Selamat 'Hurry' Raya Aidilfitri buat semua yang membaca blog tak seberapa ummi ni..
Raya tahun ni, masing-masing pakat kalut ribut kan.. Tak jangka bila pengumuman, terus esok raya.. Kalau tak silap ingatan ummi, kecil-kecil dulu pernah juga diumumkan esok hari raya. Lama dah tak macam tu, dan ditakdirkan hari raya asyik sama je dengan prediction kalendar kuda kan. Tiba-tiba kali ni kena 'scam' dengan kalendar kuda 😂😂😂.
Dari segi perancangan ummi, walau lari sedikit, alhamdulillah masih sempat beli dan masak juadah raya. Hari sabtu kami berbuka puasa di Gombak dan bermalam di sana. Ahad tu ummi kata kat abi, nak balik rumah masak-masak sikit, kemas rumah.. Nak singgah kedai beli barang sikit.. Baju raya pun dok dalam mesin basuh lagi..
Maka, Ahad 29 Ramadan tu, tengahari kami gerak balik Pandan. Singgah kedai beli ayam 2 ekor, beli cream cheese, whipping cream dan macam-macam lagi nak buat rendang dan ayam masak merah. Mak mertua ingat kami stay sampai raya. Ummi kata balik nak siapkan kerja sikit. Isnin nanti kami datang berbuka di Gombak (dengan jangkaan raya hari Selasa)..
Sampai rumah, ummi mengadap ayam dan daging terus. Pesan kat abi pergi kedai cari paru pula. Kedai ummi pergi sebelum tu takde paru. Abi tanya nak bila, esok boleh ke? Ummi kata nak sekarang la. Esok takut lambat. Terus abi pergi cari paru, untuk ummi merendang.
Sementelah itu, ummi dok prep ayam nak buat ayam masak merah. Nanti nak frozen kan untuk panaskan pagi raya nanti. Dan cadang nak masak nasi tomato juga pagi raya nanti.
Buka puasa malam tu, beli fast food je 😅😅 Iftar McD 🤭 Lepas berbuka, ummi terus lah menggoreng ayam, dan sedia bahan untuk buat rendang daging + paru. Tiba-tiba abi bagitahu, "ESOK RAYA lah yang... ".. Ummi di dapur, " Haaaaa?? Seriuslahhh".. Tengok whatsapp dan FB, memang dah kecoh esok raya.
Alhamdulillah biras ummi yang duduk rumah mertua memang dah start masak rendang ayam dan rendang sebelum ummi balik tengahari tu. Hati tak sedap kata beliau. Allahu.. Allah gerakkan hati dia rupanya. Maka ummi pun sambunglah buat ayam masak merah. Mula tu malas juga nak buat rendang dah. Tapi mengenangkan mama ummi pun tak sempat nak beli bahan merendang, ummi gigihkan juga dori masak rendang daging + paru untuk hantar ke rumah mama pagi esok. Sempat juga ummi bakar burnt cheesecake 2 loyang.
Abi datang tanya, bila nak balik Gombak? Ummi sambut dengan gelak tawa sambil mata melirik ke dapur yang tengah berasap. Baju raya pun basah lagi abi oii.. Tak sempat kering. Maka abi angkut lah baju-baju raya semua ke dobi intuk dikeringkan 😂😂 Sambil ummi siapkan masak-memasak. Mak mertua call pula, bagitahu kakak ipar nak masak nasi tomato, tapi takut tak sempat masak lauk.. Ya Allah.. Ummi kata eloklah tu, ummi tengah masak lauk ayam masak merah. Ok lah kak ipar buat nasi tomato. Nanti ummi buat sekali acar timun. MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah sempat siap masak dalam pukul 2 pagi. Ummi sambung pula menggosok baju raya.. Almost pukul 3 pagi baru tidur.
Lepas solat sunat aidilfitri baru kami gerak balik Gombak. Minta adik lelaki ummi datang rumah ambil rendang dulu. Sebab mama kata takde lauk raya 😢😔 Sedih kita dengar tau. Selalu mama dah siap rendang awal dah.. Huhu . Tapi seram juga bagi mama makan air tangan ummi yang tak seberapa ni. Mama & ucu kan masterchef, ummi ni masak ala kadar je, risaulah tak kena di tekak mereka. Maka ummi siap pesan, kalau ada rasa terkurang, alter lah balik ye.. huhu..
Bila adik ummi, ucu hantar mesej ni.. dan mama pun call kata sedap.. Allahu.. Terima kasih Allah yang beri nikmat rasa sedap. Perasaan dapat masak masakan yang kena dengan tekak mama tu, priceless tau.
My nutella burnt cheesecake
Menu raya di Gombak
Nasi tomata by sister in law, ayam masak merah and acar timun+lobak by yours truly. Alhamdulillah licin lauk.
Selamat Hari Raya Ily!
ReplyDeleteAllahu, terkejut-kejut pun menjadi belaka semua masakan dia tu :)
Selamat hari raya aidilfitri, maaf Zahir dan Batin...memang betul raya terkejut dan raya kalut...
ReplyDeleteSelamat hari raya Ily. Haha. Memang kelakar raya tahun ni. Kami dah siap sampai masjid nak terawih, baru perasan esok raya =p
ReplyDelete