Terpengaruh lagi dengan hasutan kawan ummi.๐๐ Mula-mula ummi tergoda tengok dia masak bamboo lamb stew.. Lepas tu dia hasut ummi try benda ni pulak.. Katanya, gerenti sukaaa..
Maka kami ber-dinner makan shakshouka dicicah dengan roti. Punya lama nak sahut cabaran.. Terbukti.. we love it. Terima kasih kerana menghasut ye sahabat.. hihihi..Sungguh, worth trying. Simple dan mudah, tapi sedap.
Anak-anak peminat telur belaka. Letak 6 biji telur pun bergaduh berebut juga la masing-masing ๐ ๐
Resepi asal boleh refer disini.
Resepi versi ummi..
Bahan-bahan:
- sedikit olive oil/minyak masak
- 1 biji bawang besar/holland (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji cili capsicum (dipotong dadu)
- 200 g daging cincang
- 2 sudu besar cili boh
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 tin kecil puri tomato
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil paprika
- sedikit serbuk lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
- 6 biji telur
- daun parsley untuk hiasan
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dalam frying pan. Goreng daging cincang bersama serbuk lada hitam sehingga masak.
- Masukkan cili boh, tumis seketika.
- Masukkan bawang besar/ olive oholland.Heat Masak hingga bawang kelihatan lembut. Masukkan bawang putih cincang.
- Masukkan cili capsicum, masak kira-kira 5 minit.
- Tuangkan puri tomato dan tomato yang telah dipotong dadu.
- Masukkan bahan rempah/herba- jintan putih, paprika, serbuk cili.
- Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih atas api sederhana atau sehingga kuah memekat.
- Bila kuah sedikit memekat, buatkan lubang-lubang pada kuah mengikut bilangan telur.
- Pecahkan telur dan tuang pada lubang-lubang yang telah dibuat.
- Tutup pan, biar masak dalam 10-15 minit, atau sehingga telur masak.
- Hiaskan dengan daun parsley atau ketumbar.
- Siap!
Boleh dimakan dengan roti, nasi, pasta.. Malah sedap dimakan begitu saja.
Faqeeh makan sampai licin frying pan. Terus jadi menu favourite anak-anak. Alhamdulillah atas nikmat rasa yang Allah beri.
Next try, ummi nak cuba tabur cheese pula..huhu..
No comments:
Post a Comment