Friday, July 22, 2022

BacaBuku: Nirnama


 Novel Nirnama karya Hilal Asyraf ni, buku kedua ummi baca selepas Trilogi Gelombang Baru. Kira buku keempat lah kot kan sebab Gelombang Baru tu ada tiga buku.. hihi..


Sinopsis:
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut orang ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang² Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama.

Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintaj Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dengan Kerajaan Semutar Putih? Siapa sebenarnya Nirnama?

***

Tamat jua akhirnya 'penjelajahan' novel Nirnama ni. Lambat bukan sebab susah dan berat untuk dihabiskan pembacaan. Tapi sebab 'dihalang' oleh anak-anak supaya tak mendahului mereka. Setiap kali ummi pegang naskah setebal 680+ halaman ni, pasti ada suara-suara tak puas hati, dan menjenguk-jenguk sudah sampai manakah pembacaan ummi. Kali ni ummi tak tertahan lagi sebab bila Fq mendahului, acapkali dia jadi spoiler, bercerita dan bertanya hal-hal yang telah dibacanya, yang tiada dalam pengetahuan ummi. Tambahan pula, bila lama ditinggalkan, ummi pun ingat-ingat lupa penceritaan yang telah dibaca sebelumnya, jadi kurang 'feel' lah.. hahaha.. Maafkan ummi ye Fh & Fq.. Tak sabar nak habiskan 'pertarungan' awal. hihi..

Tengok tagging masing-masing. Fq baca, Fh tarik muka. Ummi baca Fq tak senang duduk. Begitulah perlumbaan kami..


Fh ni asalnya baca buku Empayar 3 karya Teme Abdullah dulu (yang ni nanti ummi share juga). Tapi sebab Nirnama ni super tebal, dia pula baca laju, jadi dia tak boleh tahan sabar nak baca Nirnama. Itu yang buat berebut tu.. Aduhai anak..


Balik sekolah, tak sempat salin baju, dah capai buku dulu.


One of the reason yang anak-anak suka bila baca buku-buku HA ni, sebab ada ilustrasi. Jadi anak-anak boleh dapat bayangan/gambaran watak tu. Dan bila terlebih rajin, dia pi lukis balik gambar-gambar tu.



The fact that anak-anak pun sama-sama enjoy baca makes me delighted. Berlumba (ke bergaduh eh?) baca masing-masing.. Karya HA ni, bagi ummi memang sesuai untuk semua peringkat umur. Dia cerita fiksyen, tapi banyak diselitkan tafsiran dari ayat Quran, ada juga diselit pantun/puisi.. Baguslah untuk anak-anak belajar seni berbahasa, adab serta pengertian iman dan taqwa. Yang paling ummi suka, sebab berulang-ulang kali diingatkan bahawa puji dan puja hanya untuk Allah, setiap kehebatan, kelebihan, kekuatan itu datang dari Allah jua, pergantungan hanya kepada Allah.. Memang sarat sangat dengan peringatan.. 

Mesej utama dalam Nirnama ni adalah haq menentang batil, kebenaran menentang kesesatan, kufur dan syirik beradu dengan keimanan dan ketaqwaan. Sesuatu yang boleh kita jadikan panduan dalam mendepani kehidupan seharian kita di dunia akhir zaman ni. 

Dalam Nirnama ni pun ada watak-watak kisah dongeng zaman kanak-kanak dahulu seperti Si Tanggang, Pak Kaduk, Puteri Santubong, Mat Jenin dll.. Tapi watak-watak ni diolah jadi sebuah watak yang unik, tak terikat dengan kisah dongeng yang kita biasa dengar. Plot twist dia sangat menarik. Really worth to read. 

Tamat kisah Nirnama. Banyak lagi buku HA yang lain menanti untuk dibaca 🤭


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015