Friday, August 13, 2010

cempedak dah jadi nangka~

CEMPEDAK...Ape yang special sangat pasal cempedak?? Aku tak makan cempedak yang raw. Kalau cempedak goreng, laju je pulun. Aku bukanlah seorang penggemar buah. Diakui, aku sangat kurang makan buah. Tak tau kenapa. Kalau orang hulur buah and cakap buah tu sedap, manis, rugi tak makan, aku still boleh buat selambe tak heran. Tapi sibuk jugak nak tanye rase macam mane. Haha..So, kenapa la aku sibuk-sibuk nak tulis pasal cempedak???

Sebenarnye entri ni takde kene mengene pun ngan cempedak jadi nangka. Kisah ini semata-mata pasal cempedak.

Kisah ni berlaku masa minggu yang aku pergi picnic kat Janda Baik. Lepas picnic, kami balik ke Gombak. Ade sebiji buah cempedak kat atas meja makan. Kate Ma, ingatkan nak goreng pagi tadi. Tapi takde orang kat rumah, tak jadi la goreng. Balik dari picnic, Qistina cakap nak makan cempedak. Kebetulan aku kat dapur masa tu tengah senduk nasi untuk hubby.

Qistina: Cik Ili, kakak nak makan cempedak. Cik Ili tolong kopek kan buah cempedak.
Aku     : Ok, jap Cik Ili senduk nasi dulu.

Qistina terus ke depan. Lepas senduk nasi, aku amik pisau. Terkebil-kebil tengok cempedak kat atas meja. Dalam hati asyik fikir macam mana nak kopek cempedak ni. Sumpah tak penah buat. Memang blur betul, tapi berusehe nak buat. Masa terkebil-kebil tu, Qistina datang lagi mungkin dengan harapan dah boleh makan cempedak.

Qistina: Cik Ili tak kopek lagi?
Aku     : Belum. Cik Ili nak kopek la ni.
Qistina: Cik Ili tak reti kopek cempedak ke? Senang je macam kopek durian..
Aku sengih je. Ye la Qistina oi, cempedak = durian???
Aku    : Kakak tolong panggil pakcik jap. (Niat nak panggil makan sebab dah sendukkan nasi)
Qistina: Pakcik!!!! Cik Ili panggil. Cik Ili tak tau nak kopek cempedak.

Zassss...macam dentuman petir je rase. Qistina jerit kat Pak Cik die macam halilintar. Aku kat dapur, terpaku jap. Hubby mesti dah gelak sakan. Huh...malunye tak terkata..Akhirnye, Ma yang kopek buah cempedak tu dan aku jadi saksi sambil tolong-tolong bagi mengcover malu yang tak terhingga tadi..Bertuahnye anak buah...Huhu...

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015