Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 2021

Assalamualaikum wbt..
Salam Aidilfitri 1442H / 2021
Raya PKP 3.0
Raya norma baru
Raya di rumah sendiri
Raya tanpa ziarah 😥🥺

Raya tahun ni memang amatlah berbeza. Tahun lepas, at least masa raya tu curve dah menurun dan dibenarkan ziarah raya pada 1 Syawal dengan kapasiti terhad. Tahun ni ziarah raya walau dalam daerah yang sama pun tak dibenarkan. Pasrah je lah memandangkan gelombang ke 4 ni makin tinggi puncaknya.. Daily cases main angka 4 ribu dan death tolls 20+ per dah.. 

Kita masih belum menang, tapi pasti menang dengan izin Allah..
Bersabar dan bertawakallah kita menjaga diri dan sesama kita.. 

Tapi, nak biarkan raya berlalu pergi tanpa memaknai nya, rasa tak wajar pula. Tambahan, anak- anak yang berjaya berpuasa, baik yang penuh mahupun yang acah-acah puasa, haruslah diraikan. Hari raya kan hari kegembiraan, dan hari meraikan kemenangan. Jadi kita tetap beraya..


Hidangan juadah raya dari ummi's humble little kitchen..

Rendang daging, rendang ayam nogori dan kuah lodeh.. Semuanya ikut resepi Che Nom. Hihi..



Simple celebration je. 
Oh.. Alhamdulillah Allah izinkan Ummi berpuasa penuh tahun ni. Syukur sangat. Sebab yang nak diganti tahun sudah masih berbaki belas hari dan carry forward ke tahun ni.. Sekurangnya Ummi hanya tinggal melunaskan hutang baki tertunggak tanpa tambahan hutang lagi. Hihi..

Alhamdulillah juga kerana berjaya khatam Quran di bulan Ramadhan kali ni walaupun Ummi bukanlah bermula dari juzu' 1 dan sekadar menyambung bacaan terdahulu. Moga Ummi mampu istiqamah untuk terus melazimi bacaan kalam suci Allah, bukan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja, insyaAllah.


Dalam kemeriahan, keseronokan kita menyambut raya, biarpun sekadar raya di rumah saja... jangan lupa panjatkan doa kepada Allah ya Malik ya Khaliq y Bariy buat saudara Islam kita dia Palestine.. moga Allah titip kemenangan buat mereka..




2 comments:

  1. Eid Mubarak Ily ♥️
    Alhamdulillah tahniah rezeki tu dapat puasa penuh. And khatam Quran lagi. Alhamdulillah best!

    ReplyDelete
  2. Selamat hariraya Aidilfitri Ily serta keluarga. Setuju tu raya tetap raya walaupun di rumah sendiri aje 😊

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015