Friday, July 8, 2022

Bila Anak-anak Positif Influenza A

Influenza - Sekarang ni memang tengah musim dia menyerang, selain Covid yang dicatatkan semakin naik pula kesnya mutakhir ini (bahasa berita terus ummi haaa). Doktor sendiri maklumkan yang kebanyakan kes yang admit ward, disebabkan jangkitan Influenza. Bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, orang dewasa juga. 

Kes anak-anak ummi ni, mula dengan Nusayba. Dia start demam hari Sabtu. Hari Jumaat masa ambil di rumah pengasuh, pengasuh ada maklumkan anak dia kena influenza. Ummi doa minta dijauhkan lah dari menjangkiti anak-anak ummi. Hari sabtu tu Nusayba dah demam. Sekejap naik tinggi, 39+, lepas bagi ubat dia ok sikit. Tengah malam memang spike 39+. Menghadap dia merengek, nak menyusu sambil jerlum kain basah kat dia. Dia refuse botol pula tu, nak mengempeng saja. Ahad pagi nampak ok dan aktif je. Rasa dedar sikit, 37+.. Lepas Zohor kami balik Gombak. Masa kat Gombak, masih ok lagi.. Until lepas Asar, rasa panas balik badan dia. Makan pun tak seberapa. Ummi bagi makan PCM. Tapi ummi tak sedap hati bila dia tiba-tiba merap, duduk dekat ummi. Jantung dia berdegup laju & nafas pun nampak laju.

Pergi klinik, suhu dia 38.6. Doktor kata nafas memang laju. 60 dalam 1 minit. Doktor suruh refer hospital terus. Since kami di Gombak, plan nak bawa pergi Hospital Pantai Ampang, so balik rumah MiL dulu untuk solat Maghrib, lajak sekali ke Isyak. Masa ni, ubat tengah memainkan peranan agaknya, elok je Nusayba aktif main dan suhu pun dah turun. Confuse ummi. Maka kami berkira-kira nak bawa ke hospital ke tidak. Abi kata, tengok esok pagi macam mana. Tengah malam, Nusayba dan Fathiy, dua-dua suhu naik mencanak 39++. Fathiy asyik mengadu panas/pedih mata. Nusayba, merengek je lah. Alhamdulillah ada lagi supp pcm. Maka, sumbat lah supp pcm dekat budak berdua tu. 


Keesokan pagi, teruslah kami ke emergency HPA lepas abi hantar abang-abang ke sekolah. Dekat ED HPA, Fathiy memang nampak sangat tak sihatnya. Keliling mata dah merah. Suhu pun 39+. Buat ujian influenza dan juga Covid, serta buat x-ray juga. Few moments later, doktor bagitahu yang both positif influenza. Dan berdasarkan x-ray paru-paru pun, keduanya tak berapa cantik. Banyak kahak. Maka, doktor suggest untuk admit.

Treatment room ED, sementara tunggu wad kosong.



2 orang serentak 😢 Serabut juga ummi. Ummi yang akan jaga mereka berdua di wad, maka ummi kena buat Covid-19 saliva test. Alhamdulillah negatif. 

Dan dalam masa yang sama doa-doa moga anak-anak yang lain kekal kuat dan tak terjangkiti..



Ummi fikir, alhamdulillah juga anakanda  berdua ni kena masuk wad, sebab suhu mereka taknak turun-turun, dok main 39+++ je, walaupun in between supp... Allah..lansung tak turun. Sepanjang malam ummi berjaga monitor demam mereka. Doktor kata, supp ada 2 jenis. Paracetamol (PCM) dan Voren. Tapi Voren ni tak sesuai untuk influenza sebab dia akan ada side effect. So, memang ikhtiar dengan pcm je lah. Jika in between pcm tu masih panas, buat sponging je lah mampu atau mandikan. Tapi dengan drip tu, macam manalah nak heret budak tu mandi kan. Berjagalah ummi membasahkan badan anak supaya tak panas keterlaluan. Risau sangat tengok Fathiy tu sebab memang nampak lembik, melepet je dia. 

Dah dapat bilik, tapi sementara. Sebab wad kanak-kanak penuh, maka tumpang maternity wad dahulu.

Dah dapat pindah ke wad kanak-kanak

Nak dijadikan cerita, jiran bilik sebelah, anak kawan sekolah rendah/menengah ummi yang lamaaaaa tak jumpa. Allahu.. Allah takdirkan bertemu disini. Beliau menetap di Kemasik, Terengganu sekarang ni. Tapi asbab ada urusan kerja di KL ni, bawalah anak-anak sekali duduk di rumah Ampang ni. Rumah beliau dulu selalu jadi port kami berlatih nasyid.. hihi.. Beliau lah lead solo kumpulan nasyid perempuan yang selalu buat persembahan masa event sekolah. Ummi tumpang sekaki me'nyumbang' suara je. haha.. Hikmah anak-anak admit ward kan. MasyaAllah Tabarakallah.

Hari Rabu malam, alhamdulillah dapat discaj, setelah ummi mohon pada doktor untuk discaj, since keduanya dah tak demam, cuma kahak masih ada terutama si adik. Ummi ni nak balik sangat sebab Fatima pula dah mula demam panas. Abi tumpangkan dia di rumah maktok. Walaupun dah buat influenza test untuk anak-anak yang lain dan keputusannya negatif, tetap jugalah ummi risau kalau sebenarnya positif dan terjangkiti pula maktok, tok ayah dll. 


Mokcu melaporkan. Fatima pulak demam panas. 😮‍💨😔



Doktor berat hati nak discaj, tapi beliau lepaskan juga dengan syarat, ummi kena bawa Fathiy dan Nusayba datang hospital hari khamis dan jumaat untuk neb. Sebab beliau masih risaukan kahak dalam paru-paru yang tak lega lagi tu. Takut tiba-tiba bertambah teruk pula. 

Post-discharge, datang untuk neb seperti yang ummi janji dengan tuan doktor.

Syafakallah/syafakillah kesayangan ummi. Terima kasih juga pada saudara dan sahabat yang sudi mendoakan kesembuhan buat anakanda ummi.  Semoga Allah kembalikan segala doa yang baik-baik buat semua. Bagi yang sihat, miga dihindarkan dan dijauhkan dari penyakit, terus diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. Yang kurang sihat, moga Allah beri kesembuhan buat kalian, dan kesihatan yang baik selepasnya. Allahumma ameen. Amin ya mujib.

Tapikan, makanan dekat HPA ni sedap-sedap belaka..Benda berbayar kan..hihi.. Rambang mata/tekak nak tanda menu setiap hari. Ummi yang over kan. Anak-anak makan tak seberapa pun.. Puaslah ummi pilih menu yang sedap/menarik untuk mereka, tak berjaya juga menambat selera tekak mereka berdua.







2 comments:

  1. Syafakumullah 🤲
    Baca pun dapat rasa kelam-kabut, risau dsbnya :( Bab anak2 sakit demam ni mmg buatkan kita susah hatikan...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015