Friday, January 31, 2025

Extend Cuti CNY 🤭

Salam Jumaat yang barakah.. Jumaat pertama di bulan Sya'ban, tanda Ramadan dah semakin menghampiri.. Allahu Allah..

Ummi masih bercuti hari ni 🤭. Asalnya berkira² juga nak cuti. Kononnya nak simpan untuk emergency.. Tapi, on second thought, ummi memang tetap kena habiskan cuti yang berbaki ni. Sehari je pun.. So rasanya hari ni lah paling ngam sekali nak ambil cuti since boleh dapat direct cuti 5 hari.. Takde nak pergi bercuti mana² pun. Sekadar nak selesaikan hal² yang penting, supaya Februari nanti semuanya berjalan lancar, insyaAllah..

Alhamdulillah semalam dah start spring cleaning rumah sikit.. Terpaksa kerah anak² especially anak teruna besar panjang 2 orang tu.. Tukar langsir, bersihkan tingkap, sapu sawang²..  Macam dah nak raya kan? hihi.. Selalunya tukar langsir semua tu kami buat masa nak menjelang puasa. Seminggu sebelum puasa macam tu. So, kali ni buat awal sikit sebab nanti abang² dah masuk/balik asrama. Tak cukup tenaga pula nak dikerah. Ummi dah gayat nak panjat² ni.. haha..

Ada satu part penting lagi.. Nak beli rak buku. Last time pergi Ikea tak boleh nak beli sebab bawa askar ramai. Dan ada beli benda lain sekali. Maka tak muat kereta. 2nd time pergi masa cuti krismas, habis stock pula. Cakap dekat abi, kena beli minggu ni juga.. Nak punggah/susun buku² nanti ambil masa juga.. Bila anak⁶ dah masuk sekolah semua, buku makin banyak. Buku teks semua beli sendiri, jadi sementara nak tunggu turn adik pakai tu, ambil ruang jugalah kan. Campur dengan komik dan buku cerita mereka lagi. Dan juga buku ummi 😅😅🫣. 

Moga cuti panjang ni, terlaksanalah semua perancangan ummi, dengan izin Allah jua pastinya. Part membeli, alhamdulillah 90% selesai. Nak mengemas tu je bercinta.. Semoga journey pertama yang ummi kisahkan di entry yang ni berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah hendaknya.. Journey kedua memang kita letak tepi dulu.. Sebab memang ummi surrender dah buat masa ni. Di tambah dengan beban kerja yang semakin bertambah, dan timeline yang buat serabut perut, so tak boleh letak harapan tinggi kat sini.. 

As for journey ke-3, alhamdulillah dah selesai lebih awal dari jangkaan. Syukur alhamdulillah sempat dan selamat khatam Quran sebelum menjelang Ramadan. Sedih dengan diri sendiri sebenarnya sebab untuk khatam kali ni, ummi dah start daripada Syawal tahun lepas, setelah Allah izinkan untuk khatam dalam bulan Ramadan. Azam kononnya nak khatam setiap 3 atau 4 bulan sekali. Target setahun khatam 3 atau 4 kali. Sayangnya, tuntutan dunia banyak buat ummi terleka, lalai, lupa.. 🥹🥺 Semoga tahun² mendatang ni, ummi akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Ampuni diriku yang kerdil dan hina ini ya Allah...



Thursday, January 30, 2025

My January Sweethearts 💕

January... Birthday months of  my beloved Mama & my sweet princess Fatima..

Mama 07.01, meanwhile Fatima 20.01.. Both tak sempat celebrate on the day itself.. Sekadar ucapan dan doa dilimpahkan segala kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.. So, kelmarin lah baru sempat nak beli kek.. 2 in 1 terus lah, Mama/maktok & Fatima..



Simple celebration, as usual.. I love you both, fillah & endlessly.. 

Masa nak beli kek.. Ada kisah touching sikit.. Ummi lah yang touching terlebihnya.. Kitonya masuk sorang je, abi tunggu dalam kereta while kids memang semua kat rumah maktok dari pagi.. Ummi pilih² lah slice kek, minimum 7 slice kalau nak letak atas board tu kan.. Tengok wild blueberry cheesecake, terliur pula.. Bagi taulah budak SC tu list of cake slices yang ummi nak. Nak pilih hazelnut choc, takde yang slice katanya. Yang display tu belum berusik lagi, masih whole cake. Ada another cake ape tah, pun sama je jawapan adik tu, takde slice. Sebab nak cepat, malas lah nak argue.. Masa nak bayar, tiba² adik tu kata wild blueberry cheesecake tu takde yang slice, dia tak jumpa masa nak punch price. Ummi tanya balik, awat takde?? Kan kek tu memang dah berpotong pun.. Dia kata itu display je.. Aikk.. Hurmm.. takpelah dik, bagilah black forest tu 2 slice..  

Masa adik tu prepare kotak, ummi pergi belek balik display cake.. Ummi tanya skali lagi.. " Dik, ni ada harga slice, kenapa pulak tak jual slice?" Pelik sungguh ehh.. Adik tu kata, "Entahlah kak, saya pun tak tau sangat. Saya budak baru.." Aikkkkk... senang betul jawapan kau dik oii.  Lepas tu, dia tak buat terus kek tu. Dia kata dia tak pandai lagi, so tunggu kawan dia buat. Ok lah, fine..  Masa kawan dia nak pack kek tu, ummi tanya once again dekat si kawannya pula "Dik, kek ni tak jual slice ke?".. Si kawan jawab, "Ade je kak.." Lohhh.. dah kenapa budak tadi kata takde jual slice. Hati ummi ni dah terbakar ni.. Pastu ummi tanya lagi, "Kalau saya nak tukar kek BF ni dengan CC ni boleh tak? Harga BF per slice RM13.50, CC RM12.00 per slice.. Difference tu takpelah, tak payah pulang balik".. Pastu kawan dia seorang lagi, senior sikit kot jawab, kalau dah bayar tak boleh tukar. "Tapi kawan awak salah bagi info tadi..".. Dengan muka tak berapa mesra, dia ulang balik dah bayar tak boleh tukar..

Ummi macam... hurmmmm... takpelah.. Tiba² mata rasa panas.. Tak cakap ape dah.. Ambil kek, masuk kereta.. Eh, ada butir² jernih menitis di pipi.. Cepat² ummi seka sebelum abi perasan.. Aduhai.. kitanya mood swing luar jangka.. Hormon bertebaran berteraburan.. Cepat touching lah kita wakk.. Pasal kek pun nak meleleh air mata.. 🥹🥹


Wednesday, January 29, 2025

Jalan Jem... Dollah Pindah Mana???

Hari ni ada jemputan makan tengahari di Desa Makmur, Batu 10, Gombak...

Kami keluar pukul 12.. Dari MRR2 nak menghala ke Gombak dah start jem weh.. Cuti sekolah plus CNY ni, memanglah kann.. Abang ipar update, dari Taman Harmonis nak ke Batu 10, ETA 1 jam.. Dari Gombak pun sejam uiii.. Inikan pula dari Pandan.. Dah sampai Terminal Bersepadu Gombak, abi tanya, nak proceed tak?? Ummi dah start sakit kepala dah.. Tengok kereta hala ke Pantai Timur bersusun.. Azan zohor, abi kata jom solat dulu kat Masjid Simpang 3.. Tengok banyak kereta tak situ... 

Nak pergi masjid pun dah sumbakkk.. Confirm jalan gombak lama pun jem. Maka kami U-turn.. Cari masjid nak solat zohor.. Lepas tu, cari kedai makan terus.. Tak jadi pergi jemputan makan tengahari.. Nampak Warong Dollah Pindah, mohlah singgah isi perut berkeroncong..




Abi tanya dekat waiter, "Mana Dollah?" Faqeeh yang jawab, "Dollah pindah lah abi...".. "Dollah pindah mana?".. "Dollah pindah sentul.." 🤣🤣🤣suka main² ye..

Dari Sentul, masuk pusat bandar.. Nak cari t-shirt Faqeeh untuk masuk asrama.. Tak tahu nak tuju mana, abi bawa ke Sogo.. Ramai juga umatnye uii.. Bukan setakat t-shirt bekalan asrama, beli sekali la baju kasual untuk raya budak⁶ ni.. Alhamdulillh selesai part Faqeeh nak masuk asrama dan juga baju raya.. Patah pinggang ummi uii.. Masa beratur nak bayar, boleh tahan panjang juga queue.. Ada staff Sogo ni approach ummi,  suruh ummi naik bayar kat tingkat 5. Siap tunjuk gambar cashier kat tingkat 5 kosong. Syukur alhamdulillah.. Lega sikit tak perlu beratur panjang.


Masa nak cari baju bang long dekat level Mens pula, ummi cakap dekat abi, ummi nak duduk jap. Abi jelah teman abang long memilih. Adik⁵ yang lain follow ummi. Cari tempat tersorok sikit, ummi duduk bersila atas lantai. hahaha.. Tak larat sangat dah wakkkk..

Dari Sogo ke Bandar Sri Permaisuri pula kitaaa.. Abi nak menyelam bundle 😄. Ummi duduk jelah kat kerusi.. Barai habis dah rasa.. Nak jalan pun kena berpimpin.. Tak larat 🥲.. p

Lepas maghrib di Masjid An-Najihin, anak2 ajak makan Marrybrown pulokkk..


Muka barai, perut padat.. Jomlah pulang ke sarang.. 

Actually, these last few weeks, weekend dan cuti memang banyak benda yang perlu diselesaikan. Persediaan anak nak masuk asrama, barang² ummi, perihal raya dll. Tak boleh nak buat semua sekali harung sehari, boleh pitam ummi nanti. Jadi, kita set mana yang sempat, mana yang penting dulu.. Minggu ni, mostly banyak dah selesai.. Lega tengok checklist banyak yang dah ✅..  Syukur alhamdulillah.. Ada 1-2 benda je lagi belum beli. Yang ni, shopee je pun boleh.. Tinggal nak mengemas, spring cleaning je lah..
 💪🏻💪🏻💪🏻

Semoga Februari baik² saja.. Nervous menjelang Feb ni..





Saturday, January 25, 2025

Stories Other Than Retreat

---Kisah 1---

Masa dalam perjalanan nak ke sesi Retreat, kami singgah sarapan di gerai tepi jalan. Warung Pak Joe nama kedainya. Since 1985 katanya.. Tengok ramai je orang.. Kedai ni buka untuk sarapan pagi je. Ada nasi lemak dengan pelbagai lauk pauk, bihun dan mi goreng serta kuih muih.. Ummi ambil nasi lemak dengan sambal sotong. Ambil tak banyak mana pun, sebab tanya anak², masing² taknak makan, katanya.. Sambal nasi lemak dan sambal sotong dia sedap sungguh la di tekak ummi ni..


Sambal sotong yang sedapppp

Sambal nasi lemak tu mengingatkan ummi pada nasi lemak favourite masa zaman belajar di UiTM Shah Alam dulu... Nasi Lemak Gembira di Seksyen 3.. Pedas² manis bawang.. Sedapnyaaa..

Restoran Gembira Seksyen 3 Shah Alam. Berhampiran bangunan MAIS.

Anak² yang kononnya taknak makan tu, memang tak boleh tengok umminya menikmati makanan ye.. Sibuk suruh suap.. Suruh ambil nasi sendiri, taknak. Disebabkan mengejar masa untuk Retreat, takdelah ummi menambah. Sudahnya, sampai hari ni, ummi terkenang² kesedapan sambal tu.. Perlu ke ummi ajak abi panjat bukit langat tu semata² untuk sarapan sepinggan nasi lemak??? 🥹🥹🥹....

Tak sempat pula nak ambil gambar sebab nak cepat.

---Kisah 2---

Dekat Warung Pak Joe tu juga... Lepas selesai makan, ummi nampak kelibat seseorang yang dikenali. Tapi last jumpa adalah 16 tahun yang lalu.. Mantan bos ummi masa ummi kerja di syarikat swasta.. Abi suruh ummi tegur. Ummi ni penyegan, introvert kan.. Tak ramah tamah macam abi.. Abi suruh juga pergi tegur.. Segan lah juga kalau orang tak kenal kita kan.. Tapi pergi jugalah sapa..

"Assalamualaikum Encik T.. Encik kenal saya lagi tak?"

"Eh.. kamu yang duduk di Ampang kan.. Ili.."

"Ya Allah.. Encik kenal lagi saya.." (yang dah mengembang dengan jayanya berbanding 16 tahun lalu 🤣🤣)

Encik T pun introduce lah ummi dekat wife & anak dia yang tengah makan sarapan..

"Ex staff saya dulu ni...bla..bla..blaa......"

Puji lebih² pulak bos ni kan.. Segan kita dibuatnya.. hahaha.. Dah sedia kembang, makin bertambah kembang kena puji 😂😂😝.

Tak sangka lah Encik T masih kenal ummi after 16 years. Sebab ummi kerja dekat situ tak lama pun. Tak sampai setahun. Ada dalam 8 bulan je kot. Sebelum ummi berhenti tu, kena psiko juga dengan bos dan senior engineer ummi, En. Z... Siap buat list pro and cons kalau ummi stay situ dan kalau ummi masuk gomen. Tapi ummi ni, menurutkan hasrat arwah ayah.. Jadi, bagilah pro n cons macamana pun, takkan ummi nak kecewakan ayah setelah banyak kali ummi menghampakan harapan ayah sebelum tu. Dierang buat farewell untuk ummi sebelum berhenti tu, trip ke Langkawi 🥹.. Touching betullahh..



Kenangan farewell trip ke Langkawi. Inilah kali pertama ummi jejak kaki di bumi Langkawi 🥹

---Kisah 3---

Masa dekat chalet sepanjang sesi Retreat pula... While abi & cikgu² tengah meeting, ummi kan entertain anak². Kami duduk di chalet seberang jalan dari tempat meeting. Masa ni dah petang, anak² was having 2nd round of splashing time.. Ummi dah sakit² pinggang. Maka berhajat nak baring² sekejap luruskan pinggang. Pesanlah kat abang long, tengok²kan adik⁵ yang tengah seronok berendam. 

Niat nak baring sekejap bagi lega pinggang. Mula mengiring belah kiri.. Lepas tu, tak selesa, pusing la mengiring belah kanan. Nak rehatkan mata sekejap kononnya. Tiba² mata ummi tertancap pada sesuatu dekat dinding kayu yang jaraknya tak sampai satu depa pun dari ummi.. Beberapa minit juga ummi amati apalah benda tu..

Cuba teka apa benda ni??


Melompat terus ummi ye. Ummi berani snap dari jauh je. Lepas tu terus keluar, cari abang long...

"Abang.... ummi nampak sesuatu.. Abang cuba tengok jap ape benda..."
Abang long pun follow ummi, dia pergi tengok rapat pula tu.. Aihhh.. Ummi yang seram sejuk.. Dia mengiakan apa yang ummi rasa.. Lepas tu dia snap gambar dekat sikit..

Jelas tak apa tu??? huhuhu..

🐍🐍🐍

Terus hilang sakit pinggang ummi uiiiii...
Whatsapp kat abi, dia tak baca pulak.. Aisehhh.. Last² abang long pergi tunjuk gambar depan mata abi.. Cikgu² pun sama menjerit 😅😅 
Maka, call lah owner mintak tolong selesaikan. Bila kacau² kan dia lari ke lain. Owner pun punggah, bukak katil semua sebab nampak dia lari bawah katil.. Owner sembur ubat nyamuk, habis setengah botol.. Tapiiiiii... penghujungnya, tak dapat dipastikan kemana ia pergi.. Nak kata keluar, tak nampak dia keluar ke mana.. Owner tanya, macam mana?? Kalau nak cancel, dia ok je, nanti dia refund. Sebab kalau nampak dengan mata sendiri ular tu keluar, dia pun lega juga. Tapi sebab tak nampak, dia tak berani juga lah nak jamin. Walaupun ular tu kecil halus je. Besar jari je kata abi.. Ahhhhh... Kalau besar jari kelingking pun, asal namanya ular, ummi cannot laaaa.. geli geleman terus.. Nak ganti chalet lain, semua dah full..


Betul² tepi katil tu je haa.. 

Abi & anak² kata dierang ok je. They all suruh ummi tidur dekat bilik atas. Ada lagi 2 bilik. Tapi tangga nak naik ke atas tu curam kemain. Ummi ni dah lah memang akan bangun 2-3 kali tengah malam nak ke toilet. Ada ummi tergolek jatuh tangga nanti karang. And what if tengah malam masa ummi nak ke toilet tu terserempak atau terpijak cik 🐍... huwaaàa.

Dah berfikir² nak balik rumah dah.. Kalau yang lain nak stay, ummi nak suruh abi hantar ummi balik dulu.. Since abi masih ada program pagi ahad tu.

Tak lama lepas tu owner chalet call. Ada satu rumah available. Tapi bukan dia punya. Dia tolong tanyakan owner chalet yang satu lagi tu. Pergi tinjau², looks ok. Maka, tak jadi balik lah. Replacement chalet ni pula, kolam dia ada slide. Lagi seronok la anak² .

Abang long kata, minggu ni 2 kali kisah ummi dah reptilia.. Hahaha.. sebabnya, hari Jumaat masa balik kerja, dekat jejantas Bank Negara tu, dah nak sampai hujung dah, ada road block pula atas jejantas.. Bukan abam polis, tapi sang biawak yg boleh tahan juga besarnya.. Allahu.. Gelabah masa tu sampai tak sempat nak ambil gambar sang biawak. Takut dia menghala ke ummi. Biawak tu pun tengah menggelabah nak melarikan diri..  Syukur ada sekumpulan lelaki india ke bangla tah yang lalu dan halau biawak tu. Menggelupur biawak lari panjat tembok dan terjun dalam sungai.. Saspen betul..



Friday, January 24, 2025

Berkembang Maju 🥹

Pagi ni timbang berat....Semakin kembang dan berat diriku ini.. sobs.. sobs.. 😭😭 . 


Buat pertama kali dalam hidup, angka depan bertukar ke no. 7. Kena lah tepek disini sebagai kenangan..Malas nak rotate gambar 🤭.

Semoga bulan puasa nanti mampu meringankan diri.. Nak target angka 5 di depan seperti di tahun 2017 macam samar² je.. Agak² kalau target 60kg - 65kg berjaya tak? 
🥹🥹




Wednesday, January 22, 2025

Retreat PU 2025 di Hulu Langat

Untuk ke sekian tahun ummi join acara our 'extended family'.. Tapi sebagai tukang sibuk dan photographer amatur je lah 🤭😂

Rasanya macam ummi takde update dalam ni Retreat PU 2024 🫣🥴.. Kalau ada masa kena tepek sini juga sebagai kenangan.. haha.. Kalau rajin laaa 😂

Retreat, pemukiman, takrim or whatever it name is.. Untuk kali ni, berlansung di Hulu Langat selama 2 hari, iaitu dari 18hb -19hb Januari 2025.


Agenda utama, tentunya nak recap balik aktiviti² dan pencapaian PU sepanjang tahun 2024, dan seterusnya merangka takwim dan aktiviti untuk sesi 2025. 

Hari pertama, pagi sampai petang meeting. Tapi bukan ummi lah yang meeting. Ummi entertain anak⁶ mandi kolam dan melayan kerenah anak⁶ je.


Kita join waktu makan je. hahaha.. Sarapan adalah sdn. bhd. Dalam perjalanan dah singgah sarapan siap². Makan tengahari, tempah katering. Ada lauk ayam goreng berempah, daging masak lemak cili padi, sayur campur, ulam²an dan sambal belacan, dan kentang dan tempe goreng garing. Sedap betul tempe garing tu.. Terkenang².. 

Minum petang, dijamu dengan pulut durian, air tangan Cikgu As. MasyaAllah, sedap.. Cuma ummi not so into durian this time, jadi durian tu mengganggu tekak ummi. huhu.. Cukuplah pulut dengan santan lemak. 

Malam, ada solat Maghrib berjemaah disusuli dengan bacaan tahlil ringkas.


Lepas Isyak, sesi makan malam. Ada oden dan bakar². Ada tetamu istimewa juga dijemput hadir sama memeriahkan acara makan² 😂. Salah seorang tetamu jemputan adalah mantan guru PU, yang sekarang berkhidmat sepenuh masa buat en. suaminya, jadi assistant di bengkel kereta milik suami. Semoga dipermudah semua urusan cikgu S, dilapang dan dimurahkan rezeki. Semoga perniagaan bengkel kereta cikgu S & suami berkembang maju hendaknya. Allahumma amiin..



Dah kenyang makan, ada sesi bertukar² hadiah. Kita macam biasa, jadi camerawoman, walaupun tak berapa pandai cari angle dan shot terbaik. Kita layan je. haha..

The next day, kita morning walk sekejap sebelum sarapan.



Sarapan pagi nasi lemak dan kuih donut dan karipap by katering. 

Lepas dah isi perut, bermulalah acara sukaneka sukan rakyat. Acara yang dipertandingkan, batu seremban versi kidal dan UNO card. Supposedly ada pertandingan congkak dan tiup belon juga untuk anak². Tapi kesempitan masa dan anak² dah tak sabar nak terjun kolam. Maka 2 game je lah dapat buat. 




Ummi surrender awal² acara batu seremban sebab risau kalau batu yang terlajak maju kedepan, berlaku insiden tak diingini pula.. huhu . Maka ummi offer diri jadi puan hakim je.. Selamattt... Geli hati tengok gelagat cikgu² PU main batu seremban tangan kidal. Dengan adegan² psiko untuk ganggu konsentrasi lagi.. Aduhh boleh pecah perut ni ketawa tak berhenti.. Team UNO card tenang² je. hahaha..

Habis acara, ada masa untuk anak² berendam, sambil ummi mengemas sebelum check out.. 





Sebelum bergerak pulang ke sarang, acara penyampaian hadiah untuk pemenang dan bergambar beramai².. 

Kids had fun sebab dapat berendam. Ni kira tebus sesi year end holiday yang tak terlaksana tahun lepas lah ye...


Wednesday, January 15, 2025

KL East Park

Minggu cuti sekolah hujung tahun 2024 baru ni, ummi tak dapat nak cuti macam tahun² sebelumnya.. Beberapa tahun kebelakangan, hujung tahun biasanya kami bawa anak² holiday, walaupun kadang² tu adhoc je, tanpa perancangan awal. Selalunya, we aim for homestay/chalet yang ada pool. Sebab anak² memang akan excited kalau dapat berendam kan. hihi..

But for last year, sorry kids... No year end holiday. 😥. Baki cuti ummi tahun 2024 tinggal 2 hari je dan 2 hari tu ummi terpaksa carry forward atas urusan yang lebih penting di awal tahun 2025 ni. GCR pun tak dapat nak simpan.. huhu.. 

Makanya, kita cuba make use of weekend sebaiknya.. Abi ajak hike KL East Park .Yang ni pun, unplanned & adhoc 🤭. Tapi sebab dekat je dengan rumah Tokma dan tak memerlukan belanja kan.. Cuma kena book dulu melalui apps.. So, let's go.. 



Bawa anak 8 orang 🤭.. 













Boys ni laju betul tau.. Tiba² dah hilang dari pandangan. Abi follow rapat the boys sambil bawa Nusayba. Ummi dengan Fatima, leha² je.. At our very own pace.. Memang santai² je. Lagipun, ummi tak bawa kasut. Pakai sandal ala crocs tu je.. Dan agak slippery. Maka, slow and steady jelah kan..


Ada 11 checkpoint semuanya.. Tapi... Ummi dan Fatima sampai CP4 je 🤭🫣
Sebab Fatima dah berzikir penat. Ummi pun sebenarnya tak berani nak push diri sendiri. Kena sedar limit kita lah kan. Maka, rehat²lah dekat CP4 tu tunggu the boys & mek Nusayba turun balik. Depa akn lalu CP4 juga on the way turun. 

Kat CP4 tu ada shelter & ada security. Security tu kata dari CP4 ke look out point dalam 10-15 minutes je..

Bhaiya security tu tanya..
"Kakak taknak naik sampai atas ka?"
"Tunggu sini jelah. Anak dah penat."
"Oh... tunggu orang ka?"
"Ya, tunggu suami dengan anak²"
"Oh.. itu abang dengan budak lelaki 6 orang.. satu budak pakai topi sama tu"
(referring to fatima's froggy hat made by Maktok)..
"Haaa.. yaaa.."
"Itu semua anak ke?"
"Hurmm.. campur²"
"Itu abang kahwin 2 ke?"

Choiiii la soalan bhaiya ni..
"Anak + nephews laaa..."
Berani abi nak kahwin 2 ye.. kalau tak rasa pening, serabut dengan bini seorang yang perangai macam² ni dan anak 6 yang pelbagai ragam ni, tak tahulah kan 🤣😂
Semoga tak adalah niat dalam hati tu nak tambah cawangan. 🤭🤭






Abang Faheem kata.. Pelik sangat ke kalau kahwin seorang je tapi anak ramai? Ada je kan orang lain anak lagi ramai .

Yelah abang.. Memang ada.. Cuma zaman sekarang ni, anak 4 orang pun orang dah cakap ramai. Inikan pula anak 6-7-8.. 😅😅



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015