Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-67 duhai tanahair ku yang tercinta...
Semoga terus merdeka dari sebarang anasir yang cuba merosak dan memecahbelahkan, baik dari luar mahupun dalam. Semoga negara tercinta ini kekal menjadi negara berdaulat hingga ke akhirnya.
Dua tahun lepas, sempat bawa anak-anak merasai kemeriahan sambutan hari merdeka di Dataran Merdeka. Tapi kami tak sampai dataran pun. Cukup sekadar di sekitar LRT Bandaraya hingga DBKL. Tak cukup gagah nak mengharung lautan manusia dengan anak 6 orang. Tapi alhamdulillah anak² tetap gembira.
Tahun ni, Fathiy bersemangat nak pergi tengok perbarisan secara live di Putrajaya. Sayangnya, semangat dia tu tak mampu ummi nak tunaikan. Abi nya kena kerja di malam ambang merdeka 😅😅. Lepas subuh baru balik. Mana maunya nak meranduk arus di Putrajaya tu.. Maka, mencebik masam lah muka si anak. Maafkan ummi abi ya.. Kalaupun abi tak kerja malam tu, ummi sendiri tetaplah tak berapa gagah, risau pitam di tengah lautan, siapa pula nak angkut ummi pulang kan.. huhu..
Sebagai ganti, pasca sambutan merdeka yang gegak gempita, di malam harinya abi ajak berjalan² keliling kota metropolitan. Mahu melihat lampu KLCC yang bergemerlapan memukau bak kemilau. Tak mengapalah tak dapat melihat barisan prajurit yang gagah perkasa mempertahan perbatasan negara mahupun kawanan burung besi yang terbang laju membelah awan dengan mata kepala sendiri kali ini.. Moga ada rezeki di kali yang lain nanti.
Alhamdulillah, tetap jua anak² terhibur dan teruja dapat melihat menara berkembar yang sohor seantero dunia terhias indah dengan warna² Jalur Gemilang.
Namun, ada satu lagi kisah yang lebih menghiburkan 😅😅.. atau adakah sebenarnya mengharukan?? Bacalah dulu kisahnya .
Kami keluar saat jam sudah melewati 10 malam. Dah pesan pada anak² supaya buang dahulu apa yang patut.. Supaya tak serabut mencari tandas. Biasalah, ada yang ikut arahan, ada yang tak rasa nak membuang. Sampai di simpang 'Ampang Park', trafik macam tak bergerak kalau nak terus ke KLCC. Maka abi pusing kot lain.. Pusing-pusing cari apa tak tau. Ummi dah berkali² menguap sebenarnya.. hahaha . Siap pesan kat abi, kalau dah sampai kejut ye. kihkih.. macam jauh sangat perjalanannya ya..
Suddenly abi parkir tepi jalan. Ummi pun tak pasti nak ke mana.. Kami turun berjalan kaki 7 beranak (missing abang long nun di asrama..) Masa ni abang ngah kata nak ke toilet.. Aihhh.. Menapak lah kami cari tandas. Ikut je abi menuju ke hotel.. Hotel apa pun ummi tak tau masa tu.. Abi tanya staff hotel yang berdiri di luar, beliau tunjuk direction. Masuklah kami ke hotel laju mencari tandas. Ummi bawa Fatima je. Yang lain berlari ikut abi..Fatima pula bukan nak membuang pun. Dia sekadar teruja main water tap pakai sensor. Seronok hulur² tangan.
Kami tunggu di sofa di luar toilet. Then abang ngah keluar dengan muka yang pelik..
"Ummi, hotel apa ni? Macam mahal je tempat ni. Lain macam tengok toilet dia.. Macam toilet orang kaya. Lain betul dengan hotel Oyo.."
Ummi gelak jelah, sebab ummi pun tak tahu hotel apa..Bila abi keluar dengan yang lain², abi buka cerita pula..
"Fathiy cakap rumah orang kaya ke ni abi??? Hebat toilet dia..."
Fathan pulak gelabah cari paip air tak jumpa 😅😂.
Muka masing² tercengang² jumpa toilet mewah.
Bila berjalan balik keluar, baru nampak signboard. Grand Hyatt rupanya.. Faqeeh kata jomlah check in sini.. Telan air liur ummi dibuatnya . 1 malam almost 1k anak oiii.. Pengsannn..
Kenangan singgah di "toilet orang kaya" 😅😅 Ini je yang sempat rakam.
Sakit perut ummi dan abi mengenangkan GH dibandingkan dengan Oyo...
Selepas sesi "ziarah" ke toilet GH, barulah kami kemudiannya cari jalan ke taman KLCC, hence dapatlah gambar² berlatarbelakangkan KLCC di atas..
Lepas bergambar dengan KLCC, ada yang nak melawat toilet lagi 🥴. Kali ni singgah Traders Hotel pula. Kemain ye semua, ibarat lawatan ke toilet2 hotel pula 🤣🤣🤣. Faqeeh kata, yang ni boleh lah nak check in ummi. Tak kaya sangat macam hotel tadi tu.. huhuhu . Tak kaya pun, rate 400-500 juga anak oiii 😵💫...
Balik rumah, semua pengsan kepenatan.. haha..
Cantik dan unik lampuneon bersinar seperti bendera Malaysia
ReplyDeletePandai snap gambar cucuk KLCC tu.
suka tengok lampu klcc tu.. bright & vibrant.. yg cucuk klcc tu idea abang ngah 😅😅
Delete