Thursday, July 16, 2026

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Pasti Kawasan 2026 | 14 Jun 2026

Alhamdulillah, tahun ni ada seorang lagi untuk disorak dan diraikan di Pasti 😅😅.
(Bila dihitung congak, 10 tahun juga bergelumang dengan Pasti ni ye. Dari abang long 5 tahun in 2016, sampai lah ke Nusayba in 2026 ni. Straight 10 tahun ye silih berganti 6 orang anak. Phewww!! Tak sangka. Next year boleh rehat sebentar dari acara Pasti, until Mus'ab pula buat kemunculan. hihi..) 

So tahun ni, Nusayba masuk acara bola jaring. Kalau tahun lepas, nama dia sekadar pelengkap senarai, tahun ni dia beraksi. Ummi tak sangka juga sebab based on pemerhatian ummi, dia ni banyak tak fokus, takut bola, compared to kakak Fatima. Tapi, alhamdulillah, dengan izin Allah serta berkat usaha cikgu dan coach yang tak jemu melatih, menggilap potensi anak², from zero to hero, nampak lah ada improvement. Syukur alhamdulillah. 

Cuma tahun ni, serentak pula acara BSBJ Pasti Kawasan dengan Kejohanan Sukan SRITI abang² dan kakak. Ya Allah, ummi berbelah bahagi ye nak entertain anak² semua. Setiap hari, pagi petang, semua dok tanya depan muka ummi ni, ummi pergi mana nanti? Pasti ke Sriti? Aduhaii.. susah betul nak decide. Nak berlari-larian pun, bukan event sebelah menyebelah. Dan memikirkan si bujang bongsu tu lagi. Last year memang cuba untuk muncul dan hadir di semua event anak². Kalau tak bertindih,ok lah kan. Bila bertindih ni... nak order pintu Doraemon syatuuuuu.. hahaha..

Anak² siap bagi suggestion ye. Ummi kena datang Sriti. Tiga² orang anak masuk acara. Abi memang kena pergi Pasti, kata mereka. Mus'ab?? Takkan ummi nak kelek dia sendirian tengah panas. Adehhh.. Serba salah tau.. Until abi kata, takpe, nanti kita lari² sekejap. Ok, ummi cool down sikit.

Tapi ,post kali ni ummi cerita tentang BSBJ Pasti dahulu. Tahun ini hanya 6 buah Pasti bertanding untuk acara Bola Jaring. Di pihak PU, kami ada ayam tambatan, yang merupakan player di posisi GS tahun lepas. Tahun ni beliau main di posisi GA. Nusayba on the other hand, main di posisi GK atau GD. Pemerhatian ummi, kalau di posisi GD, dia jadi lost sikit. Sebab kena cover banyak ruang as compared to GK. Kalau main GK, ok lah sikit. Cuma tak berapa nak tinggi lah. hihi.. Mek ni pun, ada improvement. Cikgu kata dia tahu limit ruang dia, rules etc. Tapi kurang lincah. Takpelah, still a room for improvement.

Keputusan perlawanan:

1) PU (10) vs PAHu (0)
GS scored 2, GA scored 8

2) PU (2) vs PAHi (0)
GS & GA scored 1
sengit sebab GD pihak lawan function betul. Banyak kali dapat intercept bola.

3) PU (18) vs PAF (0)
GS & GA scored 9 each
 Semi final. Game dah boleh jangka sebab sempat buat friendly match. Tapi cikgu PU comel sungguh la, sekejap dia jeritkan anak murid dia, sekejap dia jeritkan anak murid lawan, dah macam anak murid sendiri.. hihi.

4) PU (7) vs PDN (10)
GS scored 2, GA scored 5
Tough game. Kekuatan pihak lawan dekat GS dia, sharp shooter. Kecil-kecil cili padi. Pesan dekat Nusayba as GK, jaga GS lawan ketat-ketat. Memang ketat juga lah sampai GS tu merungut suruh dia ketepi sikit. Dia punya guard member tu sampai member duduk atas line. Tapi, GS dia ni pandai menyelit keluar & Nusayba tak alert. Sebab di membontot kawan tu je, though ummi suruh side guard supaya boleh alert both, GS yang dia guard dan juga arah bola dari team lawan. Ikutkan sebenarnya macam boleh kejar balik score. Tapi sayang bila dah elok intercept dekat GD/GK, hangpa stepping pulak. Dapat la GS tu terus shoot masuk. It's ok darlings. 

Overall, PU mengekalkan title Naib Johan Bola Jaring BSBJ Kawasan 2026. 
Alhamdulillah, allahumma baarik. Tahniah anak-anak PU, cikgu dan coach serta parents juga yang penuh semangat, sehati dan sejiwa menjerit support untuk anak-anak, contibutr untuk potluck dan belanja air kopi juga. Terima kasih semua dan syabas untuk diri masing-masing. Semuanya dengan izin Allah pastinya.
PU will come back stronger for next event, insyaAllah.

Nah, sorotan gambar sepanjang kejohanan.

























Tentang ayam tambatan PU, lepas game last year, coach ada nyatakan hasrat buka kelab bola jaring. Ummi memang plan nak enroll Fatima & Nusayba. Cuma masa tak menyebelahi kami. Banyak sangat kekangan kerja, keluarga dsb yang tak mengizinkan kami hantar Fatima dan Nusayba. Tapi this girl, beliau dah start join kelab dari day 1 coach open enrolment. Setahun dia training, boleh nampak improvement yang sangat ketara. Hari-hari dia training shoot bola 50 - 100 times. Kudos to her Ma, coach dan semua yang terlibat.

P/s: Fatima dan Nusayba dah mula club training. Semoga istiqamah. Cuma kadang-kadang fikir, is this what they want? Atau lebih kepada ummi's childhood dream. hahaha. Zaman dulu mana ada kelab netball untuk kanak-kanak kan. Bagus juga ada pendedahan awal. At least, adalah aktiviti berfaedah dan menyihatkan tubuh badan di samping belajar disiplin dan teamwork. Kalau memang target untuk bermain secara serius, way better.

Speaking of childhood dream, ummi rasa macam nak beli netball goal post baru. Last time beli tak berapa kukuh sebab tiang kecil sambung-sambung. So, i've been thinking nak beli yang betul punya. hahahahah.. Lagipun, tinggi goal post untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan dewasa sama je sekarang, 3.03m. Untuk pra sekolah je 2m. Jadi, aci lah kan. Nanti boleh lah ummi dan anak dara berdua tu gilir-gilir shoot..kihkih.. Bola saiz 4 ada dua, ni tengah fikir nak tambah 1 bola saiz 5. 😆😅 Bisinglah abi nanti.. Tapi, semua ni boleh claim tax ye. Tak rugi pun, demi pembangunan sukan negara, dan rakyat yang sihat.  😉😷

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015