Post yang tertunda.. hihi.. Kisah panjat Bukit Tugu ni, selang 2 minggu je dari misi tawan Bukit Dinding. Tapi bertangguh-tangguh nak buat sebab emosi tak stabil.. hahahaha.. Semenjak masuk pejabat baru ni, letih dia tak boleh bawak bincang 😅. Bila otak digunakan sepenuhnya, rasanya sama penat macam panjat bukit 🤭🤭
Alkisah pergi Taman Tugu ni, takdelah gerak awal sangat pun. Tapi taklah selewat mendaki Bukit Dinding. Hari kami pergi tu, ada event apa tah, jadi adalah crowd dan ada booth jualan juga.
Kami tak tahu mana nak mula. Pusing-pusing sat, tengok peta, maka pilih trail semaian dulu. Short trail je ni. Tapi, turun naik juga..
Sekejap je dah selesai trail ni, 1km je..tapi peluh boleh tahan juga sebab dokong budak kan.. Along the trail tu, beberapa group of people yang bypass kami, sempat mengira berapa orang anak yang kami bawa.. Masing-masing menegur dengan semangat... "Wahhh... 8 orang ya.. Bagus..bagus..." Aduhhh.. ummi balas dengan senyuman saja.. Kami import nak buah 2 orang, Syaqeer dan Saiful..
Lepas tu abi ajak sambung main trail pulak, yang ada 30 check points. Fuhhh... Abang macam dah give up, tapi ikutkan juga..
Sepanjang jalan tu, abang Faheem dah lain macam dah.. Sampai CP 5, selambak dia muntah. Mujur sempat suruh dia ke tepi, jangan muntah on track. Ada few orang yang lalu siap hulur air mineral dan bagitahu next CP ada short cut terus ke CP berapa tah...CP 25 kot, dah hujung-hujung jugalah.. Abi kata dia dengan Faheem, Fatima & Nusayba ambil short cut dan suruh ummi and the rest teruskan. Masalahnya, sepanjang ummi melangkah meninggalkan abi dan 3 orang anak tu, bukan main kuat lagi suara tangisan si Fatima tu haa.. Aduhaiii.. Sampai ke CP 8, sekali ada short cut lagi, connecting to CP25 juga.. Kat situ masih kedengaran tangisan Fatima. Ada makcik yang gagah seorang ni bersama anaknya, dia kata jauh lagi kalau ummi teruskan tanpa short cut tu. Yelah, dari CP8 kot, nak habiskan sampai CP 30...Memandangkan anak dara seorang tu masih meraung dalam hutan akibat ditinggalkan ummi, maka..... ummi decide untuk jumpa semula abi di CP25.. Melalak-lalak si kakak marahkan ummi..hahahaha..
Maka berakhirlah pendakian suku perjalanan kami.. hahahah.. Lain kali lah kita repeat full trail pulak.
Mek ni, memerut pula.. Mujur toilet dia elok bersih terjaga..
Taman Tugu ni area mana Ily? Mula tu akk ingatkan Tugu Negara :) Baguslah rajin buat aktiviti sihat begini 👍
ReplyDeleteTak jauh dari Tugu Negara kak. Area2 situ je..
ReplyDelete