Wednesday, May 26, 2021

Pertarungan Sengit Merebut Slot Temu Janji Vaksin AstraZeneca

 

Last week dibuka pendaftaran temu janji sukarela bagi vaksin AstraZeneca untuk warga emas, berusia 60 tahun ke atas.



Laju-laju ummi call maktok tanya nak daftar tak, since kalau tunggu turn daftar mySejahtera tu mungkin lambat sebab register lambat.. Maktok kata ok, cepat-cepat daftar untuk Maktok dan Tok Ayah. Alhamdulillah mudah je dan dapat booking slot 12 Jun for both of them. 


Pagi tadi check, dah ada butiran temujanji dah pun untuk insan kesayangan hamba berdua ni..Alhamdulillah..



Hari ni juga, pendaftaran dibuka lagi untuk yang berumur 18 tahun hingga 60 tahun pula pada jam 12 tengahari. Ummi dah standby je phone di tangan, dok refresh mysejahtera dan web www.vaksincovid.gov.my tu... 12.15 to 12.30 macam tu baru muncul butang mohon/daftar tu..



Berbunga lah hati kita kan.. Dah isi details, sekali tekan butang negeri, tak keluar senarai PPV dan tarikh..Banyak kali lah refresh dan retype semua.. Bila dah dapat klik tarikh pilihan yang masih berwarna hijau (nota: tarikh masih available).. Dia loading pusing pusing pusing.. Tiba- tiba keluar tarikh pilihan dah penuh.. ulang lah balik proses daripada awal. Refresh retype klik klik semua. Rasa macam dah duaratusnamplohpat kali ulang benda sama smpai jari pun lenguh dan kematu..hahahaha..

Berpuluh kali la klik  benda ni.. Inipun mujur dia muncul. Sebelum tu puas klik WPKL tak kunjung tiba pun senarai PPV dan tarikh pilihan. Sadis.


Lama nau tunggu loading..


Sekali ini yang muncul. Hampa.




Kesudahannya...

Setelah ratus ribu kali refresh tekan klik taip semua... Permohonan ditutup.. huhuhuhuhu.. Takde rezeki nampaknya setelah sejam berjuang demi sesi dating dengan AstraZeneca. Redha je lah setelah berusaha dengan gigih. kita cuba lagi dilain masa..  InsyaAllah.


Terasa macam zaman uni dulu, menunggu result exam semester published dalam web uni.. Macam tulah berperang nya, demi nak tau result antara terawal disamping menghilangkan debaran dan keresahan yang lama ditanggung setelah bertarung satu semester gituu.. Dan taknak juga dapat khabat berita result kita daripada orang lain. Spoiler gituhh.. Boleh buat hilang mood.hahhaaha.. Tah pape lah kan..

Haa.. kesimpulannya, ramai dah ada awareness tentang keperluan vaksin covid ni dan kepentingan mewujudkan herd immunity, hence traffic server vaksincovid tu jam dan crash akibat ramainya berpusu-pusu nak merebut ruang dan peluang untuk dapatkan vaksin despite of tunggu turn yang dah daftar mysejahtera dulu which untuk umur kami ni, belum nampak cahaya bila nak dapatnya. Hope kerajaan dapat improve la server ke apa yang sepatutnya jika buka lagi peluang macam ni(which i hope sangat ada). Meanwhile, kita berdoa semoga dipelihara dan dilindungi Allah daripada dijangkiti wabak Covid19 yang sedang mengganas dengan VOC baru yang lebih agresif. Berikhtiar dengan cuba menjaga SOP sebaik mungkin, self lockdown, keluar hanya bila betul-betul perlu sahaja..

Ya Allah, Kau angkatlah wabak Covid19 ini dari muka.bumi Mu..Allahumma ameen.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015