Sunday, June 11, 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Ummi suka tengok buku. Kalau masuk kedai buku memang ralit. Dari membelek buku, sampai la ke stationeries. Kalau bagi duduk sehari dalam kedai buku pun, tak cukup rasanya. haha..

Membeli buku pun adalah hobi ummi. Banyak sangat buku nak beli.. Tapi membaca macam siput.. Aduhai.. Kalau zaman muda remaja dulu, 2 buku sehari pun boleh habis tau. Ummi pernah jadi pustakawan masa Form 2 sebab hari bertugas tu ummi boleh explore buku apa yang nampak best. Dan sambil jaga kaunter, bila takde orang nak pinjam atau pulangkan buku, ummi ambil kesempatan untuk baca buku. Syok gila macam dunia ummi yang punya. Dapat pula baca english fiction books, especially Enid Blyton's.. Heaven.. 

Maka, bila ada pesta buku, tak kira la PBAKL ke BBW, memang ummi excited sangat. Beli buku untuk diri sendiri dan anak⁶ juga.. PBAKL tahun lepas ummi tak pergi. Tapi sempat grab online, dapat harga PBAKL.. hihi.. Tahun ni, 2nd day dah ajak abi gi terjah ye. Spontan pula tu.. Tengahari pergi Open House, lepas tu abi tanya nak pergi mana?? Tingggg mentol keluar kat kepala.. Pesta buku jom.. 

Alhamdulillah abi follow je.. Syukur atas nikmat Allah.. 2nd day pun dah meriah sangat. Kereta baaanyakkk.. Kami park jauh, dekat dengan Indonesian school, then menapak dengan anak 6 ketul.. huhu.. 

Hello WTC.. Baru separuh perjalanan, jauh lagi nak sampai tu bila bawa askar berderet. hihi..


Untuk PBAKL kali ni, ummi memang dah ada target dah. Supaya tak tersasar jauh.. Knowing myself yang boleh menggila kalau dibiarkan melewati setiap reruai dengan aman damai. So ummi cakap dekat abi, firstly nak cari Iman Publication & Hilal Asyraf. Dah tengok dekat FB, reruai IP dan HA both di tingkat 4. Maka lajulah terus tuju tingkat 4. Masuk hall dah nampak IP.. Suruh Faqeeh cari Komik Gaza Mini 8 dan Asil3. Kalau dah nama komik, of course lah buku anak² kan.. 

Tadaaa.. Yang dicari² duduk berjiran je..


Bila Faqeeh dah pegang 2 buku ni, ada helper terus bawa dia pergi express lane, untuk 1-2 buku sahaja.. Ummi mulanya dah nak belek buku lain (untuk ummi tentunya dan tiada dalam list asal).. Tapi tengok lane lain queue panjang, dan Faqeeh dah elok beratur di express lane, terbantut lah hasrat ummi. 


Next, misi cari reruai HA. Ini memang ummi dah aim lama. Sebab ummi pun dok tertunggu² sambungan kisah Gelombang Baru, siri yang asalnya beli untuk anak, tapi ummi terjebak baca sama.. Itulah momen ummi mula kumpul karya² HA. Sebab boleh layan baca sama dengan anak². Nak cari reruai HA ni agak mencabar sikit, sebab dia kat belah belakang. Berpusing-pusing cari. Bila dah jumpa, terus la capai Gelombang Baru 4 dan sambungan siri Wira Cilik. 2 ni memang dalam list. Then Faheem belek² buku Sumpahan Lagenda dengan Amru Rebellion. Ummi kata ambil je lah. Bila nak bayar, adik tu kata beli 5 RM100 ke cmne tah (kecuali siri Wira Cilik). Ambil lah lagi Relasi dan Terasing. Pastu anak² nak keychain pulak. Ambillah 4 Nirnama dan 2 Cendana.  Lepas bayar, tengok meja Tuan HA kosong, takda yang queue, lajulah pergi mintak sign. Kids meet their favorite author. 


Gambar² lain sekitar PBAKL 2023.
Belon ni stok lama yang tak sempat pakai untuk PBAKL 2020 agaknya. Haha. Era Covid bermaharajalela.



Dekat reruai Permata Ummah. Abi dengan setiusaha akhbar TGHH. TGHH ada juga katanya, tapi baru je beransur sebelum kami sampai. Takde rezeki jumpa TGHH depan mata.


Ada ruangan PPAS. Kids suka sangat kat sini sebab ada 3d printer, ada puzzle games made from 3d printer tu, ada remote control robot.. Leka lah budak². 




Kami keluar dari PBAKL, dah maghrib. huhu..


While waiting for abi yang menapak jauh ambil kereta.. Minum air dulu, beli dekat gerai² luar WTC tu. Masing² kehausan. Banyak betul belon 😅😅


Lepas solat, singgah makan. Abe ni tak menyempat tunggu balik rumah. Terus buka buku di kedai makan. haihh..


Hasil tangkapan. Semua untuk anak² 😂😂 Untuk ummi, tumpang baca buku anak je nanti.. Lagipun, ada few books lagi yang ummi dah beli tapi belum bersentuh lagi 🤭. Ada tambahan komik, Faqeeh beli di reruai Gempakstarz.. Dan buku cerita serta buku mewarna untuk Fathan Fathiy Fatima dan Nusayba. 


Close up karya HA. Next PBAKL, ummi menjangkakan akan ada Nirnama 2.. Wajib beli juga ni.. huhu..


Keychain Nirnama x Cendana.


Kami lalu di reruai KPM. Ada mesin Braille. Faqeeh belajar cetak nama menggunakan mesin Braille. Semua dapat nama in Braille. Good to learn. 


Kami takda apps tiktok, saja sibuk bergambar di photobooth tiktok sebab macam glam je kan..hihi..


Ni paling best bagi ummi. Dapat jumpa dan bergambar dengan Dr. Ustazah Fatimah Syarha yang sangat lemah lembut dan sopan santun bicaranya. MasyaAllah.. Fatima Az-zahraa meets Ustz. Fatimah Syarha. hihi..


Our starz.



I'm happy to see anak² suka baca buku. Awal² susah juga nak terap minat. Sebab banyak lagi bemda yang lebih menarik minat kan. Ummi mulakan dengan komik. Mostly komik² islamik. Then ummi fikir, macam nak kena divert ke buku cerita pula. Tapi nak cari buku yang sesuai dengan jiwa anak dan menyeronokkan untuk dibaca tu agak mencabar. Di situlah titik tolak bermulanya kami berjinak² dengan karya HA. Dari asalnya baca komik wira cilik, dan ummi tawakkal cuba pancing minat anak baca buku fiksyen dengan Trilogi Gelombang Baru.. alhamdulillah sekarang nampak Faheem dan Faqeeh semangat nak baca buku. Setakat ni, buku fiksyen yang ummi pilih untuk bacaan anak² adalah karya Hilal Asyraf dan juga Teme Abdullah. These two, ummi turut baca sama karya mereka, dan bagi ummi, sesuai untuk bacaan kanak² menjejak usia remaja. Ia bukan kisah fiksyen kosong semata. Banyak pengajaran, banyak  nasihat dan ada juga elemen dakwah yang diselit dan boleh dikutip dalam naskah2 tersebut. 

Semoga anak² teruskan minat membaca, cari bahan bacaan yang beri manfaat dan nilai tambah, ambil ibrah dan hikmah dari bahan bacaan. Membaca membentuk generasi berilmu. 

3 comments:

  1. Wah seronoknya satu family sakan beli buku ya 😃
    Akak dulu2 masa muda rajin ke PBAKL. Kena siapkan list nak beli buku apa dan berapa bajet. Kalau tak, itu nak ini nak.

    Eh..sama la kita suka baca karya HA. Ni pun baru habis Hikayat Satria Sejati 4, nak sambung ke-5 (final) pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marathon baca buku HA dgn anak². Pace dierg lajuuu.. HSS dah selamat khatam. Alhamdulillah. Anak² ulang baca 3-4 kali 😅😅.. Mostly buku² HA semua dah ada dalam koleksi 🤭

      Delete
  2. Lama betul akk tak ke PBAKL huhu... Masa kerja dulu sanggup volunteer jaga both sister company sbb bole lepak di sini hehe...
    Keep it up kids 👍👍👍

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015