First Aidiladha tanpa Ma (mil) terasa berbeza sangat.
Bukan apa.. Ummi mula betul² merasai sesuatu dalam meraikan Aidiladha dan ibadah korban sejak setelah berkahwin. Sebelum tu, hari raya korban macam takde impak besar dalam hidup ummi. Lepas kahwin, setiap kali hari raya korban, ianya lebih penat daripada hari raya aidilfitri, but i learnt something about it.
Kalau dulu fikir, nak masuk korban tunggu ada duit lebih. Lepas kahwin, mindset bertukar 180 degree. Arwah Ma akan sentiasa tanya, remind dan tazkirah kan anak menantu tentang ibadah korban. Jangan cakap tak mampu, kena usaha kumpul sikit² setiap bulan, say dalam RM70-100. By the time nak korban, insyaAllah cukup dah untuk kita masuk bahagian. Begitulah setiap tahun. Ingatan tanpa jemu buat anak menantu.
Beberapa tahun pertama perkahwinan, sempat merasa ibadah korban yang kami buat sendiri. Kami anak beranak dan waris² ma ayoh serta jiran terdekat beri nama ambil bahagian masing². Ada dalam 4-5 ekor lembu juga. Ayoh cari supplier lembu, dia hantar juga ke surau/masjid yang berkaitan. Sehari sebelum raya kami tunggu lori lembu sampai. I usually takes early leaves like 2 days before raya. Anak² excited namun takut² saat menyaksikan proses nak turunkan lembu. Proses yang mendebarkan dan mencemaskan kalau dapat lembu pongoh. Tapi mostly semua pun pongoh kan dalam situasi tu.
Sehari sebelum tu memang dah sibuk prepare macam². Paling penting, acara mengasah belasan kalau tidak puluhan bilah pisau dan kapak untuk acara melapah. Juadah raya, kena sedia extra. Sebab kami host untuk acara korban 4/5 ekor lembu. Dah tentu semua penama dan ahli keluarga akan datang berkumpul untuk proses melapah nanti. Hari kejadian, penat tak terkata sebab kena monitor makanan dan minuman, topup bila perlu. In the same time nak melapah lembu, dan bahagikan ikut bahagian. Then nak kena potong kecil pula some portion untuk menu makan malam nanti. Menu kebiasaan waktu korban, daging goreng kunyit dan juga sup daging/tulang. Tak kira lagi proses pembersihan kawasan dan juga alatan. Bengkok pinggang. hahaha. Penat tapi menyeronokkan. The last time kami berpenat begitu, somewhere sebelum PKP, sebelum ayoh mula tak sihat, alzheimer/dementia. Korban seterusnya, kami join masjid/surau sahaja.
I still remember raya tahun lepas, Aidil adha terakhir ma, ma siap masukkan bahagian untuk cucu² dia seramai 4 ke 5 orang, termasuk lah my abang long and abang ngah. Despite of bahagian untuk diri dia sendiri dan ayoh. 🥹🥹😭
Tahun ni... sunyi.. Tiada 'hiruk pikuk' bertanyakan itu ini tentang raya, tentang korban.. Tiada mesej² yang ingatkan tentang puasa sunat, larangan² bagi yang ambil bahagian korban etc..
Me, myself.. Sehari sebelum raya, masih kerja.. WFH, tetap menjalankan tugas walau di rumah. Usai 'clock out', barulah sinsing lengan baju, prep untuk menu pagi raya.
Simple menu je. Nasi tomato, ayam masak merah, acar kobis. Dan Iceberge cheesecake again, requested by my 3rd born.
Semuanya last minute plan. Masa lunch break WFH, baru teringat nak order barang basah. Kalut², sudahnya ada juga bahan yang tak lengkap. Paling sadis, nak tumis cili & bawang untuk sambal masak merah, baru perasan cili boh habis. It was 12am ++ in the morning. Masa ni ayam dah siap goreng dah. Abi was out, pergi cuci kereta. Pesan lah kat dia, tolong singgah 7e carikan cili boh. Biasanya ada yang brand Adabi. Syukur ada cili boh. Maka menyambal lah ummi sampai pukul 2 pagi . Rabak mata aih.
Pagi raya baru masak nasi, tanpa minyak sapi dan daun pandan. Hentam lah labu. Yang penting ada tomato puree. Kalau tak, nasi butter ajelah jadinya.
The cheesecake. Alhamdulillah kali ni menjadi choc ganache nya. Tak lembik macam last time.
Ada lagi 1 dessert.. Sagu gula melaka. Tak dan nak ambil gambar sagu gedik² merah jambu tu. Sebab yang tu lagilah last minute. Tengahari baru sibuk nak buat. hahaha. Sebabnya, plan asal nak bawa cheesecake balik Gombak, tapi lupa anak² piranha penggemar cheesecake. Buat pula 1 loyang saiz sederhana je. Memang tak cukuplah cerita dia. Gelabah lah kita tambah 1 menu lagi.
Seronok jadi kanak². Mudah terhibur. Sehari sebelum raya. Setia menanti ketibaan lembu² kehormat. Pantang dengar bunyi lori, masing² pakat berlari tinjau ke luar. Bahagia menjerit, "lembu sampaiiiii".. hihi..
Hari kejadian apatah lagi kan. Lepas solat, terus sibuk² nak keluar tengok lembu macam dia pula tukang sembelih. hihu .Syukur depan rumah je. Tapi tak dan ummi nak ambil gambar. 🥴
Lepas zohor, kami ke Ampang. Raya dengan Mama dan adik. Bawa sikit bekalan untuk mereka. Dalam kepala terbayang mee tomato. Hari tu mama ada cakap nak masak mee tomato. Rupanya, sampai² adik baru tumis rencah mee kari. Bertuah adikku 🤣🤣. Kita pun sinsing lengan baju, tolong dia sikit². Dia chef kulinari, lagi pandai masak dari kak dia yang memang sokmo² amatur je sampaj ke tua 🫢😆. Siap masak, laju lah anak² buah dia makan mee kari. Fav masing². hihi..Kekenyangan semua. Alhamdulillah.
Balik rumah, siap² nak maghrib. Lepas maghrib balik Gombak pula. Bawa nasi tomato + ayam merah dan sagu gula melaka. Kita ni bawa nak jamu orang lain makan kan. Tapi, sudahnya anak² sendiri jualah yang berebut nak makan masakan umminya, despite of banyak lagi menu lain. Adeh..
Apapun, salam aidiladha buat semua. Taqabbalallahu minna waminkum.






No comments:
Post a Comment