Thursday, May 6, 2021

PKP..PKPB..PKPD...PKPP.....PKP..

Bersambung-sambung nampaknya.. 
Dari PKP, PKPB, PKPP....Then PKPB balik, and now PKP.



Menjelang hari raya pula tu.. 
Sebelum diumumkan PKP bagi 6 daerah di Selangor, kawan-kawan office mengusik.."Untunglah kampung satu negeri, boleh balik kampung beraya..Kami tak dapat balik kampung ni, kami nak datang raya rumah lah. Sila bersiap sedia. hihi.."

Ada yang siap beli pinggan mangkuk dan periuk baru nak menjamu tetamu sebab first time beraya di perantauan. 

Bila diumum je PKP bagi 6 daerah di Selangor...
.
.
.
.
🎼🎡  Termenung ku sendiriiiii...memendam rindu tidak menentu....🎢


Sekolah abang-abang pula, awalnya petang 5hb tu ustaz maklumkan sekolah buka seperti biasa sehingga 7 Mei 2021. 



Lepas terawikh, ummi baca mesej dalam group sekolah, dukacita dimaklumkan arahan terkini daripada JAIS, sekolah diarah tutup bermula 6 Mei 2021. Jadi, 6 Mei tu pembelajaran berjalan secara online. Pasti Fathan dan Fathiy buka seperti biasa sehingga 7 Mei 2021.


Bertabah dan bersabarlah semua πŸ˜”
Kita masih belum menang, tapi kita pasti menang, insyaAllah.
Stay safe semua.


1 comment:

  1. Samalah kita Ily. Mula tu JAIS kata sekolah, then MB kata kena tutup semuakan ..


    Akk pun rasa nak pergi beli pinggan mangkuk baru...nak release tension haha...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015