Wednesday, November 10, 2010

Ishhhhh...Tak Patut Sungguh....

I am a part time master student. Kelas aku on weekdays. So, everytime ada kelas, haruslah rushing dari office yang kat tengah-tengah pusat bandar ke Shah Alam nun...Tambah pulak kalau kelas start pukul 5.30p.m. Memang sesak nafas la jawabnya (Walaupun aku tak pernah drive sendiri ke kelas..Asyik menumpang orang je ataupun hubby yang hantar and jemput..Sungguh tak berdikari..Huhu)..Namun kesesakan nafas tetap dirasakan especially bila dapat lecturer yang tak boleh compromise lansung.."Either u r full time or part time, u cannot come late to class. Please find some ways so that u can reach early."..Fine...

Alkisah, semalam aku ada replacement class di tengah-tengah exam week..Sungguh tak best..Lecturer ni merupakan seorang practitioner. Dengan erti kata lain, dia adalah offshore consultant in his own company. Mula-mula kelas dia dulu, teruja jugak dengar background dan experience dia..."Wooo, dahsyat punye gempak lagi terer bijaksana sungguh encik ni.."

Keterujaan tu tak bertahan lama pun...Semalam, setelah selamat tiba di kelas yang sepatutnya pukul 8.30p.m., kelibat lecturer bijaksana tu tak kelihatan lagi. Dalam hati, pukul 9.00p.m la tu baru sampai seperti kebiasaannya..Hampir pukul 9.00p.m., class rep inform KELAS DIBATALKAN SEBAB LECTURER ADA DINNER KEPARAT.. Apakah????? Serius sakit hati yang amat sangat dahsyat rasanya. Terasa seperti nak dibenam-benamkan ke dalam lautan paling dalam.

Yang menyakitkan hati sangat-sangat sebab:
  1. Ini bukan pertama kali dia cancel kelas. Dah 4 or 5 kali. Planning cam mane pun tak tau ler.
  2. Kalau nak cancel pun, bagitau la awal-awal. Ni dah sampai kat kelas, tercongok tunggu, baru inform kelas cancel.
  3. Reason yang sangat menyakitkan hati. DINNER? Fine, kau keje company sendiri. Lagi pentingkan bisnes sendiri dari mengajar. Tapi, kau dah buat komitmen untuk jadi lecturer jemputan, tu dah responsibility. Kalau tau busy sangat sampai tak boleh commit, janganlah terima job. Orang travel jauh-jauh nak pergi kelas, boleh suke-suke hati cancel last minute macam tu. Ingat kami ni semua tinggal keliling kampus tu je ke? Kau yang set tarikh untuk replacement class, so, postpone la dinner tu hari lain. Janji macam ape je..
  4. Ajar tak seberapa, bagi soalan macam bagus sangat je.
Issshhh...memang sungguh tak patut.. Hari ni pun ade replacement class. Sebab katenye, dia hutang kami lagi 6 jam. Semalam bila class rep tanya, die jawab " I WILL TRY TO COME"...Ooohhh....Sungguh mencengkam hati jawapan die tu.

Sabar je lah aku ngan makhluk yang macam ni punye perangai...


Latest news received at 12.35p.m.:

ATTENTION !!
CLASS ON WEDNESDAY (10th NOV 2010) HAS BEEN CANCELLED DUE FROM LECTURER REQUEST. THE CLASS WILL BE REPLACED ON FRIDAY (12th NOV 2010) AS USUAL FROM 8.30 P.M. TO 11.30 P.M.

Aisey....a replaced replacement class..

No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015