Friday, January 14, 2022

Outstation: Fuller Hotel, Kulim

Setelah agak lama tak kerja luar daerah dan bermalam, tahun ni nampaknya akan kembali berjalan-jalan melawat projek..

Untuk oustation pertama kali di tahun 2022 ni, membawa ummi ke Kulim, Kedah dan ummi pilih untuk bermalam di Fuller Hotel. First time ummi sampai ke Kulim.. huhu..Cari hotel ni pun last minute je. Tapi sebab baca review ramai yang kata ok. 

Ummi tak banyak snap gambar untuk trip ni sebab pergi dengan bos ummi dan beliau request duduk sebilik dengan ummi. Bos ummi ni, baru lagi di unit ummi. Jadi, ummi agak seganlah.. hahaha.. 

Ummi ambil bilik standard 2 single bed je. Rate RM 140/malam. Kalau book di agoda, booking.com macam lebih murah, tapi sebab yang pergi ni 4 kepala, direct dengan hotel je lah. 

Antara yang ummi sempat snap.

Simple design tak serabut. Bilik bersih.Ada TV, hairdryer, kettle..Icebox takde. Mujur juga ummi dah berhenti usung 'peti ais bergerak' 🤭 . Pam dan cooler bag lah.. Since si kecil Nusayba dah taknak minum frozen, chilled EBM, ummi pun malas lah nak pam dah. Kalau tidak pasti jenuh fikir macam mana nak simpan stok EBM tu. 






Waiting area di lobi. Minimalist, tak sarat dengan hiasan. Ok lah. 

 
Iron tak disediakan di setiap bilik. Instead, disediakan ironing corner di koridor setiap tingkat. Take turn lah menggosok. Dah terbiasa pakai steam iron Philips yang tak perlu laras suhu, bila pakai iron laras manual ni, gementar pula ummi. Takut baju/tudung berlubang pula 😅😅😅..


Pulang ke kamar usai menggosok baju 😂


View sewaktu sarapan pagi.
 Sarapan disediakan di Aras 5. Topmost level.
Hidangan sarapan juga simple tapi sedap. Bihun goreng, kuih ketayap, popia goreng sira.. Ada juga roti bakar. Tak ambil gambar asbab segan dengan bos. Obvious sangat nanti semua benda nak di-snap 🤣🤣


Di sebelah hotel ada kedai mamak, Restoran Yasmeen. Kalau stay seorang diri dan lapar tapi tak tahu nak kemana, turun bawah je. Kedai serbaneka, 99 speedmart & 7eleven pun walking distance sahaja.

Untuk urusan kerja, ummi rasa oklah. Bersih dan selesa. Tidur pun lena je sebab tiada yang mencari dan berebut nak tidur sebelah ummi 😂😂😂. Si kecil Nusayba yang ditinggalkan yang tak boleh tidur malam. Asyik bangun menangis cari ummi, lapor mokcu selaku penjaga mek 'kembar' Fatima dan Nusayba. 😅



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015