Thursday, November 18, 2021

Tertekan

Dalam situasi sekarang ni, living with Covid-19..Dari pelbagai frasa PKP, PKPB, PKPD, PKPP ke Fasa Pemulihan.. Dari pandemik ke endemik.. Ramai yang tertekan.

Ummi pun ada kisah tersendiri tentang tertekan ni.. Bila mengenang kan ia, memang buat ummi tertekan betul..

Kisah Tertekan 1

Masa ni WFH. Ummi attend online meeting. During meeting, Nusayba datang mencari. Biasalah si kecil kan, hidung dia boleh je hidu ke mana ummi. Menyembunyikan diri di bilik atas pun, sampai je dia ke tempat persembunyian ummi.. Usai meeting, ummi pun dukung la si bongsu ummi tu bawa turun ke tingkat bawah. Sambil dukung, sambil tangan pegang handphone, sambil menggeletek si anak dengan iringan muzik ~ding ding ding kedingding~ (seperti nyanyian jin yang menghiburkan Ahmad Albab di dalam gua - https://www.youtube.com/watch?v=JyO95C_1sMw )


Dah sampai bawah baru ummi perasan ummi tertekan voice note dan ter-share dalam group whatsapp office ummi.. Ada yang sempat dengar pulak tu. hampeh.. 😭😭😭


Kisah Tertekan 2

Ummi di-add masuk dalam group Whatsapp Bengkel Online.
Pada hari kejadian, hujan. Dan ummi berkejaran masuk office. Singgah terus beli makanan untuk sarapan. Masa membeli, handphone dalam genggaman ummi. Yelah kan, zaman semua nak kena scan ni, handphone tak sempat nak sumbat masuk beg. Lepas order, sementelah tunggu air disiapkan, ummi belek la handphone. Lalu terkejut bila nampak ummi tershare voice note dalam group Bengkel Online. Laju-laju lah ummi delete dengan harapan tiada siapa sempat dengar dan ummi pun tak tahu apa yang ummi share tu.


Tiba-tiba ada seseorang PM tepi..


Alahai..order teh tarik pun nak kena bagitau semua orang dalam group ke ummi oiii??
😂😂😂

Kisah Tertekan 3

Kisah ni lagi parah. Ummi sedang berbincang dengan bos di dalam bilik bos tentang perihal projek. Seperti biasa, handphone di tangan.

Keluar je dari bilik bos, officemate ummi tegur.. delete cepat!!



Ummi blur lagi. Belek handphone, oh my, ummi ter-share location dalam group whatsapp cawangan, which Pengarah pun ada dalam group tu.
Lokasi yang ummi share pula, entah macam mana dia keluar lokasi Subway Busana MARA. Subway tu pun dah tak wujud dah. hahaha..
 
Sudahlah pada waktu kejadian, tengah ada sesi audit EKSA di pejabat ummi. Boleh pula ummi share location seolah berada di luar pada waktu pejabat.. Alahai.. Nangis tak berlagu laaa...

Ni anak buah dah pm tepi pun ummi tak perasan. kahkah..


Kena bahan la sudahnya. Kebetulan esok ummi kena present untuk sesi knowledge sharing. Memang tertekan sungguh la tu.. 
😆😆😓


Terus masing-masing pakat minta belanja Subway. haha.
Dan ummi pun laju-laju mengadap bos besar, buat disclaimer siap-siap..

Puan, saya tak pergi Subway pun puan. Saya ada je di pejabat ni, dalam bilik En. S tadi tengah bincang pasal projek. Tak perasan bila masa tertekan dan ter-share..

Ladyboss ummi gelak je.
Saya tau lah ily ada di office, kan saya ada datang tempat ily tadi..

Kalau pengarah tanya, mohon puan jadi saksi ye..hahahahahah
🙈


Handphone ummi ni, sensitif benar. Ada beberapa kali juga kisah yang lain selain kejadian-kejadian di atas. Allahu, ummi betul-betul tertekan dengan kes tertekan ini. Mujur handphone ni abi payung 2/3 dari harganya. Tak jadi nak baling. hahaha. 


5 comments:

  1. adoi la.. kelakar... nasib baik bkn ms membawang.. kalo tang tu lg haruuuu

    ReplyDelete
  2. Adoi, kelakar la Ily :D
    Tapi itulah, nak kena usung HP tu kemana-mana kan skrg ni.

    ReplyDelete
  3. sekali sekala boleh lupakan telefon

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya terjadi waktu bekerja ni, memang tak boleh tinggal hp..sbb nak bincang dengan bos pun, maklumat semua dalam tu..hihi..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015