2024 ni banyak turun naiknya juga.. Begitulah kehidupan kan. Mana mungkin mendatar sahaja.
Dari sudut kerja, ibarat tak sempat nak menghela nafas.. Bertubi² semuanya.. Dengan outstation, dengan dateline yang meruntun hati, dengan nak menghadap PBT/utiliti.. Skop kerja yang orang lain selalu kata, "Alah senang je, main tarik² line je.." Hakikatnya ia bukan sekadar tarik line. Kalau tarik tanpa ilmu, tanpa judgement, esok lusa kena menjawab juga bila pelbagai masalah timbul. Despite of macam² hal kerja, tetaplah diri ini bersyukur masih mempunyai pendapatan untuk membantu meringankan beban ketua keluarga menyara, mencukupkan segala keperluan kami sekeluarga yang tak berapa kecil ni.
Tahun 2024 dan sebuah kehilangan. Saat yang menyedihkan bila Allah menjemput pulang ayahanda tercinta ke negeri abadi. Terasa ralat bila tak dapat berada di sisi arwah pada hela nafas terakhirnya, sedangkan i was there the whole night, but not destined to be with him at the end. Qadarullah, maka pujuklah hati berdamai dengan takdir Allah. Moga Allah mengampunkan dosa²nya, melimpahkan rahmat kasih sayang buatnya, menghindarkan dia dari seksa kubur dan azab api neraka. Moga ditempatkan bersama para solihin.
2024.. banyak urusan arwah ayah yang masih belum dapat diselesaikan. It was hard bila yang bergeraknya seorang dua, dengan pesanan "Awak je yang tau.." Hakikatnya, i know nothing too. Terkedek² la tanya sana sini, google itu ini. Pakcik² di kampung juga kerap bertanyakan semua pada empunya diri ini yang dah sememangnya hectic dengan pelbagai hal kerja dan keluarga. Tapi, faham, semuanya harus diselesaikan. Cuma masa dan keadaan tak berapa mengizinkan..
2024.. Anak sulung masuk asrama. Something yang i look forward too, tapi tetaplah hati emak ni, sayu merindu anak.. Huhu.. But knowing he is doing just fine, syukur alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa memelihara beliau..
2024.. Semua anak⁶ dah masuk alam persekolah. Dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Dari segi kewangan pastinya sangat mencabar. Alhamdulillah Allah mencukupkan semuanya walau dalam keadaan kita rasa dah di penghujung tanduk..
2024.. Yang ni entah sedih entah gembira.. I was a bit down at first. Terduduk, menangis dan segala macam rasa.. Sehingga kata² abi & sahabat menjentik hati.. Apa yang Allah kirim, pasti yang terbaik. Bukan kita tidak berusaha sebaiknya, tapi takdir Allah itu pasti lebih baik, dan ada hikmah di sebaliknya.. Sungguh la, wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.. Allah is indeed the best of Planner. Maka, berlapang dadalah wahai seketul ily, berdamailah dengan takdir Allah buatmu. Walau kau rasa kau tak kuat dan tak mampu, tapi Allah pasti lebih tahu apa yang terbaik buatmu. And here i am, accepting it with arms and heart wide open.. Semoga baik² sahaja semuanya..
Apapun, untuk setiap gembira, bahagia, sedih, duka dan penat lelah.... Alhamdulillah ala kulli haal..
Dan untuk tahun 2025, though knowing cabarannya lebih kuat dan hebat, especially dari sisi kerja dan keluarga.. Semoga Allah sentiasa melorongkan jalan terbaik, memberi ilham dalam setiap langkah dan keputusan seharian, memberi kekuatan ketabahan dan kesabaran.. Semoga rahmat kasih sayang Allah menaungi kami seisi keluarga dan sahabat handai yang dikasihi semuanya..
No comments:
Post a Comment