Nama Fatima listed dalam team BJ PU untuk Sukan BSBJ Pasti tahun lepas. Last minute cikgu masukkan. Pelapis untuk tahun depan katanya.
So, tahun ni dah mula training. Listing belum muktamad. Both Fatima dan Nusayba ada dalam senarai shortlisted. Masih belum finalise lagi.
Fatima, balingan agak ok. Cuma dia agak soft. Sopan santun orangnya π .
Cikgu aim dia jadi GS. Tapi kurang tinggi dia ni. Comel² dan renek² pelajar PU tahun ni π
π
. Ada sorang yang tinggi sikit dari Fatima, 5 tahun. Tapi laju betul bola dia.
Fatima terbang π
Nusayba ni, cikgu masukkan dalam senarai sebab garang & ganas π€£π€£π€£. Berbeza dia dengan kakak. Dia ni agresif. Cadangnya nak letak dekat C atau WA/WD. Tapi dianya 'takut bola'. Nak ambil bola mesti paling muka. Macam mana nak tangkap bola π₯΄.
Dia pun nak juga try shoot bola.
Eh, masuk pula..
Sesi cooling down.
Ummi sempat turun padang sekali tengok anak² PU training. Mus'ab pun join sekali. Tidur je dia tengah² panas tu. Sementara bergelar temporary SAHM mom kan. Tapi baru sekali je lah. Minggu ni plan nak join juga. Tapi selasa, rabu pergi hospital. Esok lah kot, insyaAllah.
Dedikasi dan semangat terlebih seorang ibu.. hahaha.
Ummi beli bola. 2 ketul weh.. 1 biji tu beli tahun lepas lagi. Warna pink. Lepas tu scroll² shopi nampak bola warna purple.. ohmaii.. Fav kaler ummi tu.. Termasuk cart, ter-check out pula.. Lagipun, memang di niatkan utk sharing training kat sekolah. Sebab tak cukup bola, dierang bosan tunggu turn nak passing bola.
Now, bola tinggal kat sekolah, satu lagi kat rumah. Boleh training kat rumah. Jaring tu, ummi memang dah hampir² checkout yang bertiang ye. Portable. Sebab kenangkan harga lebih 100 tu lama sidai dalam cart.. Then, teringat parents GS tahun lepas ada beli jaring untuk anak dia training kat rumah. Pinjam je dari parents tu. hihi..
Ikat kat tangga je guna cable tie. Tiap kali nak training shoot, kena tutup kipas. Berkicap nakkk.
Fatima in action.
Nusayba taknak kalah. Boleh tahan juga dia ni. Lagi banyak masuk berbanding kakak. Gaya pun steady. Cuma dia lebih rendah dari kakak.
Apa pun, kita tunggu final list nanti. Kalau ada rezeki terpilih, alhamdulillah & do your best. Ummi memang support sebab terkenang my childhood memories. haha..
No comments:
Post a Comment