Sunday, March 10, 2024

2024: Everybody in The House Is Going To School

Tahun 2024 ni... All my 6 precious gems, anak soleh dan solehah ummi..semua officially masuk sekolah.. 

No.1 - Ting. 1 (MATIS)

No. 2 - Remain di MTI

No.3 & 4 - Seorang pindah sekolah (D.3) dan seorang lagi naik Darjah 1. (SRITI)

No.5 & 6 - Anak gadis berdua di PASTI.

Dengan jalan yang kami pilih, tahun ni agak tough bagi kami. Mencongak yuran tahunan sahaja, termenung jauh juga seketika. Tapi alhamdulillah, Allah mencukupkan semuanya melalui pelbagai cara.

InsyaAllah rezeki anak² itu ada dan cukup. How to manage je yang penting. Tapi ummi selalu dan banyak kali tersasar juga. Kena perbanyakkan istighfar ummi oiii.. 

Tahun ni kena pasak dalam diri lebih kuat, belanja untuk benda yang perlu dan penting sahaja. Belajar untuk adapt dengan apa adanya. Semoga Allah beri rasa cukup, sifat qanaah dalam diri kami sekeluarga. Semoga Allah mencukupkan semuanya. Semoga kami sentiasa bersyukur dengan apa jua rezeki dalam genggaman, dan berlapang dada serta tidak iri dengan apa yang bukan milik kami. Perjalanan yang jauh dihadapan perlukan jihad yang lebih tinggi, belanja yang lebih besar. 

Ya Allah, Kau tetapkanlah hati² kami, Kau kuatkanlah pegangan kami, Kau tetapkanlah kami di jalan dan landasanMu.. Tiada daya upaya kami melainkan dengan kekuasaanMu ya Allah..



Membalut buku² sekolah 4 anakanda ni perlukan jihad juga 🥹🥲. Bengkok rasanya pinggang ummi menghadap semua. Buku teks ummi guna pembalut adhesive tu. Sebab buku teks nak guna lama, turun temurun ke adik² lain 😅. Buku aktiviti pakai pembalut biasa @ pembalut manual 😂😂 Lebih murah dan praktikal, tapi banyak sikit kerjanya nak mengukur, menggunting & membalut... hahaha.. Layan je lah . Syukur buku Faqeeh memang cikgunya tak bagi bawa pulang. Agih di kelas untuk tulis nama, kemudian kutip balik dan simpan dalam kotak masing² di kelas. InsyaAllah dalam keadaan elok walaupun tidak berbalut. Abang Faheem pula, hari ni baru dapat list buku. Pastinya cikgu agih di sekolah sahaja. Pandai² lah abang jaga buku² semua ya. 

Menjahit nametag pun, satu kisah juga.. Time ni la adhesive tape habis dan abi pula kerja.. Syukur lencana dah printed pada uniform. Selesai satu hal. Selesai juga iron baju² uniform anak⁵. 

Esok hari pertama anak⁶ bersekolah sesi 2024. Semoga semuanya baik² saja.




1 comment:

  1. Akk part balut buku okay lagi. Plus dah tak perlu balut buku PASTI yg bertimbun tu hihi ..
    Tapi bab jahit name tag tu, bercinta!
    Anyway, semoga dipermudahkan urusan kita dlm segala hal khususnya persekolahan anak² 🤲

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015