Monday, June 24, 2024

BacaBuku: Noktah Terjahit

Buku #3/2024

Syukur, walaupun baru mula selak buku di bulan Jun, tapi dalam bulan ni juga dah berjaya habiskan 3 buah buku. Nak start tu memang lemau sikit. Once dah dapat momentum, insyaAllah laju je. 

Buku Noktah Terjahit karya Nik Nur Madihah, ummi pinang di laman web Jejak Tarbiah selepas ummi baca catatan NNM di laman FB saat heboh persoalan kemana perginya pelajar cemerlang 20A. Terpikat pula ummi dengan garapan ayat beliau yang sedap dan lunak di baca dengan laras bahasa yang tinggi. 

Noktah Terjahit ni ummi kira dikategorikan sebagai bukan fiksyen. Ia menggambarkan kisah perjalanan hidup sang penulis, kisah pencarian diri, dalam memaknai hidup, duniawi & ukhrawi. Sebuah naskhah motivasi. Banyak nasihat, banyak pesanan yang boleh diambil dari tulisan ini, ekslusif untuk seorang perempuan. 



First time ummi baca buku tagging² bagai ni. Tapi comotlah taggingnya.. Tag ikut dan je sebabnya kita ni baca untuk mengisi ruang masa dalam LRT atau sambil2 tunggu suami datang jemput di LRT. Daripada asyik scroll media sosial tak ketentuan hala.. (just talking about myself..). Jadi, asal boleh je tag. Nak tag comel² macam ucu tak dapatlah.. 


Tagging tu untuk baris² ayat yang terkesan di hati, yang mungkin boleh ummi lawati lagi saat berperang dengan diri, supaya dapat memberi inspirasi dan memujuk hati..
Perempuan.. Anugerah, madrasah dan gagah! 


2 comments:

  1. Kita dah lama sangat tinggal duniaaaa membacaa bukuu nii, kalau baca pon, novel online jee. Lama sangat dah tak beli buku, nak kena membeli semula nampaknyaa ni. Hehehe

    Saya singgah sini & foloow ya Umi, salam kenal daripada saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah dan follow . salam perkenalan 🤗

      saya suka baca buku fizikal. konon² lebih feel 😅😅

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015