Wednesday, March 16, 2022

GrabFood: Myeongdong Topokki & Empire Sushi


It's the monday yang ummi ambil EL asbab tak sihat. Hari sabtu sebelum ummi tak sihat tu, officemate ummi post dalam group whatsapp unit, maklumkan beliau positif covid. She even PMed me sebab Jumaat tu kami memang ada borak-borak tentang kerja. Eh, memang selalu la borak & discuss dengan dia kan. Gossiping pun selalu juga 🤭🤭 

Lepas dia text tu, ummi pun buat lah self test. Alhamdulillah negatif. Tapi, the next day tu ummi rasa tak sihat. Seram sejuk sangat badan dan bisa-bisa. Periksa suhu, normal tak demam. Tapi badan rasa lemah sangat dan sakit kepala juga. Ummi makan panadol dan duduk berkurung dalam bilik, tutup kipas, berselubung dengan comforter. Masih terasa sejuk mencucuk. huhu.. Until few hours, dah start keluar peluh baru rasa ok sikit. Tapi badan masih tak fit. Sengal-sengal je badan. Sampailah ke hari isnin. Isnin tu dia datang balik seram sejuk. Maka EL lah ummi. Another officemate mesej buat spekulasi, berjangkit dengan gossip-mate ke.. Huhu.. Ummi buat lagi self test pagi isnin tu, alhamdulillah masih negatif. Mungkin demam sebab minggu tu beberapa kali redah hujan, mungkin lah kan.. 

Anak-anak pun dah cuti sekolah minggu tu. Maka ummi tinggal di rumah dengan abang Fh dan Fq.. Ft dan Fy ke Pasti, manakala Fm dan Nb ke rumah pengasuh. Pagi tu abi dah belikan sarapan siap-siap sebelum beliau masuk kerja. Ummi makan sikit je sebab takde selera sangat. Tapi tengahari lapar gila. Scroll GF, apalah nak order ni.. Fq request sushi je sebab kenyang lagi makan nasi lemak. Ummi akhirnya decide nak order Myeongdong Topokki (MDT) for myself, and Empire Sushi (ES) for the boys. 

Myeongdong Topokki (MDT)
Ummi bukanlah peminat Kpop dan tak pandai pun makan makanan korea, tapi gigih nak mencuba. Belum sampai 10 kali mencuba makanan korea ni. hihi. 


Banyak betul untuk seorang makan


Dakgalbi chicken deopbap. 
(Spicy stir-fry chicken rice)

Nasi dan ayam dakgalbi dalam mangkuk besar. Mangkuk kecil-kecil adalah side dishes. Portion nasi tu memang agak banyak..


Masa order ni, ummi membayangkan nasi yang ummi makan dekat Mr. Dakgalbi. Tapi, tak seperti yang ummi bayangkan. hihi. Ayam nya tak pedas pun, dan a bit tasteless. Tapi lapar, ummi cuba juga makan. Ternyata hanya mampu makan separuh 😅


Kape moka. 
Jauh rasanya dari mocha yang ummi harapkan, tapi ok lah, ummi minum sampai habis. 


Empire Sushi

Yang ni memang dah banyak kali beli. Kali ni order ikut pilihan anak-anak. Tapi ada terselit seketul dua untuk ummi 🤭🤭





No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015