Hujung minggu baru ni, barulah berkesempatan nak mencari baju raya. Abi busy sokmo. Weekend pun ada kerja. Ini pun anak-anak dah tanya bila nak beli baju.. Ikutkan abi ada kerja juga Ahad tu.. huhu..
Masa cuti Nuzul Quran, pagi tu abi selesaikan kerja dia dulu.. Dalam tengahari, abi tanya ummi ada nak pergi kemana-mana ke.. Dah pukul 1 tengahari, abi belum balik lagi, kalau balik pun sampai rumah agaknya dah pukul 3 petang..Mana je nak pergi kan.Sebab nak berkejar buka puasa pula nanti. Malas lah ummi. Bila malam tu ummi tanya bila nak cari baju, abi kata dah tanya tadi, taknak pergi mana-mana. Ketawa berdekah la ummi..Mana sempatnya abi oii nak mencari baju untuk 8 beranak dalam sejam dua je.
Maka Ahad lah baru kami memburu baju..Seperti biasa, abi akan tanya, nak cari kat mana.. Nak masuk KL, tak sanggup nak redah kesesakan trafik. Cukuplah hari jumaat petang tu masa balik kerja ummi tengok kereta semua sumbakk tak bergerak area Sogo, Jalan TAR. Jadi, option paling dekat dan banyak pilihan, KWC je lah.
Plan asal nak naik LRT je. Ummi kata kat abi, mampu bawa 4 hero soleh je. 2 ketul heroin yang solehah ummi tinggalkan dengan ucu. Tak sanggup nak bawak semua bersesak-sesak, naik LRT pulak. Tak terjaga nanti. Yang 4 ni pun boleh tahan semput dibuatnya. Kalau boleh nak bawa abang besar je, senang nak handle. hihi.. Kalau bawa 6, huru hara. Mau ummi dan anak sama meraung nanti. haha. Dan alhamdulillah la tak bawa anak dara 2 orang tu sebab abi decide untuk tawakal je drive ke sana since tengok waze macam ok je. Dah sampai area Pudu tu, dah mula sumbat. Sudahnya abi kata nak park kereta berhampiran Berjaya Times Square Hotel. Lalu kami berjalan kaki naik jejantas melewati Lalaport Mall (tapak Penjara Pudu satu ketika dulu yang kini tinggal hanya pintu gerbangnya sahaja.. dan mungkin jua kisah-kisah mistiknya ð
ðĪŠ) dan terus berjalan kaki sampai KWC. Imagine kalau ada puteri berdua tu, patah pinggang oii..
Gambar di bawah ni menelusuri pedesterian walk premis Lalaport Mall. Jakun jap ummi eh. Tak sedar pun kewujudan Lalaport Mall ni walaupun tahu lah yang Penjara Pudu tu dirobohkn untuk pembangunan komersial. Tapi lama tak lalu sini. Know-know dah tersergam dah bangunan baru.
Dari sini nampak jelas Menara Merdeka yang tersergam megah..
Menapak ke KWC tu lalu celahan kedai-kedai. Ummi tak pernah pergi KWC naik pengangkutan awam. Biasanya memang abi bawa kereta parkir dalam KWC je terus. Jadi blur jugaklah nak ikut jalan mana. Tapi selamba je follow orang depan, beranggapan semua pun memang menghala ke KWC ðĪ. Memang betul pun orang-orang yang follow tu menuju ke destinasi yang sama.
Gambar suasana dalam KWC takde. Ummi tak ambil gambar lansung. Orang ramai, kedai pun beraneka jenis. Ada kedai yang banyak lot dia ambil. Setiap tingkat dia ada, dan kadang tu dekat satu tingkat pun ada 2-3 kedai dia. Jadi pening dan sesat dibuatnya. haha. Ummi kata kat abi, fokus utama cari baju raya anak-anak dulu. Since hero ikut, jadi kita selesaikan baju hero4 dulu. Pusing cari baju melayu yang berkenan di hati, warna yang dipersetujui, saiz yang sesuai untuk setiap anak pun, bercinta aihh.. Mula-mula pusing tu takde pilihan warna lagi. Bila dah belek 2-3 kedai baru lah decide warna apa. Dah berkenan baju kat situ, tak semua saiz pula ada. Pusing lagi tingkat lain, kedai lain.. Habis tawaf dah aihh.. Sampai ummi dah naik muak aihh.. Last ummi kata kat abi, masuk kedai A, apa yang dapat, kita ambil dulu. Contoh, kedai A tu, saiz untuk Fh dan Fq ada.. Tapi saiz untuk Ft dan Fy dah habis. Takpe, ambil je yang untuk Fh dan Fq dulu. Nanti pusing kedai lain, cari untuk Ft Fy pula. Design tak sama takpe, asalkan warna sama. Warna pun kalau lari tone gelap, cerah sikit, tapi tak obvious sangat, sambar jerr.
Endingnya, baju Fh Fq kedai lain, baju Ft Fy kedai lain, baju abi Nb kedai lain, baju Fm dan baju ummi pun masing-masing kedai lain juga. Yang lamaaaa nya nak settlekan baju lelaki dulu. Dah selesai baju lelaki, baju ummi tiba-tiba je muncul. Ummi jenis simple js, tak suka sarat-sarat. Nampak design yang kena dengan hati, terus tanya ada warna tak. Kebetulan stok warna yang ummi nak baru sampai. Terus cuba sarung walaupun mulanya ragu-ragu nak ambil saiz S/M. Tapi seller suruh try je dulu sebab design loose katanya. Eh, elok je muat tak sendat tak melekat, tak sangkut di belakang. Teruslah berkenan dan bayar. Abi pun terkejut tiba-tiba dah selesai ðĪ..
Selesai beli semua 8 pasang baju dalam pukul 5 ptg dah. Kami sampai sebelum tu around 12noon. Jumlah masa tawaf keliling KWC tu, 5 jam termasuk silat sekali. Satu pencapaian juga dapat cari untuk 8 beranak dalam masa sehari, to be specific 5 jam. 5 kedai yang berlainan. Tapi tawafnya berpuluh kedai juga. Pengsannn.. Alhamdulillah ummi kekal fokus dengan tujuan utama. Kalau ummi yang tersasar tu, memang parah lah kan. Ada beberapa ketika juga, ummi rasa cannot go dah berpusing-pusing tanpa hala tuju, ummi suruh abi duduk la mana-mana jap dengan anak4, ummi pergi round bagi melengkapkan misi. Fq akan teman ummi. Bila kami berdua cari, alhamdulillah sekejap je dah jumpa ððð.
Dalam perjalanan pulang ke kereta, kami lalu dalam Lalaport pula. Nak sejukkan badan ð
.. Meriah pula tengok deco stage tema raya tu. Luas juga Lalaport ni, tapi masih banyak kedai belum buka. Yang terpaling menarik hati ummi, ada book xcess.. Wajib kena repeat datang sini lagi nanti ni.. Nak belek-belek buku ðð
Gambar ð secebis kenangan Penjara Pudu, sebuah pintu gerbang berwarna putih yang menyimpan pelbagai cerita suka duka, pahit getir para bekas penghuninya.
Akak baca pun terasa sesak & kelam kabutnya Ily :D
ReplyDeleteApapun alhamdulillah setel dah semuanya ye.