Friday, March 7, 2025

Catatan 6 Ramadan

Hari ni insyaAllah abang berdua pulang bermalam.. First time nak berbuka & bersahur dengan anak teruna 2 orang ni.. Nak dengar juga kisah² mereka di sekolah/asrama.. How they both cope each other. Dengarnya abang long lagak senior dengan adik yang beza setahun.. Adik pula, boleh tahan la mulutnya, selalu laju meluncur kata tanpa sempat ditapis akal πŸ˜‚πŸ˜‚. Allahu.. janganlah berkelahi 2 ketul ni πŸ˜…πŸ˜….. Doanya baik² sahaja, saling berkasih sayang dan saling menjaga hendaknya.. 

Mus'ab masih belum gagal lagi ye bangun sahur 🀣☺️. Pukul 4 dia dah bunyi 'alarm'.. Sabar je lah kita pun.. Ingatkan dia dah 'sahur' pukul 4 tu, lena lah tidurnya saat orang lain pula nak bersantap sahur.. Tidak ye.. Dia nak join the hype, sama² di meja makan.. Ok lah Mus'ab.. Semoga sampai besar dan ke akhirnya awak mudah bangun sahur, bangun subuh etc.. 


Ummi tiba² rajin pula nak buat Ramadan Score Board untuk abang² dan kakak².. Alhamdulillah, kakak Nusayba yang 5 tahun pun puasa. Awal² tu dia tak puasa sebab demam. Ada one day, dia tak bangun sahur. Bila nak pergi sekolah, ummi pesan kalau rasa tak larat bagitahu cikgu since Pasti memang ada sedia makanan untuk anak² transit yang tak puasa. Siapa yang puasa penuh 1 hari pula, akan dapat hadiah sebotol vitagen. Rupanya, sampai balik sekolah pun dia tak makan/minum. Dia duduk diam je di sekolah. Balik rumah pun, dia tak cakap banyak, tak minta nak buka puasa pun.. Tunggu sampai azan Maghrib, berbuka sama².. MasyaAllah tabarakallah.. Hope score board ni bagi anak² semangat nak puasa, walaupun ummi buat simple je.. But, semangat jugalah anak² nak tick part masing² setiap hari lepas berbuka ☺️πŸ˜„. Alhamdulillah.. Fatima & Nusayba, ummi tak paksa pun puasa. Cuma still kejut mereka bangun sahur.



Menu iftar 4 Ramadan.. Ummi, with the help of Fatima, the little chef, masak spaghetti bolognese.. Abi beli tepung pelita dan mertabak.



Menu iftar 5 Ramadan.. Nasi Ayam Mak Chilli & roti john bazar Pandan Indah. 


Ummi tak masak sebab tengahari membawa ke petang semalam ada orang datang repair kabinet dapur yang dah bertahun terbiar tak boleh guna (especially part drawer) sebab struktur dalam dia dah rosak dimakan anai². Habis roboh dah drawer tu. Sayang juga terbiar begitu sebab space untuk menyimpan jadi terhad. Abi dah buat pest treatment, dah lebih 2 tahun dah pun rasanya. So far takde nampak dah kewujudan koloni anai² tu dan tak nampak kalau ada merebak ke bahagian lain. Harapnya dah pupus semua yang bersarang dalam kabinet tu.


Drawer dah back in place. Panel depan laci tu guna yang lama, 3G glass. Masih elok lagi sebab yang ni anai² dokleh kekohh πŸ˜…πŸ˜….. Kita recycle balik. Tukar sarang kabinet & kotak drawer tu je. Pull out cabinet yang belah kiri pula, rail roller dia bawah tu dah tercabut sebab kayu bawah tu reput dah kan. Every time tarik kabinet tu, dia akan macam nak tertungging ke depan sebab belah dalam tu dah takde support. So, betulkan juga pull out cabinet tu. Barulah senang hati ummi.. hihihi . 

Memandangkan kerja pecahkan bahagian kabinet yang terlibat, dan pasang drawer baru ambil masa sampai almost pukul 5, memang tak berasap lah dapur ummi kan. hihi.. Masa ni chance kukuh nak minta abi beli makanan berbuka 🀣🀣. Ummi pulak ternampak reels KL Foodie yang satu ni..


Yeah, NAMC ada di bazaar Pandan Indah.. maka hasutlah abi untuk membeli 🀭.

Tapi puas hati ye.. Portion quite banyak, portion ayam besarrr.. Nasi lembut & sedap, sambal cili recommended sangat. Berbaloi beli. 

Hari ni, 6 Ramadan, nak berbuka kat rumah mama/maktok..Since abang berdua tu balik kan.. 

1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015