Perasan tak kalau kita buat aktiviti fizikal, berlari, bersenam, degupan jantung kita akan jadi laju. Kadang² ummi fikir, normal tak jantung laju macam ni? Ada satu hari tu, masa ummi jalan/jog petang, bila rasa degupan jantung laju semacam dan rasa pening² sikit, ummi check heart rate pada smartwatch, tengah merah rupanya, 167bpm kalau tak silap. So ummi pun slow down, jalan tenang². Risau juga sebab masa tu tak faham sangat pasal heart rate. Masa tak pakai smartwatch, kita redah je selagi rasa macam boleh bertahan. Push diri to the limit kononnya. Few days lepas tu, nampak post FB Public Health Malaysia ni.. ⤵️⤵️
Apa kaitan degupan jantung dan aktiviti fizikal?
Degupan jantung dan aktiviti fizikal ibarat dua sahabat rapat bila satu bergerak, yang satu lagi pasti ikut. Orang yang fit atau cergas secara fizikal biasanya ada degupan jantung (nadi) yang lebih rendah semasa rehat berbanding orang biasa.
Jantung orang yang fit berdegup perlahan 50 hingga 60 kali seminit. Bagi sesetengah atlet, ia boleh serendah 40 bpm.
Bukan lemah. Tapi itulah kekuatan sebenar. Sekali pam, cukup untuk hantar oksigen ke seluruh badan.
Dan bila dia bergerak,
π♂️ jantungnya ikut rentak,
π¬️ nafasnya tetap stabil,
⌛ dan selepas segalanya selesai degupan itu kembali tenang… lebih cepat daripada biasa.
Uji diri anda:
Lepas brisk walk atau naik tangga, periksa berapa lama jantung ambil masa untuk kembali normal. Jika dalam 1–2 minit dah kembali ke bawah 100 bpm, itu petanda tahap kecergasan anda baik.
Nak jantung sihat? Mulakan dengan 30 minit berjalan laju sehari. Jantung anda akan ucap terima kasih dalam diam. π
*****
Rupanya untuk atlit, resting heart rate dia lebih rendah dari non-atlit.
So, penting untuk kita tahu dan monitor heart rate kita masa exercise, workout.. Heart rate memang akan escalate, tapi make sure its within limit. Kalau dah red alert, kena slow down dulu bagi heart rate reda. Jangan push jantung kita kuat sangat.
Nak monitor heart rate, cara paling tepat boleh invest beli smart watch. Nak kira pulse manual pun boleh kalau pandai Ummi tengok kat shopee, banyak betul option dengan range harga smart watch dari murah ke mahal. Tapi ummi punya jam free ππ Hadiah dari bestie ummi di office lama sebagai hadiah farewell. Berguna sangat. Tak perlu mahal², yang penting boleh monitor heart rate, kira daily steps dah good enough.
perkongsian info yang sangat baik Ily :)
ReplyDelete