Friday, November 11, 2022

Ya Allah, Beri Syifaa Pada Mama

Kesayangan ummi tak sihat 😢.
Hari Rabu petang, masa ummi tengah berkemas-kemas nak balik kerja, Along ummi call. Pelik juga bila Along call di waktu-waktu begini.. Along tanya ummi dah balik kerja ke.. Ada nak minta bantuan ummi..

Rupanya mama ummi demam.. Dah dua hari. Hari selasa ok lagi, masih larat lagi kami berbalas mesej..Tapi hari Rabu tu Along kata memang nampak lembik, lemah. Nak angkat badan pun tak larat. Badan jadi lembik macam jelly. Nak dijadikan cerita, adik bongsu ummi, ucu pun demam juga. Along pun baru je kebah dari demam sebenarnya. Jadi, masing-masing tak cukup kudrat nak tolong angkat mama, tukarkan pampers etc. Lepas maghrib tu ummi pergilah rumah mama, singgah beli air kelapa untuk mama dan ucu. Allahu, memang nampak lemah sangat mama dan mamai-mamai juga. Mama tak lalu nak makan dan since ucu pun tak sihat, tak sempat juga ucu nak tengok-tengokkan mama. Ummi suspect mama hypo sebab makan sikit sangat, gula jadi rendah. Malam tu ucu paksa juga mama makan. Sebelum ummi balik malam tu, nampak macam segar sikit. Boleh nak bercakap lah..Ummi balik rumah. Berkira-kira juga nak balik malam tu, tapi sebab askar-askar ade sekali, abi pun nampak tak berapa sihat, takut serabut nanti. Ummi just pesan kat Along, kalau ada apa-apa call je lah ummi. 



Keesokan pagi (Khamis), Along mesej dalam group, maklumkan mama jatuh katil. Allahuakbar.. Masing-masing tak tahu macam mana mama jatuh. Sebab bila ucu sedar, mama dah di tepi katil, duduk melunjur kaki tersandar pada katil.. Struggling nak bangun. 😢😢😢 Bila tanya mama pun, mama tak jawab.  Alhamdulillah takde terhantuk dimana-mana.. Ummi decide untuk cuti, dan balik Ampang selepas anak-anak semua ke sekolah/pengasuh. 

Mama tak pernah demam sampai lembik macam ni.. So kami risau. Nak ke toilet, Along suruh mama paut pada leher Along, while ummi tahan dari belakang dan ucu jaga wheelchair. Selesai dudukkan mama di wheelchair tolak ke tandas, nak gerakkan Mama duduk di toilet bowl pula sebab kaki mama memang tak larat nak berdiri.. Bergilirlah ummi dan ucu take turn khidmat pada mama, mandikan, pakaikan pampers.. Along pun urus mama dengan penuh lembut. Allahuakbar.. Memang nak kena ada at least 3 orang untuk urus Mama.. Khamis, banyak sikit mama makan. Nampak lebih bertenaga.. 


Semoga Allah beri kesembuhan pada mama dan kesihatan yang baik dan berpanjangan. We all love you ma.. 


2 comments:

  1. Syafakallah buat mama Ily.
    Alhamdulillah ada adik-beradik saling membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma ameen. Tq kak. Alhamdulillah juga kami adik-beradik sekitar Selangor/Putrajaya je..

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015