Friday, January 10, 2025

Melawat Perpustakaan Negara Malaysia

Hari sabtu baru ni, pergi ambil MyKad Faqeeh di JPN UTC Keramat. Minggu lepas buat MyKad hari Ahad. Supposed boleh datang ambil hari Isnin. Tapi tak sempat nak pergi hari kerja. Kita pergi weekend je lah. 

Hari Ahad tu juga, lepas buat MyKad, singgah PustakaKL Keramat. Maka boronglah meminjam 12 buah buku. Masa ambil MyKad, ingat nak pulang sekali buku² tu.. PustakaKL Keramat tutup pula.. huhu..

Abi pulak suggest, jom pergi Perpustakaan Negara Malaysia.. Ummi ok je.. Anak² pun on je. Excited masing² sebab tak pernah sampai PN. OTW ke PB tu, abi tanya, boleh je pulang buku kat PNM kan???

Aduhai abi... Mana boleh.. PustakaKL tu bawah DBKL. Tak sama management dengan PNM. Kalau Perpustakaan KL bolehlah.. Tapi dah alang² dah dekat tu, terjah je lah PNM. To be frank, ummi pun tak pernah jejak PN walaupun selalu je lalu lalang depan tu 🤭..




Dah macam spiderman memanjat tembok


Masa anak² baca dekat penanda arah ada Gelongsor Buku, seronok masing². Ingatkan gelongsor playground tu. Rupanya drop off untuk pulangkan buku 😅

Tak pinjam buku pun di sini. Anak² syok main PC game pula 😵‍💫. Lagipun, buku PustakaKL pun tak pulang lagi. 









Pergi perpustakaan pun boleh spark joy.. Alhamdulillah.. Moga jadi generasi yang cintakan buku & ilmu.. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015