Di saat mental ummi dah koyak kena berulang ke KK setiap hari namun kuning Mus'ab tak turun². Then kena refer ke Daycare pula untuk photo therapy.. Badan ummi ni dah letih, penat sebab tak berapa nak rehat. Jangan tanyalah pantang macam mana kan. Siang malam dok berjaga nak make sure feeding time setiap 2 jam..
Bila kena ulang pergi daycare, ditambah dengan Nusayba yang demam, takde siapa nak jaga.. Pagi² yang sepatutnya ummi revisit daycare, ummi buat keputusan drastik. Taknak pergi daycare, nak cari lampu je so that boleh duduk rumah dengan Nusayba. KK pun ummi taknak pergi hari tu sebab knowing the result wont be so good anyhow..
Masa tu terus scroll cari lampu untuk disewa.. Ada 2 yang ummi mesej pagi tu. Tapi satu ni, reply on the spot. Ummi takde masa nak compare harga walau dalam hati memang berkira² sebab kitonyo cuti tanpa gaji ni. huhu.. Tapi nekad, doa mohon Allah permudahkan, dan cukupkan lah semuanya.. Ummi nak lampu tu secepat mungkin.
Laju je respon..
Lampu yang digunakan.
8.17 am confirmed order, 9.00 am dah sampai. Siap share live location. kalau tak silap ummi dari Taman Sri Rampai.
Then dia pasang lampu & setting ketinggian, ajar cara guna dan beberapa tips.
Bayaran, selepas selesai rawatan.
Bagus tau, siap bagi info berkaitan.
Topeng mata juga disediakan. Yang ni strap dekat belakang, adjustable. Ok sikit pakai ni daripada pakai kapas & tape dekat hospital.. Jenuh nak cabut tape lepas tu tau, kesian baby.
Mus'ab under phototherapy.
Total hours penggunaan lampu -- 31 jam.
Macam ummi post semalam, selepas 20 jam penggunaan (20 jam ni total hours yang Mus'ab duduk bawah lampu tau. Bila angkat nak menyusu dia, tukar diapers semua tu, pause dulu lampu tu.. Once letak balik, baru resume.. So dia akan accumulate consuming hours sahaja), alhamdulillah, dengan izin Allah kuning turun dari 272 umol ke 162 umol. Ummi cuba maksimakan sebaik mungkin penggunaan lampu. Kalau bottle feed, memang dalam cot je dan changing diapers pun situlah juga. Angkat dia untuk menyusu dan comforting dia je bila dia gelisah sangat taknak tidur.
Tengahari semalam, bilitreat ada mesej tanya progress baby. Masa ni ummi belum ke KK lagi. Petang baru ummi update progress baby yang banyak turun tu. Syukur ya Allah..
Balik dari KK tu, ummi sambung guna sampai pukul 9 pagi tadi. On time sungguh dia datang, memang tepat pukul 9 pagi 😅. Total hours Mus'ab bawah lampu adalah 31 jam. Semaksima habis kan.
Maka, teruslah buat pembayaran. Untuk pakej 3 hari 2 malam (48 hours) caj sebanyak RM 350, termasuk cas penghantaran dan pemasangan.
Kalau ada yang perlukan servis ni, boleh check sini..
Ini review tak berbayar ye.. Sebab ummi puas hati dengan servis dan after sales service yang baik, maka ummi share.
No comments:
Post a Comment