Tuesday, August 9, 2022

Panjat Bukit Dinding Bersama 10 Askar

Rombongan mak ayah anak 10 tawan Bukit Dinding 🤭🤭🤭

Ummi ni dah lama ajak abi jogging di hari minggu (asbab ummi rasa badan dah makin lemau, lemak dah semakin tepu..huhu) . Biasanya usul dibalas krik krik krik je.. Tapi kalau anak-anak buah abi yang ajak, pergi taman ke, main futsal ke...Laju je abi ikutnya. Haihh..

Hari nak balik ke Gombak, seperti kebiasaan ummi yang kemas semua baju. Tiba-tiba abi bawa seluar 3 suku dia. Dalam group dia dah seru anak-anak buah kalau ada yang nak main futsal. Ummi perhati je..Tapi takde yang sahut. Maka pagi tu abi ajak ke taman. Tapi takde plan pun nak ke taman mana.. Masa nak gerak keluar, bertembung dengan abang ipar. Beliau cadangkan ke Bukit Dinding, Wangsa Maju. Boleh je lah abi.. Walaupun matahari pagi dah bertukar shift tengahari dah ni, dah memancar terik menyegat di pipi..

Mujurlah redup je dalam hutan kota kan.
Anak-anak bersemangat waja semuanya.

Warming up & stretching dulu

Masa start ni dah terus 60 darjah. Huhu.. Seriuslaaa ummi, takkan 60 kot. Hentam lah labu. Yang penting start je dah minta nyawa 


Bawa anak buah 4 orang campur anak sendiri 6 orang.
Trek mudah - sederhana katanya, dan bersimen konkrit..  Ada part sedikit mencuram juga, bila menggendong muatan tambahan, ibarat minta talian hayat jugalah 😬



Suruh jalan sendiri, dia diam membatu di situ 😂



9 orang anak menanti ummi yang gendong seorang lagi.. Hiyaahhhh..

Agak-agak jauh lagi tak nak sampai atas

Jalan santai-santai je. Naik 1 jam, turun 45 minit. Oklah, dengan askar 10 orang kan (8 boys + 2 girls). Geng abang-abang, baik trek menaik, mahupun menurun, laju je lead the hike. Jauh mereka tinggalkan ummi kat belakang..Yang mek kecil berdua ni nak berdukung sokmo. Fatima manage to walk 70% of the trail.. MasyaAllah alhamdulillah.. Thumbs up untuk Fatima..Nusayba? Gendong sajalah.. Dia nak jalan 10% pun dah kira ok lah tu.

Alhamdulillah. Berjaya sampai ke atas 






Dah berehat seketika, posing bergambar, tengok reban ayam...Nak bergerak turun pula




Lena Nusayba dalam carrier.

Random. Gambar aliran air 

Dulu belajar geologi dan rock mechanics memang kena belek pelbagai jenis batuan. La ni lupa dah segala nama dan jenis batu. Batu permata je takkan ku lupa. haha .



Tahniah!
Dan sampai semula ke bawah.


Tahniah juga pada ummi abi. Berjaya bawa naik dan turun 10 orang anak dengan selamat, dengan izin Allah pastinya. hihi. Ummi nak give up dah mulanya. Tapi bila bertembung dengan orang yang nak turun, dia kata tak jauh dah. Dalam 10 mins je. Maka, kugagahi jua. 

Alhamdulillah misi berjaya.
Mula lah plan nak tawan bukit lain ni 
hahahaha..

2 comments:

  1. Ala, depa sampai dulu :D Tahniah, tahniah ...
    Akk ni pernah dah survey bukit ni, tapi hujan kot time tu. Lepas tu tak pergi-pergi huhu...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015