Friday, May 27, 2022

Ma Patah Tulang Tangan


Minggu selepas Ma dan Ayoh check in 3h2m di rumah kecil kami, ditakdirkan berlaku insiden kecil. Sedang Ma memujuk Ayoh suruh mandi (sejak menghidap Dementia, Ayoh susah nak mandi. Berkali-kali kena pujuk. Ada masa dia buat keras dia..hihi.. Ma memang sabar sungguh jaga dan layan Ayoh. Allahu.. Moga Allah kurniakan ganjaran syurga buat Ma dan Ayoh serta Mama dan Ayah juga. Allahumma ameen..), anak buah yang sebaya Ns ada berhampiran. Nak dijadikan cerita, Ma nak elakkan cucu ke macam mana entah, lantas Ma terjatuh dan tangan terkilas pada hujung katil. Allahuakbar.

Kebetulan abang ipar AA datang, tak lama lepas insiden tu. Abang ipar AA bawa Ma ke klinik. Bila x-ray, doktor kata tulang tangan Ma patah. Allahu, patah ok, bukan retak 😔😔 Doktor syor pergi HKL untuk simen. Ma nak cuba tanya rawatan alternatif dulu. Tapi at the end, anak-anak Ma berjaya pujuk dan yakinkan Ma untuk simen. 

Abi dan his sister, Kak Y, bawa Ma ke HKL dalam pukul 11 malam dah rasanya. Dari pukul 11 malam tu, almost pukul 1 tengahari esoknya baru selesai semua dan discharge. Nak dijadikan cerita, abi ada mesej ummi dalam pukul 5 pagi tu bagitahu Ma tengah simen tangan. Abi kata dalam sejam boleh balik dah kot. 



Ummi pun berkira-kira lah nak uruskan anak-anak semua kan sebelum pergi kerja. Masa tu abang bertiga (Fh, Fq dan Ft) masih cuti sekolah lagi. Fy pula sekolah, tapi puas ummi kejut dia taknak bangun. Ummi siapkan 2 anak dara, Fm dan Ns, hantar ke rumah pengasuh. Ummi tak sempat nak sediakan makanan untuk abang berempat ni, roti je yang ada. Ummi fikir since abi dah tak lama nak balik, takpelah, tinggal dululah abang-abang. Sarapan roti dulu. Nanti abi balik, pesanlah beli makanan. Macam-macam pesanan ummi tinggalkan pada abang Fh sebelum ummi pergi kerja.

Dah sampai pejabat, dalam pukul 9 lebih, ummi whatsapp abi, single tick je. Ummi call tak dapat. Allahu. Bateri phone habis lah ni. Pada masa itu ummi tak tahu yang Kak Y pun ada sekali di hospital. Ummi call anak-anak di rumah, tanya abi dah balik ke belum.. Fq kata belum.. Hurmm...ok takpe. Nanti ummi cuba call balik.

Pukul 11, still tak dapat contact abi. Call anak-anak, Fh Fq dah bising tanya mana abi, kenapa abi tak balik lagi.. Haihhh.. Kesian budak-budak ni lapar. Dan ummi dok risau juga mereka ni berkelahi sebab bila tinggal bertiga selalunya ok lagi. Ni berempat dengan Fy, memang banyak bahan gaduh nanti ni. Risau dah ummi. Ummi call mama, mama pun sama risau. Ummi tanya biras ummi, Kak WA, dia pun tak tahu cerita yang Ma pergi HKL malam tu. hihi.. Tapi dia tanya-tanya pada husband dia, Abang ipar AA, masa tu baru ummi tau Kak Y ada sekali dengan abi di HKL. Aduhh... Abi pun memang takde nak cerita/bagitau detail kat ummi pun.. haihhh..Kita ni dah risau-risau tak dapat contact dia, fikir anak-anak pula lagi, dan of course risau pasal Ma juga.

Since 11 lebih still tak dapat news dari abi. Ummi text Kak Y pun takde reply. Mama call cadang suruh along ummi pergi ambil 4 beradik tu bawa gi Ampang. Ummi dah berkira-kira nak balik dah masa tu. Tapi petang tu ummi ada meeting dengan klien. serba salah sungguh jadinya. Maka ummi setuju dengan plan mama. Better lah Along ummi ambil anak-anak. Anak-anak dah selamat sampai Ampang, baru ummi dapat text dari abi, bagitahu Ma baru dapat discharge, on the way balik ke Gombak dah. Dah pukul 1 dah rasanya masa tu. huhuhu..

Kelam kabut betul ummi hari tu..haha.. But alhamdulillah everything is ok. Tangan Ma pun dah selamat simen. Abi kata, Ma diberi bius penuh. Sedut gas, tiba-tiba lena dah. Then doktor tu tepuk-tepuk, cuba kejut Ma. Bila Ma dah fully tak sedar, 2 orang doktor tarik tangan Ma. Abi describe sebagai amat-amat dahsyat. Imagine dua orang berebut barang, main tarik-tarik, macam tulah doktor tu tarik. Then dia macam betul-betulkan kedudukan tulang tu sebelum simen. Doktor kata, kecedaraan Ma agak teruk juga sebenarnya. Allahu. Moga Ma baik-baik saja serta sabar dan tabah atas ujian ini. 


Mohon doakan semoga Ma diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dan berpanjangan selepasnya. Mohon doakan juga buat Ayoh dan kedua ayah dan mama ummi ye. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. 


4 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015