Thursday, February 10, 2022

Mocha & Koffee Breu

Cuti sempena Thaipusam
Tapi abi ada sesi retreat bersama cikgu-cikgu Pasti. One whole day.
Maka ummi dan anak-anak meluangkan masa di rumah saja lah ya. Melayan telatah dan kerenah anak-anak yang menghiburkan hati, jiwa dan raga...hihi..

Tengahari, ummi order GrabFood: Marrybrown untuk anak-anak. Untuk ummi, seketul Burger King dan secawan hot mocha. 

Bila makanan sampai, ummi minta abang Faheem ambil sebab malas nak sarung tudung dan cardigan. Dan berkumpullah kami 6 beranak untuk bersantap. Setelah ummi makan segigit burger, baru ummi terperasan sesuatu..Air mocha ummi takde.. Puas ummi check dalam peti, dalam plastik dan paper bag.. Memang takde. Abang Faheem pun ummi soal siasat habis-habisan 😅🤭

Melihat ummi sedih sebab tak dapat air mocha, Faqeeh tiba-tiba hulur telefon. Dia suruh ummi buka dan tengok whatsapp. Rupanya dia send gambar mocha latte pada ummi. Siap pesan, dah ummi jangan sedih, Faqeeh bagi dua gelas dah mocha latte kat ummi tu.  Bertuahlah hai anak. 

Malam, abi ajak makan di luar. Ummi ajak ke Koffee Breu di Bandar Tasik Permaisuri. Kebetulan siang hari tu ternampak Koffee Breu ni lalu di wall FB ummi. hihi.. 

Masa nak order, Faqeeh buat nada teruja.. Ummi... cuba tengok tu (merujuk pada menu). Ada mocha ummi.. Ummi order lah. Kan ummi sedih tak dapat mocha siang tadi..😂😂🤣


Of course la Faqeeh.. mestilah ummi akan order caffe mocha..Walaupun abi balik petang tadi dah belikan Kopi Dua Darjat. hihi..

Nikmat sungguh dapat secawan hot mocha. Alhamdulillah ala kulli haal.

Mek muncung

Kakak yang comel

Kenapalah berkerut muka tu abang

Fish & Chips
Kids' all time favorite 

Beef meatball spaghetti with tomato sauce
Ok juga. Cuma ummi selaku penggemar makanan pedas, lemau sikit kalau rasa tomato je tanpa hint of spice. hahaha. Tapi anak-anak makan je.

Chunky mushroom soup
Soup dia thick & creamy. Yang ni ummi suka. Tapi berebut jugalah dengan batalion askar.

Carbonara chicken
Not bad juga. Rebutan anak-anak.

Chicken chop. 
Sedap tapi sos black pepper agak salty. Terus ummi terkenang-kenang chicken chop di MMU Lepakhaus Kulim. Jauh aihh nak pergi repeat. 🤣

Grilled chicken

Duo. Geng main dan geng gaduh.

Ni pun sama. Sahabat baik dan sahabat berperang juga.

Suka main celup-celup tangan dalam air tu dik.. 

Yang busy sokmo.











No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015