Friday, June 17, 2022

Rawatan Gigi Fq di Suriani Dental

Hari tu ummi update yang Fq patah gigi dan kami refer dentist di Suriani Dental, Ampang Waterfront untuk check dan advice rawatan yang terbaik. At that time dentist sarankan buat rawatan akar gigi (root canal treatment). RCT ni kena buat beberapa kali pula sehingga akar dia bercantum. Jumlah kos bagi RCT adalah sehingga RM650. Ini baru kos untuk RCT sahaja, belum termasuk tampalan.



Kami pergi jumpa dentist tu hari isnin. Ikutkan dia suruh terus buat sebab takut kena infection pada saraf gigi yang dah terdedah akibat patah tu. Tapi sebab ada appointment patient lain, kami kena ambil appointment pula lah. Kata dentist tempoh masa untuk rawatan gigi dan tampalan akan ambil masa sekurang-kurangnya 2 jam. 

Ummi set appointment untuk Fq hari Rabu petang. Sebab doktor tiada pada hujung minggu, terpaksa set appointment hari bekerja lah. Ummi ambil time off, balik dan bawa Fq bersama-sama Fh dan Ft naik grab 😅😅.. 


Fq request nak ikat mata sepanjang rawatan berjalan. Siap bawa kain dari rumah untuk ikag mata 😂😂 Tapinya, sekejap-sekejap dia buka, nak tengok alat apa yang doktor pegang. Dan baaaaanyak bethoollll soalan beliau. Nak bius pun takes time. Tapi alhamdulillah doktor baik dan sabar je layan dan jawab soalan-soalan Fq tu. 


Dentist kata tak perlu buat full RCT. Dia just akan buang bahagian saraf yang dah terdedah, rawat & letak ubat. Then dia tampal lubang tu, hoping for saraf yang tinggal tak terjangkiti. Lepas tampal lubang, dentist buat tampalan gigi, buat bentuk macam gigi betul. Ada 2 gigi lah kiranya kena buat tampalan tu. Cumanya, untuk gigi yang patah separuh tu, since gigi yang tinggal sangat sedikit, doktor kata tampalan ni tak kuat. Sebab tempat berpegang dia kecil je. Maka, kena berhati-hati. Dia akan senang tanggal. 


The proccesses memang ambil masa almost 2 jam. Lengih kaki dan pinggan ummi berdiri teman Fq dalam tu. Nak duduk, time ummi duduk tulah dia banyak bunyi, tak duduk diam. Maka kenalah ummi berdiri tercongok memandang dia supaya dia tak banyak gerak.


His 'after' teeth. Looks nice kan. Elok je doktor tu buat. tekun dan teliti. 



Total keseluruhan rawatan dan tampalan adalah RM540. huhu.. Takpelah, demi kemaslahatan anak.

Maka berpesan-pesanlah ummi suruh Fq hati-hati, bila makan jangan gigit sesuka hati, nak kekoh benda keras kena beringat, nak makan buah kena potong kecil, jangan kekoh kokak begitu sahaja, main dan bergurau pun kena berhati-hati dan berpada-pada. Sebab gigi yang belah kanan tu memang tak kuat. Kalau patah/tanggal, cara nak nampak elok memang kena tampal balik jelah until Fq umur 18 thn, barulah boleh buat crowning gigi. Tampalan untuk seketul gigi tu RM170 🤭💁..

Cerita rawat dan tampal ni minggu lepas. Minggu ni, di pagi hari, tengah Fq bersiap-siap nak ke sekolah. Dia terbersin disusuli dengan jeritan kuat.. "ummiiiiii.....". Cuak sungguh ummi mendengar jeritan dia di pagi hari yang kalut tu. Lantas ditunjukkan sesuatu dalam genggaman tangannya.. Seketul tampalan gigi yang tertanggal susulan bersin yang kuat? Allahu.. 😅😅 Malam sebelum tu memang dia ada cakap kat ummi, rasa macam gigi goyang. Ummi kata janganlah dok usik gigi tu. Jangan dok tolak-tolak pakai lidah ke apa. Dia kata, bukan tampal tu yang goyang, dia rasa macam gigi asal tu yang goyang. Sudah budak ni.. Ummi kata, gitu gak, biar jelah tanggal esok-esok, pakai gigi palsu je nanti..huhu..Tuptup, tertanggal terus dia pagi esoknya. Bertuah punya 'gigi'. Takdan sebulan pun awak ye. Kalau tiap minggu nak tampal baru, 'bengkok' lah ummi abi Fq oii.. 


2 comments:

  1. Sabo ajalah :)
    Tak silap akak ni SG ni pun ada klinik gigi ni...

    ReplyDelete
  2. Alahai!!! bagusnya Fq tak nangis pun nak buat procedure tu.
    Mrs. A pernah ada pengalaman buat root canaling memang kena datang banyak kali dah tu tak tahu di mana silapnya lepas buat pertama kali balik rumah sakit, datang lagi kali kedua sama jugak sakit. Mrs. A geram pergi dentist lain terus cabut sadaqallah terus gigi tu. Dah takde sakit lagi. Syukur gigi sebelah dalam so orang tak nampak. Cuma bila ketawa besar tu haruslah tutup mulut dengan tangan ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015