buat kek happy birthday Faqeeh. Mengekek ummi gelak. hahahaha.

So, I bake Basque Burnt Biscoff Cheesecake for his birthday.
Asyik burnt cheesecake je ummi ni.
Ini ajelah yang ummi confident untuk buat dan kebarangkalian untuk menjadi elok tu agak tinggi, dengan izin Allah pastinya. Tapi ummi cubalah olah sikit-sikit. Dalam masa sama, ummi pun teringan nak rasa Biscoff cheesecake sebab asyik nampak ia lalulalang di wall FB ummi, dan dalam status whatsapp jugak. Tergugat lah ummi. Walaupun asalnya bukan penggemar kek keju, sekarang tak tersuka tanpa sengaja pulak.. Jenuh juga ummi mencari biskut Biscoff dan Biscoff spread tu. 

Hasil air tangan ummi yang tak seberapa untuk anakanda tercinta (dan tekak ummi jua..haha)





Nak tahu Faqeeh request hadiah apa for his birthday?

Batang aiskrim untuk main lawan tepuk..
haha
Ummi belilah 2 peket untuk dikongsi bersama adik-beradik.
Beli dekat Mr. DIY je pun, RM2 per pack of 100pcs.
Mujur minta yang murah-murah je.
Selamat poket ummi di hujung tahun yang banyak nak dikira dan dicatu ni.



 

3 comments:

  1. Happy birthday Faqeeh!
    Faqeeh anak no 2 ke Ily? Gaya macam si Angah je ni :)

    ReplyDelete
  2. Amboii tidur pun ada gaya stunt!

    Haha comel je kelentong anak kata 25hb.. pastu faqeeh ingat birthday dia dah lepas..

    Btw happy belated birthday faqeeh... Moga membesar jadi anak yang soleh, selalu berbakti pada keluarga.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015