Thursday, August 6, 2026

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu

First time ummi sampai LTSM Kuala Terengganu. Huhuhu.. Selalunya kalau ke Terengganu, ikut jalan darat. Kali ni, asbab penjimatan masa, minyak dan kos, naik flight adalah paling sesuai. Ummi pun, sebolehnya memang akan pilih untuk balik hari je. Tak serabut kepala nak fikir anak-anak. hihi..


Ummi ke Terengganu hari tu atas urusan kerja. Mesyuarat scheduled jam 9.30 pagi. Maka ummi ambil flight 7.15 pagi ke Kuala Terengganu dan return flight jam 3.30 petang. Elok pula mesyuarat mula on time dan habis dalam jam 10++ pagi. Banyak masa lagi sementara menanti penerbangan pulang. Ada yang suggest singgah ke Mayang Mall dahulu. Baru tahu dah ada Sogo di Terengganu iaitu dalam Mayang Mall.. hihi..Tapi, ummi malas nak window shopping whatsoever. Ummi decide naik Grab ke airport terus (malas nak serabut-serabut urusan claim juga nanti kalau ada persinggahan ke tempat  lain). 

What did i do to kill time dekat airport??

Jalan-jalan pusing keliling (not really keliling la..haha) lapangan terbang, cari apa yang boleh di-foto-kan..

I like the architecture. Asal cita-cita dulu nak jadi arkitek. Dari sekolah rendah, kita dok melukis pelan rumah idaman. I can still remember, it was mostly odd shape layout. Berkeluk-keluk, curvy, bucu bintang etc. Bila kau jadi engineer, kau berdoa sangat-sangat arkitek kau tak terlalu berimaginasi tinggi seperti di masa kecilmu. Engineer's nightmare ye kalau dapat design yang terlalu fancy.. haha..

Tapi itu cita-cita ke, angan-angan ke tak tahu lah. At the end, I am what I am today. Semuanya takdir dan izin Allah.

Melalut jauh dah. Kembali kepada senibina bangunan LTSM, memang terasa vibe Terengganu tu. Ada tunjuk langit, ukiran kerawang, bumbung atap singgora.. In fact, katanya diambil ilham dari Rumah Bujang tradisional Terengganu. 




Tak banyak ambil gambar pun. Lebih banyak merenung sendiri hasil kerja yang cantik dan teliti. Gigih pula berjalan keluar masuk beberapa kali. haha..

Lepas tu, berehat di surau pula. Most airport, surau duduk dalam main building airport dan tak berapa besar. Seadanya. Tapi kat sini, surau berasingan dari main building dan agak besar juga.


Deretan kedai dalam main building, especially kedai makan, ada a few juga berbanding LT Sultan Abdul Halim, Alor Setar.





Ummi decide untuk makan di Leaven Cafe. LC ni ada juga di LT Sultan Ismail Petra. Ummi order creamy spagheti carbonara add chilli flakes dan iced mocha. Memang lemak berkrim sungguh. 



Ada kedai souvenir TFC juga.

Lepak makan, pusing-pusing airport, berehat-rehat di surau, buat kerja secara remote in between, baca buku... Eh dah nak boarding balik KL dah. Tak terasa masa berlalu. Sayonara Terengganu. Until next work trip, huhu..




No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015