Saturday, August 14, 2010

Sahur~

Sebelum balik kampung, ayah pesan untuk tengok2 kan Bad. Takot die tak bangun sahur or takde makanan untuk sahur.

Semalam aku ade kelas offshore structure. From 8.30 p.m. to 11.30 p.m. Ade presentation untuk assignment re-analysis of offshore structure. Nak siapkan assignment ni, perrrrggghhhh...memang mencabar tahap kesabaran dan kecekalan betul. Lepas kerja straightaway headed to Shah Alam, sambung buat report dan slide presentation yang belum siap sambil menunggu masa berbuka di Restoran Ayam Penyet Seksyen 7. Memang super duper letih. Balik rumah, terjelepok dan ketiduran akibat keletihan.

Disebabkan oleh keletihan tu, pagi tadi Bad yang kejutkan aku untuk sahur. Pukul 4.30 pagi. Mujurlah sebelum tidur semalam aku dah keluarkan ikan dari peti. So, menggelabahlah aku siap2 masak untuk sahur takut tak sempat. Mujur jugak Bad dah masak nasi, kurang la sikit keje aku...Huhu...

Ni bukan aku yang kejut Bad. Terbalik dah ni. Hehe...

p/s: Menu sahur hari ni ikan keli goreng berlada, sayur kobis tumis air and re-heat daging makkasim yang tinggal sejemput je...yang sejemput tu yang marvellous...♥

another p/s: Restoran Ayam Penyet is worth a try....yummylicious...

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015