Wednesday, May 22, 2024

Flight Experience

Semalam, selepas selamat mendarat di KLIA dari Kota Bharu, ummi naik ERL untuk pulang. Dalam perjalanan, terbaca hantaran kawan ummi di laman FB tentang insiden pesawat Singapura yang dilanda turbulence dalam penerbangan dari London ke Singapura.


Ya Allah.. seram dengar. Syukurlah kita ni dah selamat mendarat. Kalau baca sebelum fly, mau datang kecut perut. 

Tiap kali naik flight, memang la perasaan tu macam², walaupun sejam penerbangan je..huhu.. 


Pernah merasa air pocket beberapa kali. Flight balik dari Kuching ke KL few years back. Fly dengan officemate masa ni. Flight petang, di KL hujan lebat petang tu. Flight dah bergegar² meredah awan tebal dan hujan lebat kan, tiba² macam sudden drop in height. Ibarat macam naik solero shot tu, kita kat highest point, tiba2 zuppp dia turun laju. Abrupt changes in height. Ya Allah, macam nak tercabut jantung, dan jantung tu macam tertinggal kat atas.. Faham tak analogi tu? 🥹 Dahla masa fly tu ummi tengah pregnant.. Huhu.. Tak bercakap ye masing², me & officemate. Dua² dok berzikir, mengucap, baca macam² doa.

Merenung keluar jendela.


Another time, flying alone JB to KL. Enjoy je tengok view awan kepuk². Ummi ni memang suka tengok awan. So bila awan menggebu tu, eye level kita je, lagilah rasa amaze kan.. Along the way tu, awan makin tebal ye.. Suddenly tak nampak biru² dah.. Putih je kat luar..Lepas tu putih tu makin lama gelap pula..Tak sedap betul hati. Mulalah bergegar², terumbang ambing beberapa minit. (laymen's term je ni ye.. hahaha.. idok le terumbang ambing pun, the pilot handles it very well. Tapi of course kita rasa macam kapal yang dipukul ombak tu kan, hence the word terumbang ambing 🤭).. beberapa minit tu, rasa macam lamaaa. Dalam kepala ni fikir mati je 🥴.. Baru nak ingat mati ye.. But, syukur we landed safely. 



Yang paling menakutkan ummi pernah alami, tak ingat antara flight ke Jogja atau Padang.  Both trip ni, ummi tengah pregnant. Asal bercuti je, time pregnant. Asal pregnant je bercuti 😅😂. Ummi rasa macam flight ke Padang.. Lupa lah which one. Tapi yang ni memang teras betul dia punya gelora ke gelombang tu.. Satu flight dah menjerit, ada yang baca doa, zikir, surah kuat².. Ummi, tak jerit, dia auto jado vacuum. Macam serap semua dalam diri.. Tapi dalam hati dah istighfar, mengucap, baca zikir nabi yunus. Menakutkan sungguh. 

Bila tengok insiden SIA ni, ya Allah, triple seram. Macam nak muntah tasa yang menengok ni, belum lagi orang yang duduk dalam tu. Nauzubillahi minzalik.  Ummi doa² ummi tak akan mengalaminya. Banyak lagi sesi outstation ummi lepas² ni.. Risau.. Berserah dan berharap pada Allah saja. Semoga Dia sentiasa memelihara dan melindungi. 



2 comments:

  1. Masa flew to Makkah dulu, pernah juga sekali tu rasa pesawat mcm tiba² dropped tapi alhamdulillah semuanya okay. Bila lalu awan tebal pun rasa juga gegarnya tapi alhamdulillah selamat.
    Semoga dipermudahkan segala urusan krew/penumpang SIA yg terlibat. Ada Malaysians jugak kan..

    ReplyDelete
  2. seram kan. masa tu mmg mengucap dan zikir je byk².. in fact setiap kali nk take off & landing pun mmg dok zikir byk2..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015