Wednesday, September 8, 2010

Nostalgia Raya

Sejak dari kecil, adalah menjadi kebiasaan untuk aku and family beraya di Kajang, (Talib + Fatimah syam)'s House of Memories. Itulah kampung aku (Mama's side) walaupun tak berapa nak kampung. Agak jarang beraya di kampung belah Ayah nun di Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Kalau ade yang bertanye kenapa tak balik Kelantan --------> sile tanye pada en-chek Ayah kerana kami hanye menurut perintah beliau. Oleh sebab jarang sangat raye di Kelantan, jadi kisah nostalgia raye ni akan jadi berat sebelah sebab almost semuanya pasal kisah raye di Kajang.

Kisah transport balik raya

Dulu mase kecik-kecik, kami tak ade transport (yang boleh membawa kesemua ahli keluarga kami yang comel) sendiri. Kenderaan rasmi kami adalah motor ayah yang seusia dengan aku. Jadi, setiap kali nak raye ade berbagai-bagai cara untuk pulang ke kampung halaman.

:Cara 1 :
Menaiki teksi. Kebiasaannye, setelah siap packing barang-barang, baju semua bagai, Ayah dan Mama akan naik motor kesayangan Ayah untuk pergi tahan teksi.  Zaman kecik-kecik dulu (80's - early 90's) mana ade orang call teksi suruh datang fetch kat rumah. Nak dapat teksi pun susah. Teksi dulu cat warna hitam kuning. Lame la jugak menunggu kat rumah sambil mengeluh kene tunggu lama. Tak fikir la pulak Mama dengan Ayah yang dok tunggu teksi tengah panas terik sampai basah lencun dek peluh. Huhu~

Dapat je teksi, mama akan naik teksi while Ayah lead naik motor. Teksi tu follow Ayah sampai rumah. Time tu kami adik-beradik dah kegembiraan nak balik kampung jumpe sepupu sepapat semua.



:Cara 2:
 Beberapa hari sebelum raya, akan ade utusan dari nenda tercinta untuk jemput kami sekeluarga. Kadang-kadang Paktok datang jemput kami sendiri naik Mitsubishi biru. Kadang-kadang Pakteh datang jemput dengan kereta merah. Berhimpit-himpit la kat back seat. Sampai kematu la jugak cik tot ni duduk tersepit. Tapi sebab time tu aku sangat kecik kurus melidi lagi ringan, makanya aku duduk atas riba orang dengan senang lenang gembira tak perlu berhimpit. Dan selalu sangat orang yang meriba aku tu akan bising cakap sakit peha sebab si kurus cit tot tajam. Hahahaha...(gelak evil)

Since Mama beli kereta, takdelah merasa berhimpit dalam teksi or kereta orang lagi. Masing-masing nak duduk ala-ala bos kat belakang. Ngeee~

Kisah Malam Raya

Oleh kerana kami ni nak balik raye pun kene berjemput bagai puteri, haruslah balik kampung beberapa hari sebelum raya. Dah tentulah malam raye memang muke kami yang tercongok kat rumah Maktok+Paktok. Sepupu sepapat yang lain selalunya akan sampai pagi raya ataupun raya kedua. Sebab masing-masing kampung lagi satu tak berapa nak jauh kalau compare dengan kami yang nun nak sampai siam dah tu. Aktiviti wajib malam raye, tolong Maktok cabut langsir lama, tukar langsir baru. Pastu tukar sarung cushion. Sampai besar pun still macam tu. Bising mulut Maktok dan Mama menegur cucu/anak die buat kerje sambil lewa. Habis je kerje, bantai main mercun ngan bunge api la jawabnye. ...

Kisah Pagi Raya

Mase budak-budak haruslah excited mintak duit raye kat uncle/auntie semua. Pastu pakat kire siape paling banyak dapat duit raye. Tapi yang paling nostalgia bagi aku bukan zaman kanak-kanak. Aku paling tak boleh lupe kisah yang satu ni. Pagi raya tu cume family aku dan Mak Lang yang baru sampai. Mase ni aku dah masuk Uni dah dan mama pun dah ade kereta. So, kiterang balik lepas solat sunat raya. Juadah atas meja: rendang, ketupat lemang, kuah kacang.. Maktok tak buat rendang daging macam kebiasaan sebab tak larat dah. Mase ni Maktok dah gune wheelchair. Aku bukak fridge, ade sejemput sambal tumis ikan bilis...Perghhh...favourite ni...Terus je aku buat muke tak tau malu cakap nak makan sambal tumis tu. Serious, kalau semangkuk pun rasa tak cukup, inikan pula sejemput tu. Tengok cucu die makan bersemangat, Maktok bersama wheelchair-nye gi masak lagi sambal tumis ikan bilis kegemaran SEMUA cucu-cucunya.
[huduh benar lukisan ni esp part wheelchair gedabak tu..huhu~)

BETULLL..Aku tak tipu, sambal tumis ikan bilis Maktok memang POWERR...Mungkin sebab Maktok masak dengan penuh kasih sayang. Aku yang tak senonoh ni telah menyusahkan Maktok untuk masak lagi. Tapi Maktok masak dengan gembira dan penuh senyuman. Yang membuatkan kisah ni jadi lebih nostalgia adalah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itulah kali terakhir aku makan sambal tumis ikan bilis air tangan Maktok.


Kisah Laksam Raya

Ni kisah raya di kejauhan. Hehe.. Kunun je raya di kejauhan..Yela..selalu raya kat Kajang. Dekat tet je ngan rumah ibunda tercinta. Tersangat lah jarang balik beraya di Kelantan nun di kejauhan. Kisah mase kecik-kecik dah takleh nak recall dah. Tapi ade satu kisah yang aku takleh lupe. Dalam adik-beradik ayah, ayah je yang merantau ke KL demi mencari rezeki..(ayat poyo je tu).. 3 yang lain masih setia memerah keringat di bumi Kelantan. Dahla kami yang paling jauh, balik pulak jarang-jarang. So, kekadang balik, tok nenek mane yang tak hepi cucu-cucu kolumpo nye datang menjengah balik raye. Tambahan pulak balik beraye (yang boleh kire berape kali je kot...huhu). Aku kalau balik Kelantan memang akan cari nasi berlauk + laksam. Favourite ni. Memang takleh miss. Disebabkan tau aku minat sangat ngan laksam, arwah Tok Ayah berusehe cari laksam untuk menjamu cucu bandar die ni. (perasan macam Tok Ayah nak entertain aku sorang jek...blueeekk =P). Puas dah die mencari kat pasar, kedai merata, takde stok. Sampai ke kilang die pergi. (Kisah ni adalah sehari sebelum raye. Haruslah stok sume dah licin or kedai pun dah mood raye.) Mase kat kilang, orang tu cakap die just siapkan untuk tempahan sedia ade je. Tapi Tok Ayah nak jugak. Kate owner tu, kalau nak jugak, kene datang amek kul 1-2 pagi. Tok Ayah setuju. Gagah jugak lah die pergi amek pagi-pagi bute tu semata-mata nak pastikan cucu-cucu kolumpo die dapat makan makan favourite masing-masing. Bersusah-payah die round cari laksam. Dan itu juga merupakan tahun terakhir aku beraya dengan Tok Ayah.





Kalau nak cerite semua, memang banyak nostalgia. Penuh pulak blog ni dengan nostalgia merapu-meraban.. Ni antara yang paling lekat dalam ingatan aku. Dari zaman susah payah sampai sedikit senang. Bab aktiviti malam raya, since Maktok+Paktok kembali ke Rahmatullah, rumah tu bertukat tuan. Ayah Long. Dan since tahun ni tahun pertama beraya dengan hubby = raya pertama tanpa kedua-dua Paktok+Maktok, aku tak buat dah aktiviti malam raya tu. Nostalgia..Tahun ni, akan tercipta nostalgia baru untuk aku.

p/s: Pesal tibe-tibe mood sayu sedih pilu ni??? Huhu~

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015