Ya Allah..lamanya tak bersiaran..
Bukan apa, dalam kepala macam banyak sangat benda nak dicoretkan sebenarnya. Tetapi banyak sangat kekangan.
Hari ni ummi warming up sikit lah.. Mood dan skill menulis pun sedikit berkarat dah ni.. hahaha..
Almaklum lah bila sesi sekolah dah bermula dengan PdPR, pembelajaran secara atas talian. Ummi pun mostly WFH. Seminggu sehari je masuk office atau bila-bila ada keperluan untuk masuk office. Setiap hari 'berperang' dengan anak-anak. Yang abang besar berdua, sokmo kena kerah tiap kali nak masuk kelas, abang kecil berdua yang sokmo gaduh-baik-gaduh-baik, adik comel berdua yang sokmo nak melekat dengan ummi saja.. Allahu.. Lelah sungguh rasanya.. Tapi kuhadapi jua dengan doa yang tak putus-putus moga Allah beri kesabaran dan kekuatan buatku..
Sudahlah berebut laptop dengan anak-anak, bila time ummi nak mengadap kerja di laptop, datang pula si cilik Fatima yang solehah, yang teruja nak mengetuk papan kekunci juga. Belum lagi si kecil Nusayba yang gigih menahan mata tak mahu tidur, tetapi asyik mahu berdokong berdakap saja. Pernah juga meeting online dirumah, berebut headphone dengan Fatima, gara-gara dia nak copycat ummi nya. Apa saja ummi buat, dia nak tiru. Asbab itu, ummi lebih sanggup masuk office bila ada mesyuarat, biarpun mesyuarat secara atas talian. Jika tidak, memang kelaut lah catatan mesyuarat ummi, pasti banyak info penting yang ummi tak dapat capture. Sudahnya, parah lah ketika ummi hendak menyemak deraf minit mesyuarat nanti. Dan jenuh juga ummi nak menjawab dengan bos nanti. Pening.
Kerja-kerja lain seperti urusan surat-menyurat, semakan minit mesyuarat dan kemaskini laporan, selalunya ummi terpaksa buat bila larut malam, setelah anak-anak lena diulit mimpi. Itupun, biasanya ummi terpaksa berperang juga nak menidurkan mereka, terutama 4 orang yang kecil ni. Biarpun ummi dah tutup semua lampu seawal mungkin, mereka masih boleh bermain bergelak ketawa dalam kegelapan. Nusayba pula acap bangun di tengah malam mencari susu. Sedikit sebanyak, terganggu juga fokus ummi.
Now that sekolah dah buka secara bersemuka, sedikit kelegaan buat ummi. Pasti, ibu-ibu lain pun rasa lega dapat melepaskan jawatan guru tanpa tauliah sepanjang PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan segala mak nenek PKPKPKPK ni..hihi..
My 24/7 companions sepanjang PKPKPKPK yang silih berganti dan bersiri-siri.. Pastinya terlalu banyak kenangan nak dicoretkan, cuma waktu dan keadaan tak mengizinkan. Tentu juga graf kesabaran ummi banyak turun naiknya, ummi banyak bertukar watak, ummi minta maaf atas segala khilaf dan kekurangan dalam melayani, mendidik dan membesarkan kalian. Sungguh, ummi juga manusia biasa, ada pasang surut emosi, ada ketika lelah dan penatnya. Maaf untuk segalanya. Moga kalian kutip yang baik-baik sahaja, tinggalkan jauh-jauh segala kekurangan dan keburukan. Moga kalian kelak menjadi anak-anak yang soleh solehah, yang cerdik lagi bijaksana, yang baik akhlak dan budi pekerti, hebat dan cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat jua. Demi Allah, Ummi sayang kalian sepenuh jiwa raga, sehabis hela nafas..
Itulah harap sekolah akan berjalan seperti biasa sebagaimana sebelum covid 19 membadai dunia.
ReplyDeleteTidak mengapa walaupun terpaksa ikut SOP alhamdulillah rasanya kita semua dah mampu terima hidup normal baharu.