Sunday, February 13, 2022

Work Trip JB: Z Hotel & Sup Tulang ZZ

Lama ummi tak jejak kaki ke Johor Bahru. Seingat ummi, kali terakhir ummi ke JB, dalam tahun 2013, waktu ummi terlibat dengan kajian projek Rapid Transit System, sistem MRT yang menghubungkan Johor Bahru dengan MRT Thomson Line di Singapura. 

Setelah 9 tahun berlalu, rezeki dapat projek di sekitar JB lagi tahun ni. Maka, Assalamualaikum JB.. 

Untuk work trip kali ni, ummi bermalam di Z Hotel. Banyak je hotel di sekitar JB ni, dengan kadar yang pelbagai. Ummi pilih yang average je. Rate hotel ni, RM 150/malam untuk Deluxe Twin, no breakfast. Hotel ni berdekatan dengan Pasar Karat,.walking distance je. Tapi ummi tak pergi pun ke Pasar Karat sebab sampai pun dah pukul 8 lebih. Check in dan terus keluar balik untuk makan malam. Lepas makan dah penat dan mengantuk, dan sayang lemak juga 🤣🤣..


Waiting area

Receptionist 


Deluxe twin room
Suka interior hotel ni. Cantik.









Untuk makan malam, kami ke Restoran Sup Tulang ZZ. Macam ikut tema je kan. Z belaka. 😅😂



Ummi order mee rebus tulang ZZ. Sedap dan portion dia banyak. Mengah nak habiskan. huhu..

Keesokan hari, mencari tempat sarapan pula since hotel tak sedia sarapan. Tapi ok je sebab banyak je kedai kan. Pilot bawab kami ke Warung Pokok Cherry. Kedai ni dah lama katanya dan banyak menu lauk-lauk selera kampung. Tapi ummi tak sempat nak snap gambar lauk-pauk dan kuih-muih yang pelbagai sebab nak mengejar masa untuk mesyuarat.








2 comments:

  1. warung pokok cheery tu macam best.
    kami kalau ke Pekan, Pahang time anta abg long balik serama, suka pergi Warung Pekan Lama. sama kot konsepnya kuih muih n makanan tradisi negeri

    ReplyDelete
  2. Cantik interior design hotel ni. Serba minimalist dan moden.
    Besar warung pokok cherry tu. Mesti ramai orang singgah makan kat sini.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015