Faqeeh, anak #2 tahun depan naik tingkatan 1, insyaAllah. Maka, ummi & abi mohon untuk kemasukan ke sekolah abang, MATIS MH.
Faqeeh pun, ok je kalau nak masuk asrama, sebab ada abang long dia kan.. haha..
MATIS buka pendaftaran pada bulan September kalau tak silap. Then malam 14 November ada taklimat ibu bapa tentang proses temuduga dan sebagainya secara atas talian. 16 Nov, hari temuduga yang merangkumi ujian bertulis akademik (BM, BI, Matematik, Sains dan Jawi), ujian hafazan dan temuduga sahsiah. Untuk ujian hafazan, ayat hafazan diberikan pada penghujung taklimat ibu bapa.
Ayat yang perlu dihafaz adalah Surah Al-Baqarah (142-145), 1 m/s. Bila dapat ayat ni, ada sedikit kelegaan dihati ummi, sebab alhamdulillah di sekolah sekarang, Faqeeh dah habis hafal Surah Al-Baqarah. Cuma perlu tasmik ulangan hafazan supaya lancar.
Awalnya, ummi plan untuk ambil cuti 15hb (Jumaat), untuk luangkan masa dengan Faqeeh utk tasmik, dan juga menjangkakan ujian akademik dibuat secara online, seperti abang tahun lepas. Rupanya, ujian akademik kali ni secara bertulis. Dan Faqeeh pula, minggu tu dia ada peperiksaan akhir tahun. So, tak boleh juga nak cutikan dia. Memandangkan ayat hafazan dia dah hafal, dan tiada ujian akademik online, dan ummi juga ada meeting di pagi hari jumaat yang barakah tu, tak jadilah ummi ambil cuti. Instead, ambil half day je. Balik petang tu kita bertasmik la bagi lancar.
16 Nov, hari temuduga. Hantar dan tinggalkan sahaja, sama konsep seperti tahun lepas. Lepas 2 jam baru datang ambil balik.. Tak sempat ummi nak ambil gambar, berdesup je dia nya.. Sementara tu, kami (adik⁴ semua ikut sekali hantar abang interview ye.. semangat) pergi makan dulu di gerai nasi kerabu Kak La, tak jauh dari sekolah. Gerai tepi jalan je, tapi sokmo ramai orang.
Around pukul 11, kami dah terpacak di surau sebelah sekolah. Sementara tunggu Faqeeh call. Sambil tu dok intai² kot nampak kelibat abang long. Tak nampak pun 😅😅. Dia pun, tau adik ada temuduga, takde dia nak memunculkan diri ye.. Bertuah betul.
Selepas selesai temuduga. Tanya dia, semua ok je..
Selesai temuduga & ujian bertulis, keputusan Temuduga 1.0 keluar 19 November 2024. Alhamdulillah, lulus saringan pertama.
Next, saringan kedua iaitu Pra Tahfiz.
Again, ummi bersyukur sangat dapat Surah Al-Baqarah (142-157), 1 maqro = 2½ m/s. Rezeki Faqeeh sungguh. Faqeeh submit hafazan pada 29 Nov. Ada sikit tersilap, but overall alhamdulillah lancar. Ulasan ustaz masa submit, teruskan baca macam tu biar konsisten, dan jangan tinggal yang dah lepas², keep on ulang bacaan yang dah hafal.
Ready to submit. Bismillah..
Keputusan Pra Tahfiz keluar pada 4 Disember 2024. Berdebar juga menunggu. Walaupun kita rasa macam ok, tapi tetap juga risau, sebab ramai yang bagus² juga both akademik dan Al-Quran. Berdoa banyak² moga ada rezeki Faqeeh sekolah di situ. Sebab jujurnya, kami takde plan B untuk Faqeeh. Cuma, kalau tak berjaya, paling tidak, teruskan sahaja di sekolah sekarang.
Result keluar lewat petang semalam. Alhamdulillah Faqeeh lulus. Keputusan kali ni merangkumi purata markah bagi Temuduga 1.0 (Markah Al-Quran + Markah Akademik) dan juga Pra Tahfiz. Syukur ya Allah atas nikmat kurniaanMu. Ada rezeki Faqeeh bersekolah sama dengan abang.
Selesai dah sesi temuduga. Syukur alhamdulillah. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak kami dustakan.
Next, pendaftaran kemasukan pelajar, insyaAllah pada 12 Feb 2025. Seorang lagi ke asrama. Syahdu rasanya. Tapi, ini yang terbaik buat anak². Semoga kalian jadi generasi yang sentiasa mencintai, dan beramal dengan Al-Quran, jadi insan yang bermanfaat buat ummah & agama.
Alhamdulillah tahniah anakanda 👍🏻
ReplyDeleteSeronoklah dapat satu sekolah dgn Abg Long ye... Senang juga Umi nak jenguk nanti, satu tempat je...