Wednesday, September 27, 2023

Bila Ada 'Mama'razzi di Pejabat 😅😅

Tak sangka, jiran ummi di office ni seorang 'mama'razzi rupanya 😂🤣🤣

Tengah² buat kerja, tiba² dapat whatsapp.. Eh! gambar kita tengah acah² khusyuk fokus buat kerja 🤣🤣 Adoiii.. Mujur dia snap gambar masa tengah buat kerja, bukan time me-lagha 🤭😅 Sempat aje dia tau. Entah bila masa dia snap pun, tak perasan.

Ini, punya fokus buat kerja, tak perasan anak jiran tumpang berteduh bawah meja 😆


Dengan meja bersepahnya.. Alahaii..



Tengah kebuntuan ni.. Kenapalah result analysis tak seperti yang diharapkan. Dah assign retaining wall, kenapa output keluar slope??? 🥴 Stress kita..


Seramlah ada jiran 'mama'razzi 🤣🤣🤣
Tapi kalau buat koleksi gambar² ni, agak² boleh jadikan bukti untuk claim APC tak? 😂😂😝

Khusyuk, fokus macam ni bermusim. Bila time mengejar dateline kalut lah..Tambah baru berjinak² guna analysis software, merangkak dan meraba² lah sikit. Struggle is real 😂

Tapikan.. jiran ummi ni, time ummi takde pun dia kirim gambar..


Sunyi office katanya. Sebab kebetulan time ni, jiran belah kanan dia pun takde. Tak boleh nak bergosip 😆 Sebenarnya rindu kan 🤣🤣

Jangan risau, 'mama'razzi merangkap jiran pejabat ummi ni perempuan ye. Super duper junior sekolah ummi, TIKL.  Dan kami share birthdate yang sama.. Kimia gittewww.. 

Mode menyorok dari 'mama'razzi 🤭🤭😝.
View sewaktu lunch hour sebenarnya. Bila kepala dah berat sangat berfikir, kita take a nap sekejap lah.. Bagi refresh nak sambung berfikir sesi petang 🤗 Cuba teka kat mana port nap ni??


Hahaha..
Bawah meja ja..
Sebab pejabat sekarang ni macam aquarium. Kaca je keliling. Sini jelah port yang ada nak rehatkan mata sekejap.

Sunday, September 24, 2023

Sunday Updates..

Library agaiinnnn.. 🤓 Kali ni swap 2 anak teruna dengan anak dara (sweet nieces) 😅😅.. Abang² taknak ikut sebab seronok main dengan cousins.. Kita ajak lah kakak² solehah, Amira & Amani ikut.. 




Lepas pulang dan pinjam pula buku lain, jalan ala tousrist ke Dataran Merdeka. Ada program Fit Malaysia hari ni. Tapi kami tengok dari jauh je.. Then, solat Zohor di Masjid Negara.



Next, ke Rumah Tangsi. Bila nampak ada feather flag Chef Kecik, ummi excited. Sebab dok follow CK kat ig.. Nak ke kafe dia, jauh la pulak. Bila bukak booth dekat² ni, boleh la kita cuba..


Ummi beli latte, iced choc, pastries & cake. Tak dan aihh nak snap gambar foodies. Masing² tak sabar nak makan.. Dan, thanks to one booth yang jual air, sebab belanja anak² a cup of soda herbs drink. Semoga Allah melipatgandakan rezeki kamu. Aaamiiiinn.



Ada event by The Messy Club. 
Sebenarnya ummi ada perasan dekat ig Naurah.Ameena Basic, ada buka pop up booth di Rumah Tangsi. Dah sampai ni, laju lah ummi terjah booth NAB. Grab sehelai baju 🤭


One with the founder. Tidur pulak ummi ni 😂😂


Next, some shots depan Rumah Tangsi.






Another 2 weeks nak pulang buku nanti, event apa pulak agaknya ye di RT? 🤭😅😂 Bahaya betulll.








Saturday, September 2, 2023

Ya Allah, Baru Kulihat Terangnya Dunia..

Beberapa bulan kebelakangan ni, ummi memnag dok rasa tak selesa dah mata ni. Kalau mesyuarat, puas dok tenung screen projektor, susah betul nak nampak. haha.. Terpaksa snap gambar, zoom dekat handphone.. 🤭🤭

Lepas tu, bila dok baca signage yang tak berapa nak jauh pun dah tak nampak jelas. Lagi teruk bila mata ni selalu rasa cepat letih dan selalu juga sakit kepala. 

Maka, hari Jumaat lepas Merdeka, ummi abi cuti (tapi abang³ sekolah), ummi ajak abi singgah optometrist sekejap. Tak tau nak pergi kedai mana sebenarnya  Tapi pusing² area sekolah abang³, nampak Syam Optical ni.. Nampak ada tulisan basmalah depan kedai, insyaAllah owner Muslim ni.. Jom terjah.



We waited about 1 hour plus. Mainly sebab dia tengah layan customer lain yang datang earlier. Ada sedia air mineral dan kudap²an sementara tunggu giliran. Kami baru je lepas makan. Tapi anak³ (Fathiy, Fatima dan Nusayba) gembira la bila nampak gula². 

Sementara tunggu turn, ummi saja lah try dulu spek² yang ada.. Ni antara yang confident nak snap gambar. haha.. Kalau yang kembang sangat tudung tu memang ummi dah tolak tepi siap².. 🤭

Sampai turn ummi, cek mata pakai mesin yang ada gambar hot air ballon dalam dia tu 😅😅😅 Dia kata almost 200 power, both left and right eyes. Lama dah ni simpan 🙈🤭😅

Lepas tu masuk dalam bilik, cek yang baca huruf dari besar ke kecil tu. Teruk betul rasa mata ni. Tapi teliti betul adik tu periksa. Dia repeat beberapa kali nak make sure mana yang betul² selesa. Check silau sekali. Alhamdulillah silau ok. Bila dah dapat lense yang betul, check reading pulak. Ok tak baca dekat kalau pakai cermin. Bila dekat, dia jadi kembang sikit la tulisan. Power mata ummi 150 🥴. Untuk dekat ok lagi. Tapi nak bagi balance supaya tak perlu sentiasa buka cermin mata bila nk baca dekat, dia suggest reduce sikit power jadi 125. Sebab first time nak pakai spek 😅 Dan mata pun dah lama stress kerja kuat, terkejut pula nanti kan. huhu..

Confirmlah terus buat spek demi kemaslahatan diri. Owner kata boleh siap petang atau keesokan hari, nanti dia akan call.. Ummi expect hari Sabtu je lah..Pagi Sabtu dapat whatsapp, spek dah ready untuk collect. Lepas zohor terus pergi collect.. Agak² yang mana satu pilihan hati ummi?? 🤔
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaa..

Dah rupa cikgu rokiah nohhhhhh 😂🤓🥸





Lepas collect spek, pegi pusing kedai cari sandal. Masuk Ampang Point. Anak⁴ yang kecil berderet tu pulak ligat berlari sana-sini. Ummi ni dah lah baru nak serasi dengan mata. Dok nampak lantai tinggi rendah lagi. Lepas tu dok melilau cari depa ni berlarian, pening pulak rasa. Aduhaii. Pas baton dekat abang Faqeeh la suruh take charge jaga adik⁴. Sebelum ummi jatuh terlentang dalam kedai dek pening terpusing² cari anak⁴. haha.. 




Sungguhlaa... baru nampak terang dunia 🤭🤭 Hang dok peram kabur kembang lama² buat apa ummi oiii 😆🥴

Siapa² area Ampang nak check mata, buat spek, boleh lah cuba singgah di Syam Optical ni. Servis baik sangat, pilihan spek pun banyak dengan harga mampu milik. Spek ummi ni, ambil pakejbyang RM 79 untuk frame & lense tambah untuk screen & gadget protection, RM50. Total RM 129. Murah kan?? 


Malbatt: Misi Bakara - Unlocked

Setelah Mat Kilau dan Air Force, filem Malbatt: Misi Bakara ni sebuah lagi filem yang ummi ternanti-nanti sangat. Since filem ni adaptasi dari kisah benar, walaupun tak 100% true story lah kan. Haruslah ada elemn fiction here nd there untuk tambah rencah dan rasa sebuah filem kan. Dok baca kos penerbitan filem ni pun dah mahal gila. Dibarisi oleh pelakon² handalan yang bukan calang² pulak tu, semua top actor kot. 

Barisan pelakon MMB. Antara muka² yang ummi kenal, Adlin Aman Ramli, Bront Palare, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Gambit, Dafi, Dini Schatzman, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli.. 



Disebabkan ummi asyik je bercakap pasal filem ni, dan anak² pun termakan hasutan ummi.. Tambahan kawan² mereka pun dah tonton filem ni, maka semua bersemangat pula, Hahah.. Bila Abi bagi greenlight...maka ajommm kita terjah.. Book terus slot 8.55pm  @ GSC My Town🤭. Memang suka tengok movie malam² ye.. haha..

Bergambar dulu sebelum masuk hall..



Dua beradik ni, beza umur setahun je, tapi jauh betul abang outgrow adik 🥴 




Nampak macam abang dan adik⁵ tu jauh jarak umur kann 🤭 Padahal semua berderet² rapat²  je jarak umur 😆


Botol nan seketul. Bakal jadi rebutan ni.


About the movie..
Selaku penggemar filem patriotisma, silalah tonton filem ni. Walaupun kali ni airmata ummi tak mengalir laju macam tengok Mat Kilau dan Air Force, tapi semua tu salah watak Ramlee yang selalu buat lawak. Tapi selitan scene lawak² ringan macam tu menjadi lah. Sebab takkan nak serius kerut² dahi, peluh leleh² je sepanjang 2 jam cerita kan.. 

Dalam cerita ni macam takde watak yang betul² anchor. Ummi nampak macam semua ada weightage masing². Karakter masing² semua menyumbang kemenjadian plot cerita. Yang nampak menonjol sikit pun, mungkin watak Ramlee lakonan Shaheizy Sam. Yang berlakon jadi Lt Mustafa tu, ummi tak kenal. Tapi watak dia pun macam 'in' sangat. Bersahaja, tapi masuk.

Perasaan, mostly banyak goosebumps, meremang, berderau darah.. Sebab banyak scene perang, adegan tembak menembak, letup meletup. Bila keluar RPG je, ummi dah berdebar dah. Kita pulak dah mengucap dulu macam kita yang duduk dalam APC tu.. huhu..

Apa yang ummi suka, sebab dalam filem ni ada babak yang fokus pergantungan hanya kepada Allah. Dan kepercayaan (keimanan) yang tinggi kepada Allah. Di mana setelah habis daya usaha kita, kita serah bulat² diri kita kepada Allah, dan bergantung harap sepenuhnya kepada Nya. 

Fathiy yang anxious, seperti biasa akan come out dengan banyak soalan. Antaranya, kenapa tak tinggalkan je askar yang dah mati? Kenapa nak kena bawak balik? Ummi tak pastilah sama ada jawapan ummi ni betul atau tidak, tapi ummi cuba untuk beri kefahaman pada dia.. No friends left behind. Walau sebagaimana tough pun situasi, sehabis daya seboleh mungkin, kena pastikan SEMUA 'rakan' kita di bawa pulang, walaupun sekujur jasad yang tak bernyawa. Semangat setiakawan, semangat kenegaraan, semangat kekeluargaan. Kawan kita tu, ada keluarga dia yang menunggu kepulangannya, walau jasad tanpa nyawa. 

Fathiy tanya lagi, kan ada lagi musuh tak mati.. kenapa tak sambung perang lagi? Kenapa balik? Kenapa tak langgar je budak tu? Kenapa kereta kebal Pakistan berhenti? Yang lampu hijau tu apa? Yang askar baju coklat tu siapa? Kenapa malbatt ni perang dekat sana? Macam mana helikopter tu boleh jatuh? RPG tu ape? Yang suka buli tu kan Ramlee, Ajis dengan Sudin mana?? 😆😆😆

Haaa...banyak lagi sebenarnya soalan Fathiy ni.. Silalah tonton dan cubalah jawab soalan² Fathiy ni 😅😅

Last but not least..
Sekalung penghargaan buat pasukan Malbatt, our true heroes.. Buat semua benteng pertahanan negara jua, semoga Allah memberkati setiap keringat perjuangan kalian. 





APC - Armoured Personnel Carrier
RPG - Rocket propelled grenade
NVG - Night Vision Goggle

p/s: ummi sebenarnya tak berapa puas tengok filem ni sebab, mata ni haaaa. Tak berapa jelas dah. Semua nampak kembang² je.. Aduhaiii.. 

p/s: Ummi ingatkan soalan dah habis setakat malam tadi ye.. rupa²nya pagi ni bertalu² pula soalan dari Fathiy dan Fathan. Dah macam machine gun dah. Soalan lebih tricky dan teknikal pula tu. Soalan Kbat pun ada. Pening ummi nak jawab 🤣🤣🤣. 
 


Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015