Wednesday, October 5, 2022

Makan Malam di Krayz Kitchen, Bandar Sri Permaisuri

Tujuan asal keluar adalah hendak ke klinik, bawa Fatima yang mengadu sakit tekak, dan bila ummi suluh dalam mulut, terlihat seperti ada ulser.. Terus dibelek tangan dan kaki anak, takut ada ruam-ruam yang muncul. Alhamdulillah takde. Tapi tetaplah bawa dia ke klinik..

Entah kenapa, jauh pula ye mencari klinik, sampai ke Bandar Sri Permaisuri 😅😅 Walhal di sekitar rumah banyak je klinik 🤭 Masa mencari klinik tu, ternampak la sebuah kedai ni, Krayz Kitchen.. Tingg!! tiba-tiba teringat macam, Puan M, yang seorang ni, pernah suggest makan di situ. Ingat-ingat lupa je nama kedai. Tapi bila lalu dan nampak signboard tu, dia auto recall.. hahaha .

Maka, selepas lawatan ke klinik, kita singgah lah isi perut...


The menu.. 
All western foods. Steak, burger, pasta..
Nampak menyelerakan semuanya..
Harga boleh tahan juga 🥴






Sementara tunggu makanan sampai, macam biasala, memotret kenangan 😂






And...  the foods arrive...

Creamy mushroom soup with garlic bread. Sedap, pekat dan memang creamy. Boleh request kurang pedas (less black pepper) since foods are prepared from scratch upon orders.


Spaghetti chicken carbonara. Yang ni sedap juga cuma agak kering..


Ummi's mocha and ice lemon tea for others 🤭😅
The kind of mocha yang ummi suka. Pahit-pahit creamy.. 


Fish and chips


Crispy fried chicken chop..


Burger.. Order 2 jenis.. Smashes shroom burger & smash lamb burger. Both sedap, lembut sangat patty dia dn juicy..



Overall, foods sedap. Cuma nak ulang berfikir juga beberapa kali. Mungkin untuk celebration sesekali boleh dipertimbangkan. Ummi tak condemn the price, sebab service bagus, foods sedap, freshly prepared. Tapi kena tepuk dada tanya poket lah kan. Since family besar dan anak-anak semua makin membesar, selera juga turut sama membesar 🤣😂.. 

InsyaAllah ada rezeki lebih, boleh singgah lagi..


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015